Wednesday, 4 March 2015

Gunung Nuang Ultra 2015

1 Mac 2015

Hutan Rekreasi Gunung Nuang
6:30 pagi.

1. Suatu cabaran baharu dalam sejarah larian saya. Tamat 50km dalam 12:35, ya, ter lebih 35 minit dari cut off 12:00hrs.

2. Semua berjalan baik hingga loop ke-4. Memasuki loop ke-5 kaki cramp, hampir berputus asa, tersadai tepi trail. Terima kasih kepada yg menyokong dan membantu sepanjang cabaran terutamanya last loop. Elavation hampir 2,500fts sepanjang 50km memang menjadikan ianya suatu yg menyukarkan buat saya, meangambil kira setahun lebih saya tidak pernah ke Nuang.

3. Laluan mendaki yg memang menduga mental. Menghampiri km45, saya sedar akan terlepas cutoff, hingga kan terpikir nak naik 4x4 atau motor je. Melewati 6 pm , Keadaan hutan mulai agak gelap, menghapuskan segala negativiti saya terus kan perjuangan menghabiskan 5km terakhir dengan segala kudrat yg ada. Berhenti di semua pondok pabila rasa nak cramp.

4. Tiba di garisan penamat melewati 7malam. Mata berkaca2, disambut oleh volunteer, rakan2 dan sebagainya. Cramp masa ini tak dapat dibendung lagi. Terus terasa hilang segala kesakitan pabila tamat. insaf dan drama di penamat semalam tak payah cerita. GNU memang mencabar dari semua marathon yg pernah saya sertai. Mental dan fizikal hampir terbarai.

5. Keseluruhannya GNU dianjurkan dengan baik. Banyak makanan di support station., medik dan sebagainya. Terima kasih semua penganjur, volunteers, rakan-rakan pelari sama ada join/tak join GNU, support station yg banyak Berjalan makanan, semalam yg banyak memberi sokongan. Seronok jumpa rakan2 sambil makan di support station, mendaki , menuruni bukit2 segala. Tahniah kepada semua.

6. Pasca GNU? Saya insaf dah, kalau nak masuk lagi tahun depan, harus kena berlatih di Nuang trails.

p/s: mengambil kira GNU2015 sebagai recovery run/walk/hiking seminggu selepas Tokyo Marathon, saya tetap gembira dengan motivasi di GNU.

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...