26 Mac 2016
Save Our Rainforest Race (SORR2016)
Hutan Simpan Sungai Menyala
Port Dickson
8:30 pagi
1. Edisi SORR tahun ini diadakan di Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson. SORR dianjurkan oleh PEKA, dalam memberi kesedaran terhadap selamatkan hutan hujan kita. Untuk maklumat lanjut mengenai PEKA boleh rujuk di sini (http://pekamalaysia.org/ ) atau https://www.facebook.com/ PEKAMALAYSIA/ . Untuk maklumat ringkas mengenai Hutan Simpan Sungai Menyala, boleh rujuk di sinihttp://www.mppd.gov.my/ hutan-sungai-menyala . . *Pertama kali saya (dan kebanyakan peserta) sampai ke hutan ini. :)
2. SORR2016 dimulakan dengan sesi taklimat, ucapan, dan pemanasan badan. Pelepasan dilakukan selepas jam 9 pagi. Cuaca sudah panas, dan bakal memberikan cabaran kepada peserta.
Format
3. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 peserta, di mana kedua-dua mesti ada serentak sepanjang aktiviti.
4. Jarak denai hutan dan keseluruhan trek adalah 15km (dan rasanya lebih 15km tadi). Denai adalah termasuk laluan batu kerikil, hutan dara sungai menyala, ladang kelapa sawit, dan ladang getah.
5. Terdapat 7 "checkpoint" dilalui oleh kumpulan dengan atktiviti tertentu. Perincian aktiviti adalah seperti berikut:
CP 1: Selfie, kumpulan perlu selfie dengan penuh gaya dan kreatif
CP 2 : Menggapai sarung tangan tergantung
CP 3 : Menanam pokok, di mana setiap kumpulan diberikan sepohon pokok untuk ditanam di tempat disediakan
CP 4 : Menganyam daun kelapa, dengan tunjuk ajar masyarakat orang asli.
CP 5: Memilih barang mengikut nombor dan seterusnya menghantar ke rumah orang asli yang ditandakan. (Kampung org asli disini diberitakan yang kedua tercantik di Malaysia. Memang kemas kampung ini)
CP 6: Menyusun logo acara dengan 8 puzzles yg disediakan
CP 7: Memasukkan tangan ke dalam kotak dan memilih cop sehingga dapat yang bertanda CP7.
Jarak antara CP adalah beberapa KM.
Denai/Laluan
6. Laluan ditandakan dengan jelas, selang beberapa pokok. Risiko tersesat amatlah rendah.
7. Laluan bertali juga kemas, dengan batang-batang kayu dijadikan titi.
8. Laluan dikawal rapi oleh ATM, yg turut sporting memberikan sokongan.
Keseluruhan laluan adalah landai, dan tidak berbukit, cuma beberapa tempat beralun kecil.
Prestasi
9. Kumpulan saya (dan Ucu Aman, #734) bermula dari kelompok belakang sedikit dari kelompok awalan. Berberapa km pertama, seperti biasalah, riang ria, selfie sana sini. Jalan-jalan kaki sahaja, memandangkan masih lagi sesak.
10. Pergerakan agak terbatas, tiada larian apabila laluan mula memasuki hutan dara, bersilang-silang di dalam hutan itu. Berjalan dan bergerak secara pantas, dengan kadang-kadang berlari sehinggalah sampai di CP3. Di situ, marshall bertugas memaklumkan kami kumpulan ke 22 yang sampai untuk menanam pokok. Terus bermotivasi mengekalkan rentak.
11. Menuju ke CP4, kami mula berlari. Dan sampai ke CP5, mula kelihatan beberapa kumpulan awal sudah berpatah balik.
12. Cabaran cuaca panas di ladang kelapa sawit dan getah. Kami meneruskan larian riang ria seperti biasa sambil memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang mula menuju ke CP5.
13. Dari CP6 ke CP7, laluan hutan, berlari dengan penuh berhati-hati agar tidak tersungkur. Bersua dengan satu kumpulan pengunjung yang mengucapkan good luck dan memaklumkan bahawa kami mungkin berada di #11 atau #12. Dengan motivasi, kami berlari, dan semestinya berjalan bila penat. Cuaca memang berbahahang walaupun di dalam hutan.
14. Selepas CP7, strategi adalah berlari dengan menjadikan kumpulan di hadapan dan belakang sebagai motivasi. Akhirnya, melintasi garisan penamat dengan tempat ke-10. Yay, tahniah.
Cabaran
15. Selain cuaca panas (dan bermula lambat, selepas jam 9 pagi), cabaran adalah masa menunggu pergerakan terbatas di denai dan giliran di CP untuk melaksanakan tugasan. Dan CP juga kumpulan untuk mengejar cabaran kumpulan lain.
16. Kelihatan ramai pelajar serta yang jarang berlari/berjalan dalam denai pada hari ini (berdasarkan perbualan dan pemerhatian saya). Meriah denai dan penganjur menyediakan sweeper army truck untuk yang tidak melepasi CP4 dalam masa yang ditetapkan. Ya, kelihatan ramai yang naik truck pada hari ini. Apa-apa pun tahniah juga diucapakan kepada semua.
17. Melewati jam 1:30 petang, masih ramai yang baru menamatkan larian/jalanan masing-masing. Menyaksikan perjuangan mereka juga memberikan motivasi kepada saya.
Pra/Post Acara
18. Peserta disediakan dengan sarapan pagi, dan makan tengah hari (ya, mereka membenarkan peserta mengambil lebih dari 1) yg disajikan oleh Concorde Hotel.
19. Air yg disediakan di WS juga banyak (cuma tiada air sejuk), dan stesen sponge juga disediakan untuk menyejukkan badan. Isotonik disediakan di garisan penamat.
20. Kehadiran rakan-rakan SORR2016 yang terdiri daripada artis dan nama-nama lazim juga memeriahkan acara.
21. Seperti kelaziman, seronok beramah mesra dengan ramai rakan-rakan baharu dan lama di SORR2016.
Penutup
22. Tahniah kepada semua, peserta, sukarelawan, anggota keselamatan, penganjur dan semua yang terlibat dalam SORR2016. Satu acara yang pada hemah saya, penganjuran yang baik dan bermakna. Acara yang memberi cabaran kepada kerjasama kumpulan dan sokongan.
23. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada penaja penyertaan kami seramai 150 orang dalam SORR2016. Tahniah kepada semua.
No comments:
Post a Comment