Tempat: Queensbay Mall, Penang -> Jambatan Pulau Pinang
Tarikh: 18/11/2012
Masa: 2 pagi
Jarak: 42.195km
Inilah harinya. APBIM 2012 | 18/11/2012 | My first marathon : Akhirnya
selepas 5 bulan daripada larian pertama, 16/6 – TM Fan Run 2012, Impian untuk
menamatkan marathon 42.195km tercapai. It’s all about the courage to start.
Sedari larian pertama, aku “memaksa” diri
untuk berlari saban minggu, yup pada awalnya memang sukar membiasakan diri
dengan berlari setiap hujung minggu dan beberapa hari di hari biasa. Nah,
selepas 5 bulan, Berjaya juga melintasi garisan penamat itu. Saat itu, sungguh
luar biasa, dan beremosi, terharu dan sebagainya.
APBIM |~ baru ku tahu
bagaimana rasanya berlari melintasi setaip km sepanjang jambatan itu, dari
hujung ke hujung, lurus dan seolah-olah tiada penghujung. ~ Memasuki Jelutong
Expressway, dugaan terus datang, dengan kaki terasa lemah, mental yang
bila-bila masa suruh DNF, namun, perasaan itu, segera hilang pabila melihat
kesungguhan pelari-pelari lain, dan itu adalah “support system” yang utama
semasa berlari. ~ KM33 ke Garisan Penamat – rasanya inilah saat paling sukar
sepanjang larianku, terasa semakin jauh berlari, semakin jauh pula garisan
penamatnya. Menahan diri daripada “hit the wall”, berlari/berjalan dengan pace
sendiri, menuju ke KM akhir marathon adalah sungguh beremosi.
Akhirnya, lepas
lebih 5 jam setengah, aku berjaya melintasi Garisan Keramat itu, untuk pertama
kali, dan semestinya akan dikenang. || Setiap orang mampu dan berkebolehan
untuk menamatkan 42.195km itu, walau apa cara sekalipun. Percaya pada diri.
Listen to your body, respect the distance. || Every finish line is the
beginning of new race || What’s next? | Keep running, and I have a time to beat
now|| Dreaming of running at World Marathon Majors |
Keseluruhannya, aku enjoy berlari pertama kali di jambatan Pulau Pinang ini, my first marathon lak tu. Jumpa lagi di APBIM2013, yg katanya akan dibuat di Jambatan Kedua Pulau Pinang (dijadualkan siap pada thn depan).
UNOFFICIAL TIME: 5:39:06
Pro:
- water station cukup dengan air sepanjang route
- pisang mencukupi
- surau disediakan sewajarnya
- kata-kata semangat yg diletakkan dibeberapa KM
- medic yang mencukupi, dapat hilangkan sikit kesakitan
- kemudahan shuttle bus dari/ke Jetty/Tapak Larian
Cons :
- km marker kurang. Pastu rasanya yg diletakkan tu jauh dr catatan GPS
- urusan lepas tamat larian yang slow, bayangkan lepas tamat full marathon, terpaksa Q panjang untuk collect medal, breakfast, goodies bag segala
- baggages collection pun lambat