26 Mac 2012 - Kali ini merupakan kali ketiga aku sampai ke Old Trafford. Namun, inilah kali pertama aku bakal menyaksikan perlawanan Barclays Premier League. Perlawanan pada malam ini melibatkan Red Devils v Fulham.
Aku datang awal ke stadium. Teruja. Menaiki tram dari Manchester Piccadilly, terus ke stesen Old Trafford. Sampai di stesen Old Trafford, berjalan kaki sekitar 150 meter melintasi Criket Ground dan nah, tersergam indah stadium Old Trafford, home of Manchester United Football Club. Ini merupakan stadium yang terbesar di England selepas Wembley. Perlawanan pada hari itu adalah sold out. Bermakna lebih 75,000 penonton alan berada dalam Theatre of Dreams.
Suasana di luar stadium sungguh meriah. Kelihatan ramai penjual cenderamata berkaitan dengan MUFC dijual oleh orang persendirian di luar Megastore. Aku seperti biasa lepas ambil gambar kenangan, terus masuk ke Megastore, membeli cenderamata.
Lepas itu, bersiap sedia untuk masuk ke dalam stadium. Wow. Semakin teruja. Dengan tiket berharga 55£, aku ditempatkan di kawasan North East, kita ok lah juga seat ini, penjuru gol dan nampak keseluruhan padang. Box aku kebanyakannya first timer, maka, menambahkan lagi keterujaan. Sebelum perlawanan bermula, bergambar-gambar dan beramah mesra dengan fans yang ada sekitar tempat duduk aku.
Perlawanan dimulakan. Seawal minit pertama hingga wisel penamat, stadium gamat dengan sorakan penonton. Yang pasti, sangat teruja bila dapat menyanyi Glory Glory Man Utd...bersama-sama ribuan penonton yang lain. Perlawanan berkesudahan 1-0. Gol jaringan Rooney.
Lepas game, terus bergambar sekitar luar stadium. Meriah dengan penyokong yang menyanyi-nyanyi.
Seterusnya, aku ambil teksi untuk ke hotel, memandangkan Q di tram station amat panjang.
Keseluruhannya, ini merupakan pengalaman menarik buat ku, dan yang pasti akan ku datang ke Old Trafford lagi untuk menyaksikan Red Devils beraksi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
salam, macam mana nak beli tiket ye?
ReplyDeleteSalam,
DeleteTiket saya beli on-line kt website manutd.com , beli kt yg available for public (kerana kebanyakan seat mmg solt out untuk lifetime members). Lepas buat payment, within 7 days, tiket tu diaorang post kt saya di malaysia.
Salam,
ReplyDeleteTiket saya beli on-line kt website manutd.com , beli kt yg available for public (kerana kebanyakan seat mmg solt out untuk lifetime members). Lepas buat payment, within 7 days, tiket tu diaorang post kt saya di malaysia.
Thank you for your info cik.. Saya da cek.. Tp utk game yg saya nk tgk nnt kne jd member jugakla nmpknye.. Sbb dia x open pada non member..
ReplyDelete