Rasanya semua orang tahu dan kenal siapa Upin dan Ipin, walaupun tidak mengikuti siri animasi berkenaan kan.
Selepas berjaya dengan siri animasi di televisyen dan filem. Sekarang, Upin dan Ipin muncul di pentas muzikal.
Pementasan malam tadi menarik, menghiburkan. Dengan panggung sari yang hampir 80 peratus penuh (mungkin faktor hari bekerja dan hujan lebat di KL pada petang nya). Rata-rata semua terhibur dengan telatah Upin, Ipin dan rakan-rakan. Ye, mmg ramai kanak-kanak riang yg menyaksikan perjalanan ria Upin dan Ipin berkenaan.
Jalan cerita muzikal ini mudah difahami. Bermula dengan seorang puteri dari angkasa lepas yg bernana Puteri Cinonet yang bertanya kepada cermin sakti nya apakah makna kegembiraan. Dan cermin itu menjawab bahawa Upin dan Ipin pah kegembiraan.
Maka dari situ, bercerita lah kisah kehidupan Upin dan Ipin yang gembira di kampung bersama rakan-rakannua. Semua watak dalam siri animasi di padankan dan disesuaikan dalam muzikal ini. Gembira dalam bermain, Upin dan Ipin telah tersesat mengikut rama-rama lalu berjumpa dengan puteri Cinonet.
Sementara itu, kawan-kawan Upin dan Ipin yg lain mula risau sebab kehilangan sahabat baik mereka. Dalam pengembaraan mereka mencari Upin dan Ipin mereka telah bertemu dengan puak Lulu (harap nama ni betul). Dan mereka berjaya mengesan Upin dan Ipin di istana pokok.
Dalam penggembaraan itu, mereka berjumpa dengan labah-labah tarantula. Pada babak ini, memanh meriah satu panggung sari bila 3 ekor tarantula besar turun dari bumbung dan kanak-kanak serta semua pelakon Upin dan Upin berlarian di ruang antara penonton.
Lagu-lagu yang dimainkan adalah segar dan sesuai dengan muzikal kanak-kanak. Tarian-tarian yang dipersembahkan oleh pelakon-pelakon juga tidak mengecewakan.
Babak akhir muzikal ini, Upin dan Ipon telah sedih aebab terpisah dari kawan-kawannya. Dan Puteri Cinonet mencabar Upin dan Ipin supaya menunjukkan kegembiraan apabila bertemu semula dengan kawan-kawannya. Maka, aksi-aksi permainan tradisi dipersembahkan seperti jan jan jala, pukul berapa datuk harimai, tarik upeh dan goreng pisang. Sungguh menarik babak ini, kerana dapat mengimbau kenangan di zaman kanak-kanak. Mungkin kanak-kanak sekarang dah tidak jumpa dengan permainan-permainan ini.
Kesudahannya puteri Cinonet kembali ketawa riang dan gembira selepas berhibur dengan Upin dan Ipin serta rakan-rakan.
Dan penutupnya, Upin dan Ipin turun dari angkasa setelah menjadi angkasawan dan sempat ke angkasa. (mereka turun dari atas tirai dengan dibantu oleh tali keselamatan). Bagus budak2 ni berani.
Selepas Upin dan Ipin bersatu semua dengan rakan-rakan serta keluarga. Lagu penutup, lagu Sahabat Selamanya didendangkan. Sampai tarian yang menceriakan.
Kesimpulannya, pada aku, muzikal ini tidak rugi untuk ditonton walaupun tidak membariskan pelakon terkenal. Namun, keletah pelakon-pelakon cilik dan penonton-penonton cilik sudaj dapat menghiburkan.
Muzikal ini masih dipentaskan sehingga 6 Mei 2012. Aku sedang berkira-kira untuk tengok lagi muzikal ini.
*harap maaf gambar kurang berkualiti. Kamera dan iphone kehabisan bateri. Maka, sempat snap guna Tab sahaja. Nanti kalau pergi lagi, aku snap kan gambar lagi clear. :)
Tak sangka ni muzikal paling banyak aku tengok. Malam tadi (7Mei) merupakan pementasan terakhir. 9 kali aku tengok muzikal ni. Pencapaian peribadi gitu. Sampaikan semua lagu dan babak-babak telah diingat.
Tahniah kepada semua pelakon cilik dan tenaga produksi.
:)
Upin dan Ipin bersama rakan-rakan |
Upin, Ipin, Puteri Cinonet dan Bulat |