Sunday, 12 January 2014
Penang Run 2013/2014: Series 4; The Finale
Thursday, 9 January 2014
Hiking to Kem Pacat, Gunung Nuang, Selangor
4 Januari.
Ni aktiviti adhoc. Dapat sms dari aizat ajak hiking nuang trail.
Terus on pada pagi sabtu.
Pertama kali sampai ke kawasan Pangsun, dan kaki gunung nuang.
Tujuan pagi ini adalah untuk hiking sampai ke kem lolo. Sekali terlajak sampai ke kem pacat.
Sangat suka hutan buluh pinggir trail di nuang ini. Pokok2 unik pun banyak.
Di km 6, agak terkejut bila terjumpa seekor kura-kura yang enak menjamu selera cendawan.
Beberapa kali tersadung, laluan agak licin kerana lepas hujan.
Sampai di kem pacat, hilang penat, menikmati pokok2 yang unik di kawasan lapang di situ.
Mengelakkan terperangkap dalam gelap, segera turun dari kem pacat selepas berehat seketika.
Deruan air terjun di beberapa lokasi pinggir trail sungguh mendamaikan. Membasahkan muka dan bermain air terjun di situ sungguh menenangkan.
Kira-kira 3km sebelum tamat sampai di pintu masuk. Hujan agak lebat. Bertabahlah kami berlari sambil mengelak kelicinan trail.
Lepas 5 jam dan 16 km, selamat tiba di pintu masuk.
Suatu pengalaman menarik di nuang trail pagi ini.
Mungkin di masa akan datang saya harus sampai ke puncak nuang itu.
Itu sahaja pengalaman ke kaki nuang pada hari ini.
Malaysia mempersona.
Selamat tahun melawat Malaysia 2014!
Sunday, 5 January 2014
MPIB Run 2014 - My First Run
Thursday, 2 January 2014
Tahun Baru 2014
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...