Sunday, 1 July 2012

Dim Sum Cafe, Greentown

Semalam berjaya mencuba dim sum di Greentown Ipoh.

Cafe ini mendapat Sijil Halal. Yelah kan, dim sum bukan senang nak jumpa yang halal.

Cafe ini banyak menyediakan dim sum yang beraneka untuk pilihan pelanggan.
Kebanyakan yang berasaskan udang.
Selain dim sum, cafe ini juga menjual mee, nasi dan sebagainya.

Ruang makan di sini selesa. Harga? Berpatutan. Lokasi pun di tengah bandar, di Greentown, tak berapa jaih dari Ipoh Parade.

Kos untuk aku makan semalam adalah RM22. Nanti kalau datang Ipoh bolehlah aku cuba lagi dim sum ini.

No comments:

Post a Comment

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...