Monday, 28 March 2016

Save Our Rainforest Race (SORR) 2016


26 Mac 2016 

Save Our Rainforest Race (SORR2016)

Hutan Simpan Sungai Menyala 
Port Dickson
8:30 pagi 



1. Edisi SORR tahun ini diadakan di Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson. SORR dianjurkan oleh PEKA, dalam memberi kesedaran terhadap selamatkan hutan hujan kita. Untuk maklumat lanjut mengenai PEKA boleh rujuk di sini (http://pekamalaysia.org/ ) atau https://www.facebook.com/PEKAMALAYSIA/ . Untuk maklumat ringkas mengenai Hutan Simpan Sungai Menyala, boleh rujuk di sinihttp://www.mppd.gov.my/hutan-sungai-menyala . . *Pertama kali saya (dan kebanyakan peserta) sampai ke hutan ini. :) 


2. SORR2016 dimulakan dengan sesi taklimat, ucapan, dan pemanasan badan. Pelepasan dilakukan selepas jam 9 pagi. Cuaca sudah panas, dan bakal memberikan cabaran kepada peserta.


Format 

3. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 peserta, di mana kedua-dua mesti ada serentak sepanjang aktiviti.


4. Jarak denai hutan dan keseluruhan trek adalah 15km (dan rasanya lebih 15km tadi). Denai adalah termasuk laluan batu kerikil, hutan dara sungai menyala, ladang kelapa sawit, dan ladang getah.


5. Terdapat 7 "checkpoint" dilalui oleh kumpulan dengan atktiviti tertentu. Perincian aktiviti adalah seperti berikut:


CP 1: Selfie, kumpulan perlu selfie dengan penuh gaya dan kreatif

CP 2 : Menggapai sarung tangan tergantung
CP 3 : Menanam pokok, di mana setiap kumpulan diberikan sepohon pokok untuk ditanam di tempat disediakan
CP 4 : Menganyam daun kelapa, dengan tunjuk ajar masyarakat orang asli.
CP 5: Memilih barang mengikut nombor dan seterusnya menghantar ke rumah orang asli yang ditandakan. (Kampung org asli disini diberitakan yang kedua tercantik di Malaysia. Memang kemas kampung ini)
CP 6: Menyusun logo acara dengan 8 puzzles yg disediakan
CP 7: Memasukkan tangan ke dalam kotak dan memilih cop sehingga dapat yang bertanda CP7.


Jarak antara CP adalah beberapa KM.

Denai/Laluan


6. Laluan ditandakan dengan jelas, selang beberapa pokok. Risiko tersesat amatlah rendah.

7. Laluan bertali juga kemas, dengan batang-batang kayu dijadikan titi.
8. Laluan dikawal rapi oleh ATM, yg turut sporting memberikan sokongan.
Keseluruhan laluan adalah landai, dan tidak berbukit, cuma beberapa tempat beralun kecil.


Prestasi


9. Kumpulan saya (dan Ucu Aman, #734) bermula dari kelompok belakang sedikit dari kelompok awalan. Berberapa km pertama, seperti biasalah, riang ria, selfie sana sini. Jalan-jalan kaki sahaja, memandangkan masih lagi sesak.


10. Pergerakan agak terbatas, tiada larian apabila laluan mula memasuki hutan dara, bersilang-silang di dalam hutan itu. Berjalan dan bergerak secara pantas, dengan kadang-kadang berlari sehinggalah sampai di CP3. Di situ, marshall bertugas memaklumkan kami kumpulan ke 22 yang sampai untuk menanam pokok. Terus bermotivasi mengekalkan rentak.


11. Menuju ke CP4, kami mula berlari. Dan sampai ke CP5, mula kelihatan beberapa kumpulan awal sudah berpatah balik.


12. Cabaran cuaca panas di ladang kelapa sawit dan getah. Kami meneruskan larian riang ria seperti biasa sambil memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang mula menuju ke CP5.


13. Dari CP6 ke CP7, laluan hutan, berlari dengan penuh berhati-hati agar tidak tersungkur. Bersua dengan satu kumpulan pengunjung yang mengucapkan good luck dan memaklumkan bahawa kami mungkin berada di #11 atau #12. Dengan motivasi, kami berlari, dan semestinya berjalan bila penat. Cuaca memang berbahahang walaupun di dalam hutan.


14. Selepas CP7, strategi adalah berlari dengan menjadikan kumpulan di hadapan dan belakang sebagai motivasi. Akhirnya, melintasi garisan penamat dengan tempat ke-10. Yay, tahniah.


Cabaran


15. Selain cuaca panas (dan bermula lambat, selepas jam 9 pagi), cabaran adalah masa menunggu pergerakan terbatas di denai dan giliran di CP untuk melaksanakan tugasan. Dan CP juga kumpulan untuk mengejar cabaran kumpulan lain.


16. Kelihatan ramai pelajar serta yang jarang berlari/berjalan dalam denai pada hari ini (berdasarkan perbualan dan pemerhatian saya). Meriah denai dan penganjur menyediakan sweeper army truck untuk yang tidak melepasi CP4 dalam masa yang ditetapkan. Ya, kelihatan ramai yang naik truck pada hari ini. Apa-apa pun tahniah juga diucapakan kepada semua.


17. Melewati jam 1:30 petang, masih ramai yang baru menamatkan larian/jalanan masing-masing. Menyaksikan perjuangan mereka juga memberikan motivasi kepada saya. 


Pra/Post Acara


18. Peserta disediakan dengan sarapan pagi, dan makan tengah hari (ya, mereka membenarkan peserta mengambil lebih dari 1) yg disajikan oleh Concorde Hotel.


19. Air yg disediakan di WS juga banyak (cuma tiada air sejuk), dan stesen sponge juga disediakan untuk menyejukkan badan. Isotonik disediakan di garisan penamat.


20. Kehadiran rakan-rakan SORR2016 yang terdiri daripada artis dan nama-nama lazim juga memeriahkan acara.


21. Seperti kelaziman, seronok beramah mesra dengan ramai rakan-rakan baharu dan lama di SORR2016.


Penutup


22. Tahniah kepada semua, peserta, sukarelawan, anggota keselamatan, penganjur dan semua yang terlibat dalam SORR2016. Satu acara yang pada hemah saya, penganjuran yang baik dan bermakna. Acara yang memberi cabaran kepada kerjasama kumpulan dan sokongan. 


23. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada penaja penyertaan kami seramai 150 orang dalam SORR2016. Tahniah kepada semua.




Tuesday, 15 March 2016

UEM Charity Run 2016

13 Mac 2016
5 pagi
Persada Plus, NKVE Subang 

1. Lebih 6,000 hadir ke acara julung-julung kalinya di buat di atas lebuhraya NKVE ini. Semua lorang di lebuhraya ditutup sepenuhnya untuk memberi laluan kepada pelari.

2. Di samping larian, UEM menyediakan Karnival sempena ulang tahun ke-50. Dengan pelbagai lapisan pelari menyertai kategori 3km, 6km, 12km dan 21km.

3. Laluan larian adalah sepenuhnya atas lebuhraya, lurus, beralun dan beberapa u-turn.

4. Water Station adalah mencukupi dengan air, isotonik juga.  Surau juga disediakan, begitu juga mobile toilet. Saya berpuas hati dengan aspek ini.

5. Ruang penamat betul-betul depan plaza tol agak sesak kerana tiada penanda jelas, semua kategori tamat di satu lorong sahaja. Seterusnya bagi 21km, kena berjalan ke padang untuk mengambil kelayakan selaku penamat. Agak kelam kabut bila semua kategori berkumpul depan laluan.

6. Post race yg lengkap dengan air, pisang, roti, 100 plus. Diberikan medal (cantik) dan baju penamat juga untuk kategori 21km. Sesi cabutan bertuah juga disediakan.

7. Saya tamat dengan 2;23. Berjaya baiki masa daripada Alor Setar Half Marathon seminggu sebelum.

8. Keseluruhannya, penganjuran acara yang baik bagi UEM Charity Run 2016.

Tahniah kepada semua. 

UiTM Ultra 52km - Test Route

5 Mac 2016
UiTM Shah Alam 
10 malam 

Alor Setar Half Marathon 2016

Alor Setar Half Marathon 2016
5 Mac 2016
Menara Alor Setar
Kedah

1. Dilepaskan lewat sedikit dari 5 am. Ruang pelepasan agak sempit. Seperti biasa, saya bermula dari kelompok belakang.

2. Cuaca adalah baik. Laluan adalah rata, amat sesuai utk HMV. Ulasan adalah seperti berikut:

(a) Penganjuran adalah keseluruhannya adalah memuaskan;

(b) Trafik baik, namun beberapa simpang agak longgar, seperti simpang bas-bas masuk Ke Shahab Perdana;

(c) WS3, dan WS4, tiada air minuman , yg ada adalah air teh green tea. Oh cup juga kehabisan, mujur saya berlari bawa botol, mana, teh pun teh lah utk di refill. WS5, baru ada semula 100plus dan air.

(d) Stesen sponge adalah mencukupi.

(e) Surau yg disediakan adalah baik. Dua trak air, beralas, berarah kiblat. Beberapa masjid terdapat di sepanjang laluan.

(f) KM markers yg disediakan adalah besar dan jelas.

(g) Ruang start/mula di depan Menara AS dalah menarik. Mercu utama AS.

(h) Post race adalah baik, diberikan roti, pisang, 100 plus Dan air. Medal dan baju penat, tidak mengecewakan.

(i) Prestasi saya: tamat dengan jam besar 2:42. Jarak adalah mcm under distance 200m, maka, seperti biasa, tamat sedikit meter. Riang Riana Alor Setar selesai.

(I) Saya memberi rekomendasi sekiranya rakan-rakan utk berlari di AS. Moga edisi akan datang lebih baik.

(j) Tahniah kepada semua. Meriah Alor Setar Sabtu ini.

Selesai tugasan larian pagi ini.

AMBANK KL DAY RUN - The Supporter Edition

28 Februari 2016
Padang Merbok 
Kuala Lumpur 

Gunung Nuang Ultra - The Supporter Edition

28 Februari 2016
Hutan Lipur Gunung Nuang, Pangsun, Hulu Langat 

Shamrock Run 2016

27 Februari 2016
Taman Botani Putrajaya

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...