Wednesday, 24 May 2017

SCKLM 2017

21 Mei 2017
Dataran Merdeka
KL
4am
Run For A Reason
1. Ini merupakan edisi terbesar FM di SCKLM dengan penyertaan lebih 7,500 pelari. Jumlah keseluruhan penyertaan bagi semua kategori adalah 35,000 menjadikan KL Marathon adalah suatu acara premier.
2. Kategori FM dilepaskan pada jam 4:00 pagi. Meriah, dengan pen permulaan 1,2,3 dan 4 langsung penuh hingga ke Muzium Tekstil di persimpangan Jalan Raja. Lagu Negaraku dinyanyikan sebelum pelepasan. Bermula dari pen 4, saya mengambil masa sekitar 8 minit untuk melintasi garisan permulaan.
3. Cuaca adalah baik dengan “humidity’ tinggi. Panas pagi semasa berada di DUKE. Hujan turun seketika ketika saya berada di KM34. Cuaca panas semula ketika melepasi KM39 hingga ke garisan penamat.
4. Laluan SCKLM 2017 secara umumnya adalah sama dengan edisi terdahulu dengan beberapa pengubahsuaian iaitu laluan tidak melalui KLCC, u-turn di Jalan Hishamuddin, berdekatan simpang ke Padang Merbok dipanjangkan dan u-turn di bawah Jalan Parlimen. 1 kilometer terakhir adalah dari KTM hingga ke Dataran Merdeka. Untuk gambaran penuh laluan FM SCKLM bolehlah merujuk kepada www.kl-marathon.com.
5. Atmosfera 500 meter ke garisan penamat adalah sangat mengujakan dengan sokongan seluruh Dataran kepada pelari-pelari yang dalam hala menamatkan larian masing-masing. Memang bersemangat.
6. WS di SCKLM adalah terbaik. Pisang dan gel disediakan di km tertera. Surau disediakan di km15 dengan selengkapnya. Kawalan trafik adalah baik. DUKE dan AKLEH menjadi “milik” pelari untuk “hit the road” sepanjang beberapa jam marathon.
Pasukan medic juga adalah terbaik, dan emergency response unit dengan kenderaan Honda juga baik, segera memberi bantuan.
Prestasi Saya
7. Saya sedar dengan potensi sebenar saya selepas dalam pemulihan sebaik dari Penang Eco (which is I DNF-ed), maka, saya meletakkan sasaran awal 6 jam, disesuaikan semasa acara.
8. Bermula dengan santai. Behenti di Menara Yayasan Tun Razak untuk urusan toilet. Meneruskan larian seadanya hingga menaiki AKLEH. Berjaya ikut belon 6 jam sehingga km12 sebelum kehilangan belon itu sehingga tamat.
9. Selepas subuh, menetapkan sasaran keriangan sebelum 6.5jam. Sentiasa memastikan tidak tersasar dalam kenikmatan. Berlari, berjalan, berjogging, atau apa sahaja istilahnya, sebaik cuaca cerah, saya mengisi masa dengan selfie-thon, borakthon dengan pelari-pelari. Seronok beramah mesra dengan ramai VFM (virgin full marathon) di sepanjang laluan.
10. Beberapa “spot” di laluan disediakan buskers memainkan lagu hiburan menaikkan semangat pelari.
11. Melepasi semua CP dengan jayanya. Hujan seketika mulai km34. Lama tidak berlari dengan hujan di kawasan bukit tunku (kali terkahir tahun 2012 – TM Run).
12. Seronok ketika di KM35 di mana, ramai sekali pelari FM masih turut sama berjuang. Sokongan dari sisi padang merbok juga meriah. Oh, bersua ramai Kura Runners di sini. TQ for the Cokes.
13. Saya menghabiskan 12km terakhir dengan masa 2 jam. Seret kaki temanya. Kesakitan dari Penang Eco belum pulih sepenuhnya barangkali. Saya sedar prestasi SCKLM saya tahun ini akan merosot berbanding tahun lepas (sub-6).
14. 500 meter menuju ke garisan penamat, berusaha tampil penuh yakin, kemas, dan ceria. Sokongan yang sangat mengujakan, kiri dan kanan, hi-5 here and there. Saya Berjaya menamatkan SCKLM 2017 dengan 6:24. Gembira dan terharu kerana dapat kembali menamatkan acara. COT SCKLM 2017 adalah 7 jam dengan 4 CPs COT.
Run For A Reason (RFAR)
15. Untuk rekod, tahun ini saya berlari “Run For A Reason” bagi kebajikan terpilih iaitu The National Cancer Society of Malaysia bagi usaha-usaha mereka dalam kelestarian mereka yang terkesan dengan kanser. Syukur dan terima kasih atas sokongan dan sumbangan semua pihak atas RFAR saya ini. Segala sumbangan anda amatlah diharga. Sumbangan masih boleh dilakukan di http://www.kl-marathon.com/…/r…/runners-profile/2017/55180/… sehingga 31 Mei 2017.
Penutup
16. Secara keseluruhannya, SCKLM dianjurkan dengan sangat baik sekali. Pengenalan “strict cut off at CP” dapat member motivasi kepada pelari-pelari untuk menamatkan cabaran dalam masa yang ditetapkan.
17. Kemeriahan sangat terasa pada tahun ini dengan lebih ramai pelari-pelari antarabangsa terutamanya dari rantau Asia Tenggara.
18. Tahniah dan terima kasih semua. Seronok dapat bersua dengan lebih ramai rakan pelari kepada semua. Walau apa jua catatan, keputusan dan peranan anda, sekalung penghargaan diucapkan atas segala usaha.
19. Kerana larian harus dinikmati. Selesai FM saya yang ke 52, dan SCKLM saya yang ke-4. Semoga terus kekal sihat dan berkelapangan untuk mendapat inspirasi dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk menikmati larian dengan cara dan motivasi tersendiri masing-masing.
XOXO
Gme
Dataran Merdeka
21 Mei 2017.


No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...