Monday, 5 October 2015

SCKLM 2015 - Cancellation Day


4 Oktober 2015 
Dataran Merdeka 
4:30 pagi 

1. SCKLM 2015 dibatalkan lantaran kerana jerebu yang teruk. Keputusan yang baik diambil oleh penganjur. Seawal 4:00 pagi telah ramai kelihatan pelari muncul juga di Dataran Merdeka demi matlamat/motivasi masing-masing.

2. Runners entitlements boleh mula diambil selepas jam 6 pagi. Sementara itu, dengan bersemangat serta langkah keselamatan sewajarnya. Kami membuat keputusan untuk larian riang riana 10-11km pusing segitiga emas KL.

3. Larian tidak rasmi solidariti juga diadakan mulai selepas 6 pagi dengan lebih ramai kumpulan pelari. Kumpulan kami turut disertai dengan 5 orang pelari dari PRC. Seronok berlari sambil bercerita. Laluan ke KTM Station, ke Petaling Street, ke Pudu Sentral ke Bukit Bintang, ke Dang Wangi, Jalan TAR dan tamat di dataran Merdeka. Berhenti bergambar di beberapa spot menarik.

4. Tamat disambut dengan meriah dengan music dan pengumuman emcee. Seronok ditemubual, bergambar seadanya. Selepas itu, menikmati makanan lepas acara yang disediakan. Ada roti, nasi ayam, sandwich, ayam, makaroni, (sebahagiannya di Standard Chartered Hospitality Tent), kopi, teh, roti, 110 lus, air kotak yeos, yogurt juga disediakan.

5. Medal, baju penamat mulai diberikan seawal 6 pagi hingga 12 tengah hari. Selesai cooling down dan makanthon selepas lari 11km, aktivtii diteruskan dengan beramah mesra dan semestinya bergambarthon sampai berjam-jam. Reunion antara rakan-rakan pelari. Momen terindah di sebalik pembatalan SCKL tahun ini.

6. Jerebu tidak berubah, dan masih teruk hingga ke saat meninggalkan Dataran Merdeka.

7. Kemeriahan tetap terasa di Dataran Merdeka hari ini walaupun tiada Marathon ke-32 buat saya.

Lebih gambar boleh di lihat di SINI SINI-2


No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...