Sunday, 20 January 2013

Milo-FTAAA Cross Country 2013

Tempat : Taman Botani (Lake Garden)
Masa : 7.45 pagi
Jarak : 10.6km (GPS)

Wah tak sangka ramai juga yang masuk race ini walaupun ada lagi satu race di Klang, Dragon Back Run.

Aku masuk race ni sekadar nak tune up utk marathon dalam beberapa hari lagi.
Maka, larian ni sekadar nk bagi otot kaki berlari je tanpa bagi tekanan. Minggu lepas aku dah buat LSD 22km, sengal kaki ku masih terasa. Tu yang minggu ni buat larian biasa2 je.

Laluan cross country ini agak menarik, bermula di Boat House Lake Garden, pusing taman, lalu bukit tepi planeterium, turun tangga, bukit segala, lepas tu lari ke jalan parlimen, masuk simpang ke JKR pastu masuk jalan dekat tugu negara, turun bukit belukar belakang tu, kemudian naik tangga, lintas tugu negara, masuk balik ke taman tasik, pusing taman dan tamat.

Nah, mmg agak mencabar laluan ni. Aku tamatkan larian dalam masa 1:17. Mmg agak perlahan, janji dapat berlari.

Seperti biasa, post race ada milo, 100+ segala. Keseluruhannya, race ni ok, cuma masa nk mula agak sempit, dan ramai runners yg baru sampai. Mungkin tersangkut dalam jam, coz ada event basikal sekitar kL.

#oh ya, aku tak dapat medal penamat bagi race ni, krn medal utk 150 pertama shj. Sah2 aku x dpt 150 kan. Hahaah

Apa2 pun, berdebar menanti maraton ke2 ku.

#RunGmeRun













No comments:

Post a Comment

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...