Wednesday, 18 April 2012

Amsterdam Schiphol Airport

2 April 2012, aku telah bersedia untuk pulang ke Kuala Lumpur melalui lapangan terbang Schiphol Amsterdam (AMS).

AMS ini sentiasa menjadi salah satu airport kegemaran aku selain LHR.

AMS ini menggunakan konsep airport cities. Airport ini mereupakan yang terbesar di Eropah yang menyediakan semua kemudahan dinamik seperti hotel, shopping plaza, hab pengangkutan awam dan lain-lain perkhidamatan berkaitan.

Salah satu yang menarik perhatian aku bila ke AMS ini adalah adanya Holland Boulevard dan Rijksmuseum di tengah-tngah plaza airport ini.

Kemudahan membeli-belah memang tersedia di sini. Banyak butik-butik yang menawarkan harga berpatutan. Yang pastinya harga perfumes dia murah. Sempat juga aku beli satu sebelum balik Malaysia.

Tercari-cari juga kedai kebab halal dlam plaza ini, tak jumpa pulak, dulu masa 2008 di airport ini aku makan kebab halal dalam sini, hmmm nampaknya dah berubah lolasi kot. Tapi tak per, dalam airport ini macam-macam kedai kopi dan buah-buahan ada. Maka, tidak menjadi masalah untuk makan hehe.

Tengah hari itu, aku bersedia berlepas pulang ke Malaysia menaiki pesawat Malaysia Airlines.


Selamat tinggal Amsterdam.




Salah satu lukisan yang dipamerkan dalam Rijksmuseum Schiphol
Pesawat B777 Malaysia Airlines bersedia untuk berlepas.
Kaunter Informasi Schiphol Airport
Pintu masuk muzium rijksmuseum
KLM adalah penerbangan nasional Holland
Sempat sambar EDT
Ruang permainan kanak-kanak. Berasaskan cockpit KLM

2 comments:

  1. best nyer..bila lah i nak g holiday obersi ni..

    ReplyDelete
  2. U dh sampai ini airport kan. Best kan. Tulah lama x ke obersi sesama.

    ReplyDelete

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...