Sunday, 17 June 2012

Larian #1:TM Fan Run 2012 in Support of the Malaysian Contingent to London

17/6/2012, aktiviti hujung minggu ku dipenuhi dengan menyertai larian TM Fan Run di Dataran Merdeka.

Setelah sekian lama tidak menyertai larian (kali terakhir masa belajar kot??), akhir hari ini merupakan sejarah baru buat ku. Haha.

Larian anjuran TM ini adalah sebagai sokongan kepada Team Malaysia untuk ke sukan Olimpik di London pada bulan Julai nanti.
Aku menyertai larian 7km.

Sebelum larian tu dimulakan, adalah sesi senamrobik kat tengah-tengan Dataran Merdeka tu.

Larian dimulakan pada jam 8 pagi. Trek larian 7km meliputi Bukit Tuntku, jalan Parlimen, pastu lintasi padang Merbok dan ke dataran Merdeka semula. Ada naik bukit dan turun bukit sedikit. Mula-mula seperti biasa, lari dengan steady, pastu penat, jalan kaki, pastu sambung balik lari.

Tetapi yang paling best nya kali ini, adalah tengah-tengah lari, lebih kuranh 3km lagi nak abis, hujan selebat-lebatnya. Mencuci jerebu di Kuala Lumpur. Huhu. Nak tak nak, kena lari habiskan juga, walau dalam hujan. Seronok tengok gelagat pelari-pelari.

Akhirnya lepas hampir sejam lebih (catatan larian ku yang tak seberapa) aku berjaya menamatkan larian.
Seperti biasa, perasaan seronok menamatkan larian adalah sesuatu yang indah. Hilang semua kepenatan.

Dapatlah sijil penyertaan dan medal. Selaku finisher kan.

Oh ya, sempat jumpa wajah-wajah dikenali semasa larian. Siap terjumpa kawan sekolah lagi. Reunion kejap kan.

Apa-apa pun, kenangan larian hari ini tetap best. Bersama lebih 7,000 pelari lain memeriahkan suasana dan sokongan terhadap Team Malaysia.

Go Malaysia Go! (dapatkan emas pertama buat Malaysia)

#moga lepas ini aku menyertai lagi banyak larian untuk terus menikmati larian....
Open bib, tulis apa sahaja di situ...
Dapat finisher medal dan sijil
Sebelum memulakan larian
Setelah gigih menamatkan larian 7km, dengan separuh daripadanya hujan lebat....
Posing sebelum memulakan larian
Senamrobik - memanaskan badan
Jom Lari!

Saturday, 16 June 2012

Maher Zain "Forgive Me" live in Malaysia!

Dah lama aku tidak menyaksikan konsert live.
Malam tadi berkesempatan menyaksikan konsert Maher Zain di Stadium Merdeka.
Tiket dibeli seminggu awal. Dengan tiket berkenaan, aku berjaya dapatkan autograph MZ di Rock Corner, The Curve pada 12 Jun 2012.

Konsert pada 16 Jun malam tadi meriah dengan kehadiran beribu peminat MZ.
Artis undangan adalah Irfan Makko dan Reef.

Keseluruhannya konsert menghiburkan. MZ menyampaikan lagu-lagu popularnya dari album terdahulu dan terkini. Lagu-lagu The Rest of My Life, Number One For Me, So Soon, dan Insha Allah merupakan antara lagu yang dipersembahkan.

Sebuah konsert yang agak mega, sistem bunyi dan multimedia yang menarik.

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...