Tuesday, 11 December 2018

2018


Selesai acara-acara 2018.

106-Jan-18Putrajaya Watergate 16HR
221-Jan-18TwinCity Marathon
324-Feb-18UiTM Ultramarathon 
411-Mar-18Pahang Marathon
18-Mar-18Miri Marathon
524-Mar-18Gopeng Ultra 
608-Apr-18SC KL Marathon
714-Apr-18Iskandar Puteri Night Marathon
829-Apr-18Route 68 Challenge
905-May-18Perlis Marathon
1006-May-18Borneo International Marathon
1112-May-18Penang Eco
1230-Jun-18BDB Jitra Challenge 
131-Jul-18TT5 Trail Run
148-Jul-18Conquer the Trails
1515-Jul-18PJ Half Marathon
1621-Jul-18PKNS Trail Run 2018
175-Aug-18Tekam Trail
1810-Aug-18TMMT
1919-Aug-18I7BR
2016-Sep-18Parit Buntar Kampung Run 
2129-Sep-18MLNG Jewel Marathon
227-Oct-18Balik Pulau Marathon
2313-Oct-18Denai Ultra Sungkai
2427-Oct-18Putrajaya Night Marathon
2511-Nov-18LHKSNS 
2617-Nov-18Melaka Ultra 
2701-Dec-18Malaysia Mountain Trail Festival
2808-Dec-18Perlis River Run
2909-Dec-18Penang Round Island Relay

Thursday, 6 December 2018

2018: Beyond 42.195km

2018: GME & Beyond 42.195km
========================
1. Tahun ini berjaya sertai beberapa acara ultramarathon (>42.195km) dengan ada yang legasi dari tahun sebelumnya dan ada juga yang baharu.
2. Pencapaian adalah seperti berikut (Tamat 7 acara, dan DNF 2 acara):
(1) Watergate 16HR, Putrajaya – 70km;
(2) UiTM Ultra, Shah Alam – 52km;
(3) Gopeng Ultra, Gopeng, – 50km;
(4) Route 68 Challenge, Gombak – 84km;
(5) Penang Eco, Sungai Lembu– 50km;
(6) The Magnificent Merapoh Trail, Merapoh – 70km – DNF/Finish After COT;
(7) Tekam Trail, Felda Tekam – 50km;
(8) Denai Ultra Sungkai, Felda Sg Klah – DNF km48; dan
(9) Melaka Ultra, Tanjung Bidara – 50km.
3. Setiap acara mempunyai tarikan tersendiri. Sebagai contoh, tahun ini berjaya ke destinasi baharu seperti Tekam, Sungkai dan Melaka.
4. Acara legasi seperti TMMT semestinya menarik dan walaupun saya gagal tamat dalam had masa ditetapkan, pengalaman kembali ke Merapoh adalah suatu yang bermakna. Selepas 2017, 2018, dan saya sedia kembali ke sana pada tahun 2019. Merapoh menyajikan pengalaman berlari merentasi sungai, air terjun, gua, ladang, kebun dan kawasan kampong.
5. Penang Eco 50km memberikan suatu kepuasan yang tersendiri selepas saya gagal (DNF) pada tahun 2017, dan berjaya tebus kegagalan itu pada tahun ini. Eco sangat mencabar kemampuan fizikal dan mental. Berlari dalam hujan di tokun dan seraya sungguh menduga, namun menarik. Bersedia untuk kembali ke sana tahun 2019, jarak belum pasti.
6. Seperti Tekam, Sungkai juga menyediakan laluan denai kelapa sawit di kawasan Felda. Kedua-dua acara baharu pada tahun ini. Ciri menarik di Tekam adalah gua, dan di Sungkai adalah lokasi itu sendiri di kawasan rekreasi Sg Klah.
7. Saya menutup calendar “beyond 42.195km’ saya pada tahun ini di Melaka. Gembira menamatkan cabaran (selepas DNF di Ultra sebelumnya). Dengan lokasi dan laluan yang luar dari arus perdana Melaka. Tergiang-ngiang lokasi Brisu, Lubuk China, Rantau Panjang, Masjid Tanah. Ikutkan hari biasa, tiadanya saya akan sampai ke sini. Itulah pengalaman.
8. Watergate, UiTM, Route 68 adalah acara-acara ulangan saya seperti tahun 2017. Watergate dan UiTM menyajikan pengalaman berlari secara pusingan (looping). Route 68 pula adalah di laluan persekutuan 68 Gombak Bentong. Laluan lama KL Bentong yang penuh nostalgia.
9. Saya juga berkesempatan hadir menyaksikan Cultra di Cameron Highlands (wishlist 2019), seronok. Beberapa acara tahun 2018 akan diulangi pada tahun 2019, di samping mencari peluang untuk menyertai acara-acara baharu/legasi yang masih saya belum sertai.
10. Pengalaman penuh saya bagi acara-acara disertai boleh dibaca dalam album yang terdapat dalam FB ini. Ups, and downs, sepanjang tahun 2018 memberikan motivasi untuk terus menikmati cabaran mendatang. Seronok berkelana serata Malaysia, dan berkenalan dengan ramai rakan larian. Malaysia Mempersona.
Kerana larian harus dinikmati,
XOXO
Gme
Putrajaya
November 28.
P/s: Tinggal beberapa acara bukan FM/Ultra untuk dihabiskan pada bulan Disember 2018.
Photo credit: ActionPixMalaysia, ET Tey, David Lau, Aswad.










Saturday, 27 October 2018

GME MARATHON CHALLENGE 2018

GME MARATHON CHALLENGE 2018
=============================
1.Tahun ini berjaya sertai 9 full marathon (dan DNS beberapa lain yang didaftar) serata Malaysia. Aturan penyertaan MA dalam FM tahun ini adalah seperti berikut:
(1).Twincity Marathon, Cyberjaya
- dianjurkan dengan baik, laluan agak berbeza sedikit tahun ini, saat pelari full marathon melintasi tepi garisan penamat pada km ke-30;
- hujan dan panas mencabar pelari;
- satu-satunya FM dengan COT yang generous, 8 jam, memberi peluang lebih ramai pelari menamatkan marathon; dan
- post race yang tidak mengecewakan.
(2) Pahang Marathon, Kuantan
- perpindahan lokasi dari taman gelora tidak banyak beza untuk acara ini;
- agak teruk, mulanya baik sedikit dari tahun lepas sehinggalah saya saksikan keadaan pelari selepas dilanggar oleh kereta dalam kawasan perumahan tempat mula/tamat; dan
- sebahagian laluan di Kuantan Bypass itu agak menakutkan.
(3) SCKL Marathon, Kuala Lumpur
- ibu segala marathon di Malaysia;
- dianjurkan dengan sangat baik;
- laluan baharu tahun ini lebih menarik; dan
- reunion pelari secara besar-besaran.
(4) Iskandar Puteri Night Marathon, Johor
- ini adalah acara paling teruk saya sertai tahun ini, malah penganjurannya lagi teruk dari tahun lepas (yang sedia teruk);
- isu air di WS yang sangat kritikal dengan laluan highway di Iskandar Puteri yang agak jauh dari kedai berhampiran;
- bila diingatkan balik, seram, mencari air dalam botol-botol kosong dilambakkan di tengah jalan; dan
- seperti biasa, kawasan penamat sunyi sepi untuk FM bila tamat.
(5) Perlis Marathon, Kangar, Perlis
- dianjurkan dengan baik;
- laluan yang sesuai untuk yang berkehendakkan PB;
- juadah penamat yang kurang berkualiti berbanding dari tahun lepas; dan
- walau bagaimana pun, saya gembira menikmati marathon di Perlis.
(6) Borneo Marathon, Kota Kinabalu, Sabah
- edisi tahun ini lebih baik dari tahun lepas;
- prestasi saya menggembirakan dalam keletihan, nyaris terlepas sebab terlambat sampai ke starting line, terpaksa kejar kelompok belakang 2.5km di hadapan; dan
- seperti biasa cabaran panas, dan laluan tepi laut yang menggoda untuk berlari.
(7) MLNG Jewel Marathon, Bintulu, Sarawak
- suatu acara baharu tahun ini;
- dianjurkan dengan baik sekali, melepasi ekspektasi saya;
- hujan hampir 90 pratus dilaluan pada masa itu;
- pakej item pek larian dan penamat yang tidak mengecewakan; dan
- berpotensi menjadi acara tahunan.
(8) Balik Pulau Marathon, Pulau Pinang
- suatu acara baharu tahun ini;
- laluan marathon yang ala merentas desa, tarmac dan off road
- dianjurkan dengan baik, suatu pilihan lain selain PBIM bila bermarathon di Pulau Pinang; dan
- berpotensi menjadi acara tahunan.
(9) Putrajaya Night Marathon, Putrajaya
- acara baik, dan dibatalkan sebab faktor keselamatan;
- hujan lebat / kilat / petir; dan
- seronok bersua rakan-rakan di marathon finale saya.
2.Ulasan penuh dan pengalaman tercoret dalam album masing-masing dalam FB saya ini. Syukur berjaya tamat dalam 8 FM dengan had masa ditetapkan.
3.Secara umumnya, beberapa acara legasi dan acara baharu saya sertai pada tahun ini. Pengalaman terindah adalah semestinya back-to-back marathon dalam masa 24 jam dari Perlis sampailah ke Sabah. Memang menduga mental dan fizikal.
4.Seronok berkelana marathon, bersua dengan ramai rakan pelari. Terima kasih semua sokongan melalui FB dan IG Gme2020. Setiap acara datang dengan pengalaman dan pembelajaran tersendiri. Semoga bersua kembali di kalendar marathon 2019. Untuk 2018, saya ada beberapa lagi acara rasmi (bukan FM) untuk dinikmati.
5.Menghampiri 6 tahun, 65 marathon and still counting.
Kerana larian harus dinikmati
XOXO
Gme
Marathon Maniacs6936
Photo credit 1: MLNG Jewel Marathon
Photo credit 2: Saifullahmg Pullah, SCKLM

Friday, 7 September 2018

Bukit Berapit Old Tunnel Run 2.0




Bukit Berapit Old Rail Track 2.0
2 September 2018
7:00 am
Mula: SK Changkat Larut, Air Kuning
Tamat: Padang Rengas
Jarak :18km

1. Lanjutan daripada misi minggu lepas (Pengalaman seperti di:https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10156085663173822&type=3&fb_dtsg_ag=AdxvOzv7aP9m5wsHhaNWO2Bm6NjxoMfRCMBMobRJEgOU7w%3AAdwN4KePD7R3eNdlDC4wFnFeB3iOcI2cGlwoZ4t-9X8Obg ) , episode 2.0 untuk laluan ini diadakan pada hari ini. Jumlah peserta adalah 18 orang, meriah.
Sesi kali ini turut diserikan dengan kehadiran Pak Non (Gurkha Malaya - GM).

2. Memandangan line-up pasukan kali ini kebanyakannya belum pernah merasai pengalaman berlari/berjalan melintasi keempat-empat terowong keretapi di laluan ini, maka, sesi adalah lebih berkisar kepada santai, riang ria, dan bergambar-gambar.

3. Umumnya, laluan adalah sama seperti minggu lepas, kecuali 3km terakhir, di mana bermula dari kawasan tanah merah YTL, laluan diteruskan menjejak rintis landasan yang agak jarang di lalui orang. Pada minggu lepas, kami terus ke jalan raya selepas tanah merah, tetapi tidak pada minggu ini.

4. Laluan selepas tanah merah agak lebih bersemak samun, lebih mencabar kerana seolah-olah tidak pernah dilalui untuk tempoh masa yang lama. Kedudukan landasan yang tersorok dalam hutan, dan atas rabun bukit juga memberikan cabaran kepada pasukan. Selepas 2km menjejak landasan, kumpulan membuat susur keluar terus ke kampung garpis.

5. Misi utama adalah menjejak kesan tinggalan stesen Bukit Gantang, di mana kami tidak menemuinya pada minggu lalu. Hari ini, misi berjaya menjumpai tapak, dan terima kasih kepada GM yang telah membersihkan dan memberikan penunjuk kepada stesen. Terima kasih juga atas WS di jambatan 245.

6. Di samping itu juga, misi hari ini berjaya menemui lubang asap dalam Terowong 2, berserta dengan ruang kecemasan tepi terowong.

7. Pasukan banyak juga meluangkan masa di Jambatan 245, 257 dan hentian Bukit Berapit. Keadaan terowong-terowong juga masih sama seperti minggu lepas. Aktiviti pembalakan di tepi laluan juga makin jelas kelihatan.  .

8. Keseluruhannya, misi selamat dihabiskan. Tahniah dan terima kasih kepada semua anggota pasukan. Semoga bersua di lain masa.

Kerana larian harus dinikmati.

Gme
Padang Rengas
2 September 2018


Gambar di : https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10156106421718822&type=3&fb_dtsg_ag=AdyZl_W1sdgbsvXVggeHjpTdnuzj43-ZAzlmnTo3isLDhw%3AAdw1PCIu_zlApAFwp9sAR3Wyhqwyg0mJ13L7mrl3ZmEaMA .

Berlari Di Bekas Landasan Keretapi Teluk Anson - Tapah Road





Gme dan Destinasi Lari 
31 Ogos 2018
Teluk Intan
Tema: Jejak Warisan

1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Tapah Road yang berusia lebih 100 tahun sebagai lokasi lari/jalan riang minggu ini. Lanjutan dari tema landasan keretapi bukit berapit pada minggu lepas. Pasukan hari ini terdiri daripada Gme, Ares, Poksu Adie, Khalid, dan Syawal. Kelima-lima kami semuanya belum pernah menjejaki laluan ini.

Pegenalan

2. landasan ini telah dirasmikan pada 18 Mei 1883. Landasan keretapi Teluk Intan bermula dari Tapah Road dan melalui beberapa lokasi seperti Degong, Chikus, Sungai Tukang Sidin, Permatang, Sungai Kerawai, Sungai Manik, Teluk Anson Town dan Wharf Teluk Intan.

Namun demikian, seiiring dengan perkembangan masa perkhidmatan keretapi di Teluk Intan telah ditamatkan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada tahun 1989.

3. Panjang keseluruhan landasan ini adalah 29.1km.

Misi

4. Kami bermula dari Stesen Keretapi Teluk Anson (Skrg sudah menjadi Sekolah Memandu) iaitu KM26.6 untuk ke Tapah Road KM0. Kami menjadikan bekas-bekas hentian/stesen sebagai titik rujuk/CP.

5. Selepas berlari dalam bandar baru Teluk Intan, siap tersasar dari rancangan asal, kena kejar anjing, kami berjaya tiba di tarikan Jambatan Keretapi Sungai Bidor. Jambatan ini sekarang boleh dilalui oleh motorsikal, basikal dan pejalan kaki. Jelas kelihatan jambatan ini masih kukuh. Cantik permandangan atas sungai ini. Boleh bergambar di ruangan pejalan kaki kayu (yang kebanyakan mula mereput) selari dengan jambatan besi.

6. Dari situ kami masuk ke jalan kampung, sebelum masuk semula ke ladang kelapa sawit, mencari tapak gajah melanggar keretapi (atau keretapi melanggar gajah) pada tahun 1894. Sekitar 124 tahun dahulu, kisah gajah ini menjadi tular (eh masa itu dah ada perkataan ini?). Pelbagai versi cerita mengenai gajah ini (boleh google), dan rangka kepala gajah ini ada di Muzium Negara (dan ceritanya ada juga di muzium Taiping).

7. Melalui denai dalam ladang kelapa sawit, tinggalan landasan seperti sleeper dan besi rel masih ada di beberapa tempat. Beberapa kawasan agak semak, menyebabkan kami masuk ke laluan tarmac semula. Singgah di WS di gerai tepi sungai kerawai. Berborak dengan orang kampung, seronok mereka bercerita pasal kegemilangan laluan keretapi ini. Sempat dijamu cempedak goreng dan kek. Yummy.

8. Sambung tepi sawah padi, hujan seketika, kemudian jumpa tapak Stesen Sungai Kerawai, Hentian Permatang, Chikus, Sungai Tukang Sidin. Berlari, berjalan, bergambar, seterusnya meredah denai dalam kelapa sawit, sambil menikmati panorama sawah pagi bersebelahan. Bagi mengesan landasan, mudah sahaja, di mana dalam ladang, landasan ini kelihatan tinggi daripada batas biasa, dan tinggalan sleeper kayu masih banyak tertanam.

9. Menariknya, beberapa jambatan lama yang masih utuh ditemui. Seperti biasa, saya gayat melintasi jambatan yang merentasi sungai. Terima kasih ahli pasukan banyak bantu dan berikan motivasi.

10. Kami berhenti lama di Stesen Degong untuk bersolat Jumaat. Menariknya, masjid di sini betul-betul berhadapan dengan bekas stesen keretapi. Lama berborak dengan kariah masih yang bercerita mengenai betapa sibuknya stesen di sini pada masa dahulu. Ada kariah yang pernah bekerja sebagai ticket master, dsbnya pada masa itu. Tinggalan platform stesen ini jelas kelihatan di luar masjid.

11. Dari Degong, kali detour sedikit dari laluan asal keretapi sebab mencari kedai menjual air. Panas. Kedai banyak tutup di hari Jumaat. Berjaya jumpa kedai, apa lagi makan tengah hari dan top up minuman. Sejurus selesai, kembali masuk semula ke ladang kelapa sawit mencari tinggalan landasan. Selepas beberapa kilometer dalam ladang tu, hampir sesat, bertemu semula dengan landasan. Terus menjejak landasan. Bertemu beberapa jambatan rendah, dan jelas kelihatan batu bata nya masih kukuh. Laluan dalam ladang kelapa sawit ini adalah lurus, rata.

12. Mencari tapak Changkat Petai, bertanyakan kepada orang kampung. Menjumpai tapak itu. Tapi tinggal tapak jelah, tiada struktur yang tinggal.

13. Berjalan, dan berlari terus dalam ladang kelapa sawit dan menghampiri sekitar 3km dari Stesen Tapah Road, banyak kelihatan sleeper kayu ditolak untuk memberi peluang kepada penanaman kelapa sawit.

14. Tiba di titik pertembungan double track dan kesan trek lama, ingatkan boleh masuk melalui jalan bawah trek. Tiada jalan. Masuk ke kawasan kebun, melangkah dalam denai di situ, mencari jalan raya.

15. Tiba di jalan raya, dan 1km terakhir sekitar pekan lama tapah road dan seterusnya garisan penamat kami, Stesen Tapah Road. Bergambar kenangan dan berehat. 10 jam lebih yang penuh bermakna, berhenti sana sini, berbual bicara bersama dengan orang kampung yang ditemui. Menikmati laluan yang ditinggalkan ini, penuh bersejarah.

Penutup

16. Keseluruhan laluan adalah rata, runnable, menarik di beberapa tempat, dan semestinya ladang kelapa sawit. Sawah padi yang berselari dengan laluan keretapi juga menarik. Binaan jambatan lama keretapi yang ada kebanyakannya masih kukuh, kemas dan teliti.

17. Tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang turut sama ups, downs, sepanjang laluan, berpanas, berhujan dan sama-sama menahan lapar dan dahaga (hehehe) sementara mencari kedai.

18. Kerana larian harus dinikmati.

Selamat hari kebangsaan !

Gme
Teluk Intan
Ogos 31.

PS: Sebahagian foto dalam album ini kredit kepada Poksu Adie, Ares, Khalid.

Bacaan lanjut:

1. http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=2362

2. https://www.malaysiakini.com/news/375703

3. https://naktaux.wordpress.com/2012/03/29/sejarah-stesen-keretapi-di-teluk-intan/


Lebih gambar : https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10156100043443822&type=3&fb_dtsg_ag=AdyZl_W1sdgbsvXVggeHjpTdnuzj43-ZAzlmnTo3isLDhw%3AAdw1PCIu_zlApAFwp9sAR3Wyhqwyg0mJ13L7mrl3ZmEaMA

Berlari Meneroka Terowong - Terowong Keretapi Bukit Berapit





Gme dan Destinasi Lari

•Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit•

25 Ogos 2018
Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning
Tamat: Masjid Padang Rengas

Idea

1. Impian berlari di tinggalan ladasan keretapi lama ini muncul pada tahun 2016 apabila ternampak iklan larian di sini (acara berkenaan dibatalkan). Seterusnya, nampak acara MTB pernah dibuat dengan ada laluan merentasi terowong ini.

2. Datang 2018, impian berkenaan kembali hadir. Berbekalkan bekalan air dan keperluan lain, selepas selidik laluan potentsi, MA, Cikgu Badrul dan Ares Tahir sama-sama merealisasikan hasrat meneroka terowong-terowong ini.

Kenapa Terowong ?

3. Laluan keretapi ini sungguh menggamit memori kepada yg pernah menaiki keretapi. Terowong-terowong ini dibina selepas 1890 dan dibuka 1905.

4. Sebelum landasan keretapi berkembar siap diguna, terdapat 4 terowong (dipanggil Lubang Gelap) di laluan keretapi dari Taiping ke Kuala Kangsar.

5. Terowong 1 terletak di Air Kuning, kira kira 15 minit dari stesen Taiping.

6. Terowong 2 terletak selepas Stesen Bukit Berapit, begitu juga Terowong 3 dan 4.

7. Apa menarik ialah dari selepas terowong 1 hingga ke stesen Bukit Berapit dah Stesen Padang Rengas, tren akan melalui tepi tepi sungai serta lereng lereng bukit.

8. Stesen Bukit Berapit diguna untuk tren berhenti sebentar untuk menunggu Loko dari Kuala Kangsar (jika menuju ke utara) untuk membantu tren mendaki kawasan berbukit dari Stesen Bukit Berapit hingga ke Stesen Taiping. Keadaan Stesen Bukit Berapit sekarang terbiar dan tidak terjaga.

9. Sejak lepas Perang Dunia Ke 2 hingga ke tahun 90an, semua 4 terowong ini adalah 'sasaran penting'.

10. Terdapat satu detachment tentera ditugaskan menjaga terowong terowong tersebut. Mereka ditempatkan di Stesen Bukit Berapit serta di antara Terowong 3 dan 4. Terowong 1 adalah tanggungjawap kepada pasukan tentera di Taiping.

Laluan

11. Selepas bermula dari SK Changkat Larut, 1.8km selepas itu, kami mula memasuki trek lama. Binaan masih kukuh.

12. Berlari dari situ hingga berjumpa terowong 1. Terowong ini boleh berlari di dalamnya. Keluar dari terowong 1, laluan adalah denai batu kesan tinggalan landasan. Kelihatan kebun dan hutan kiri dan kanan.

13. Jarak terowong 1 ke Stesen Bukit Berapit adalah beberapa kilometer. Terdapat tinggalan tangga hentian Bukit Gantang. Permandangan lereng Bukit, laluan yg mendamaikan. Ada satu jambatan Tinggi merentasi air terjun. Saya pilih turun ke air terjun memandangkan terasa gayat atas jambatan.

14. Selepas jambatan, laluan adalah trek bekas landasan yg bersebelahan dengan hutan. Tiba-tiba ada napuh (mcm kancil) melintas. Berlari dan berjalan hingga ke Stesen Bukit Berapit. Sedih tengok stesen yg dibiarkan sepi.

15. Dari situ, laluan boleh berlari ke Terowong 2, ini lebih panjang dari terowong 1. Muka hadapan agak berlumpur, seterusnya tinggalan rel masih ada. Ini merupakan terowong yg paling panjang. Muka keluar hujung terowong pula bertakung air jernih.

16. Dari Terowong 2 ke terowong 3, Ada kawasan berair, dan tinggalan landasan masih kelihatan, Kami ikuti landasan lama ini yg selari dengan Highway, hingga bertemu Terowong 3.

17. Terowong 3 agak pendek dengan sebahagian nya telah dimasukki Lumpur kesan tanah runtuh berdekatan. Untuk keluar dari Terowong 3, kena lalu bahagian berlumpur setinggi lutut.

18. Dari Terowong 3, laluan agak bersemak, namun tinggalan rel jelas kelihatan. Bertemu dengan jambatan ke-2 yang lebih panjang dan tinggi di kampung Garpis. Gayat, Saya pilih ikut denai di bawah jambatan sebelum naik semula.

19. Sampai ke Terowong 4, yg agak pendek, dan terowong 4 paling kemas dan bersih. Dari terowong 4, kami berlarian/berjalan keluar dari landasan lama menuju ke jalan keluar, dengan permandangan Gunung Pondok dan Kilang Simen.

20. Memasuki jalan raya di KM15- Kami teruskan penggembaraan di bawah cahaya mentari untuk tamat di KM17 di Masjid Padang Rengas.

Penutup

21. Kami berasa sangat gembira menamatkan cabaran denai landasan keretapi yang pernah menjadi nadi hubungan, dan laluan bersejarah ini. Ketiga-tiga kami baru pertama kali berlari di sini. Tahniah dan Terima kasih semua.

22. MA berpandangan bahawa laluan ini berpotensi untuk acara larian, Kalau tidak sepenuhnya; mungkin sebahagian laluan.

23. Terowong-terowong ini mempunyai nilai sejarahnya tersendiri dan haruslah dipelihara. Semoga pihak-pihak terlibat dapat mengambil inisiatif untuk mengekalkan Warisan ini.

Kerana larian harus dinikmati,

Gme
Padang Rengas.

Pautan berkaitan:
1. https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/08/17/old-tunnels-have-tourism-potential-group-of-ngos-pushing-for-preservation-of-bukit-berapit-undergrou/
2. http://m-niaga.com.my/2018/03/05/stesen-keretapi-lama-bukit-berapit-berpotensi-sebagai-tempat-pelancongan-warisan-negara/


Lebih gambar : https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10156085663173822&type=3&fb_dtsg_ag=AdyZl_W1sdgbsvXVggeHjpTdnuzj43-ZAzlmnTo3isLDhw%3AAdw1PCIu_zlApAFwp9sAR3Wyhqwyg0mJ13L7mrl3ZmEaMA

Tuesday, 15 May 2018

1/2 Tahun 2018

Selesai selektif separuh tahun 2018 (KPI mengurangkan penyertaan dalam acara rasmi berbanding tahun 2017, berjaya).

11 acara, beribu2 kenangan. Seronok dan gembira, ups and downs bersua rakan-rakan di Arena.
=====
FM
1. Twincity Marathon
2. Pahang Marathon
3. SCKL Marathon
4. Iskandar Puteri Night Marathon
5. Perlis Marathon
6. Borneo Marathon

Beyond FM
===
1. Watergate 16HR - 70km
2. UiTM Ultramarathon 52km
3. Gopeng Ultra 50km
4. Route 68 Challenge 84km
5. Penang Eco 50km.

Kerana larian harus dinikmati.
Jumpa lagi di Arena pada bulan Julai nanti.

XOXO

Monday, 7 May 2018

Separuh Tahun 2018

Tamat kalendar FM saya untuk penggal pertama 2018.

Tiada sebarang FM berdaftar sehingga ke September. Selektif. Berjaya sertai 6 FM di tahun 2018. Macam-macam pengalaman. Berikut adalah susunan rekomendasi berdasarkan apa yang saya alami, nikmati dan lalui sepanjang tahun 2018.

Rekomendasi sangat baik/baik 

Rank 1: SCKLM
Rank 2: Borneo Marathon
Rank 3: Perlis Marathon
Rank 4: Twincity Marathon

Rekomendasi kurang baik:

Rank 5: Pahang Marathon
Rank 6: Iskandar Puteri Night Marathon.

P/S: Ini adalah pandangan peribadi saya, dan mungkin berbeza dengan yang lain berdasarkan pelbagai faktor dalam menentukan seseorang menyertai marathon. Lain orang lain motivasi. Kerana larian harus dinikmati.

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...