1) Running Expo
Running Expo
4-6 April 2013
Di Porte de Versailles
Aku sampai Paris pada pagi 5 April.
Lepas selesai semua urusan di bajet hotel berdekatan Gare de L'est, terus ambil subway dari situ ke Running Expo ni.
Katanya expo larian terbesar di France.
Dan memang besar dewan tu.
Banyak menda boleh ditengok, beli dan diangan2kan.
Urusan ambil bib dan race entry pack pun dibuat di sini. Senang.
Dalam dewan sebesar2 ini, segalanya mudah.
Lepas ambil bib, aku pusing2 tengok booths yg ada.
Banyak kasut yang menarik. Hehe
Selain tu, sempat juga sambar baju cenderahati Asics.
Ada juga booth promosi macam2 marathon di sekitar Eropah dan dunia.
Produk2 kecergasan juga banyak dijual.
Lepas hampir 4 jam di Expo, aku pun keluar dan terus ke koya Paris.
Lagi lama di expo, lagi banyak euro takut melayang. Hehe.
2) Breakfast Run
6 April 2013
Tempat: Berdekatan Ecole Militaire, bertentangan Menara Eiffel dan tamat di Avenue Foch
Jarak: 5km
Aku join larian ini untuk merasai bagaimana berlari di Paris. 5KM yg sejuk. Pergh. Memang tak biasa lari dalam keadaan sejuk sebegini.
Laluan membawa ke jalanan Paris yang melalui celah2 bangunan, menarik sekali. Jalan ditutup hampir sepenuhnya untuk runners berlari. Walaupun breakfast run, hanya sekadar fun run, tapi beribu jugalah runners yg ada.
Seronok. Sungguh warna-warni.
Di kawasan penamat, disediakan air, muffin, pisang dan sebagainya untuk breakfast.
i had enjoyed this run.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...
No comments:
Post a Comment