Saturday 25 August 2012

Sepetang di Marseille, France

Sekembali dari Valensole untuk berpesta lavender, kami meneruskan perjalanan ke Marseille, iaitu kira-kira 30km dari Aix.

Menaiki bas dengan tambang 4€, perjalanan 35 minit memang sekejap sahaja.

Marseille merupakan sebuah kota yang agak besar dan kos di sini jauh lebih murah daripada Aix.

Makanan halal amatlah mudah didapati di sini.

Cuaca amat panas semasa kami sampai. Seperti biasa, kami menelusuri jalan-jalan utama di pusat kota Marseille. Sebagai kota tepi laut, marseille mempunyai pelabuhan yang besar dan semestinya waterfront tang agak menarik.

Kota ini pun juga mesra pejalan kaki dan pengangkutan awam seperti tram sungguh efisien.

Puas bergambar dan makan, kami kembali semula ke Aix pada petang itu juga.
Dekat waterfront Marseille
ni kt tengah city center
cantik terminal bas, keretapi, teksi dia
mercu tanda Arc de Triumph
deretan butik2 di jalanan kota Marseille
kawasan marina

1 comment:

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...