Sunday, 28 April 2013

Bidor Half Marathon 2013

Tarikh: 28 April 2013
Tempat: Dewan Muhibbah Bidor
Masa: 7.00 pagi
Jarak: 21km

Pagi ini ada dalam beberapa ratus kot runners untuk kategori 21km. Awal pagi suasana tepi dewan muhibbah sudah meriah.

Selepas seminggu IOM, aku buat HM lak kali ini. Rasa dah lama tak buat HM, ni kira HM ke-2 selepas Brooks haritu. Sasaran race Bidor ini, adalah aku nak tamatkan lebih baik dari Brooks. Aku tahu aku tak boleh berberapa pantas sangat hari ini, kerana lutut masih sakit.

Race bermula jam 7.00 pagi. Laluan membawa keluar dari pekan Bidor menghala ke laluan kampung, buat u-tyrn di km5. Jalan sini best, tak jam, kiri kana ada pokok kelapa sawit. Seterusnya dari u-turn berlari semula ke simpang dan masuk ke jalan menuju ke kampung chang (betul kot nama dia, lupa dah tadi), perkampungan orang asli, buat u-turn di km15 dan seterusnya patah balik ke prkan bidor. Aku suka route sini, berbukit dan banyak pokok. Tapi cuaca panasnya apabila menghampiri km 18 dan habis.
Huhu. Memang panas dan mencabar, bagi pelari superslow macam aku.

Rasanya seawal km5 aku dah berjalan. Mujur mohan marathoner banyak bagi semangat kat semua runners. Berlari, dan semua water station aku berenti. Lepas 15, mmg banyak jalan/lari sampai habis.

Berjaya menamatkan larian dalam 2:42, yeay walaupun tak PB, tapi tetap lebih baik dari Brooks.

Lepas tamat, seperti biasa, dapatkan goodies bag, medal segala, makanan dan semesti bergambar2 kenangan. Cuaca dah makin panas masa ni. So aku tak lepak lama lepas tamat.

Keseluruhannya, aku suka race course di Bidor. Menarik . Semua ada. Pokok getah, kelapa sawit, pisang, bukit. Hahaha. Water station semua cukup, urusan trafik, marshall semua ok. Cuma aku x suka beberapa kawasan ia "berbau", rasanya tepi dewan tu pun berbau. Hehe.
Semestinya aku akan kembali berlari lari di Bidor di masa akan datang.

Till the next race. Run Gme Run.

*keputusan rasmi di championchip.com.my

Gun Time/Official Time: 2:43:08
Net Time                     : 2:42:31
Rank: 221
Total finisher (Male - Open):276
























No comments:

Post a Comment

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...