Wednesday 27 December 2017

Sorotan 2017 : Run Gme Run

Sorotan 2017 : Run Gme Run
.
1. 2017 menghampiri penghujung. Pantas masa berlalu. Tahun ini merupakan tahun paling aktif bagi saya menyertai acara larian dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.
.
2. Mendaftar lebih daripada 50 acara, namun, dengan pelbagai alasan, beberapa acara terpaksa DNS. Pecahan penyertaan adalah seperti berikut:
~ 13 FM;
~ 7 ultramarathon (tamat: 3, 50km, 84km, 70km);
~ 10 half marathon;
~ 19 lain-lain jarak 5km hingga 30km.
*Ulasan ringkas setiap acara ada di dalam album fb saya.
.
3. Tahun ini juga merasai 4 DNF acara ultra. Pengalaman. Tahun ini juga paling banyak bergerak dari Perlis sampailah ke Sabah, ke utara, selatan, timur dan barat, ku jejaki. Lebih 40 medal kenangan diperoleh dengan pelbagai pengalaman. Suka saya kepada kata kata ini : “It's important to know that at the end of the day it's not the medals you remember. What you remember is the process -- what you learn about yourself by challenging yourself, the experiences you share with other people, the honesty the training demands -- those are things nobody can take away from you whether you finish twelfth or you're an Olympic Champion.” - Silken Laumann. 
.
4. Momen-momen indah dan rutin saban hujung minggu mencorakkan lagi perjalanan agenda larian saya tahun ini. Lupakan medal yang cantik, berwarna, baju yang menarik, itu adalah suatu bonus bagi satu acara. Yang lebih penting adalah pembelajaran dan pengajaran dalam setiap acara.
.
5. Beberapa titik terpilih yang sukar saya lupakan pada tahun ini adalah seperti berikut:
~ bertuah dan terharu dapat bersua dengan sebahagian daripada kalian, di lapangan terbang, stesen bas, tapak acara, sebelum, semasa dan selepas;
~ berlari menelusi gua di Merapoh, harungi sungai;
~ mencapai impian berlari di Kelantan;
~menikmati malam, dalam denai yang licin di Bukit Tokun (harus kena ulangi sampai berjaya);
~ laluan persekutuan 68 selepas tengah malam, daun pisang pun Nampak mcm entiti lain;
~ penat yang menyeronokkan, tamat Alor Setar Half, segera ke Miri, untuk full marathon, tidak cukup rehat, flight delayed, dan tamat dalam COT;
~ laluan balak di Sungai Lembing, disulami hujan lebat, dan laluan balak di Gopeng;
~ berlari di beberapa destinasi tanpa menyertai acara (ie, LSD tepi sawah, berlari ke gunung jerai, kapal korek, pantai cenang, dsbnya)
~ kebun getah di Raub juga tidak mengecewakan;
~ Impian pusing mengelilingi Pulau Pinang sejauh 84km gagal terhenti di KM71. Ini pun harus diulangi;
~ hadir sebagai penyokong di beberapa acara larian;
~ Kembali bermarathon di Terengganu dengan catatan masa yang memberangsangkan utk saya; dan
~ Telantar di Hospital Sungai Petani sehari sebelum dijadual meraikan ulang tahun ke-5 sebagai marathoner.
.
6. Ini adalah sebahagian daripada macam-macam lagi kenangan ups-and-downs sepanjang menjelajar calendar larian di Malaysia. Menjadi satu kegembiraan juga pada tahun ini, pabila melihat lebih ramai rakan-rakan menikmati larian dengan motivasi dan impian masing-masing.
.
7. Semoga kita semua terus dikurniakan nikmat kelapangan dan kesihatan untuk memberi/mendapat inspirasi kepada/daripada lebih ramai orang dalam menikmati larian mahupun aktiviti sihat seumpamanya.
.
8. Selamat maju jaya di tahun 2018. Maaf juga dipohon atas segala salah silap. Tahniah dan terima kasih semua.
.
“If you finish the race, you win. If you participate, you win. If you wake up in the morning and you feel good, you win. If you live the good life, and eat the good food and have love for other people, you win.” – Caballo Blanco 
.
Kerana larian harus dinikmati,
.
Gme

Tuesday 26 December 2017

MA dan Half Marathon 2017

MA dan Half Marathon 2017
1. Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya kurang sertai acara HM berbanding dengan FM. Tahun ini, berkesempatan menyertai HM di tempat-tempat seperti berikut:
(1) Kuantan ABC : 2:31 , lari dalam hujan, laluan jalan sg lembing beralun
(2) MHWH Iskandar Johor : 2:45, acara dianjurkan baik, laluan sekitar Iskandar Puteri, pertama kali saya berlari di Iskandar Puteri. 
(3) Shah Alam Night Half: 2:45, beberapa bahagian di laluan, trafik agak sibuk walaupun selepas tengah malam,
(4) Alor Setar Half : 2:57, laluan tahun ini terlebih hampir 22km, namun banyak pokok bunga tecoma menyerikan laluan. Cantik. Habis ASHM, bergegas ke Miri FM.
(5) Kelantan International Half : 2:52 , mula agak lewat namun trafik, WS semua baik, menepati ekspektasi untuk penganjuran kali pertama
(6) Penang Run : 3:25 , larian demam, berjalan hampir 90%, kejar COT, penang run tidak mengecewakan
(7) Ipoh 7 Bridges : 2:34 , lama tidak ber HM di Ipoh, laluan teroka bandar Ipoh, tamat tepi sungai, cuma agak gelap di laluan penamat,
(8) Cyberjaya Fire Fighter Night Half : 2:51, acara HM kegemaran di Cyberjaya kembali lagi, seperti 2 tahun lalu, saya B2B dengan LJSM
(9) Maritime Run Putrajaya: 2:27 , satu-satunya HM saya di Putrajaya selepas setahun.
2. Tamat semua dengan santai. Keseluruhannya, kesemua 9 HM di atas dianjurkan dengan baik dan tidak mengecewakan (at least, for me lah kan) . Satu acara baharu seperti Kelantan Half memberikan saya pengalaman pertama kali berlari di acara rasmi di sana. Tidak mengecewakan. Laluan cantik saya berikan kepada laluan Alor Setar half, di mana, pada tahun ini, beberapa bahagian laluan diserikan dengan bunga-bunga tecoma yang berkembang mekar.
3. Untuk tahun 2018, saya menimbang untuk menyertai acara-acara half marathon di destinasi-destinasi baharu seperti di Pasir Salak, selain teringin kembali ke Alor Setar Half, atau pun sertai Bentong Half (sekiranya masih ada tahun hadapan).
Kerana larian harus dinikmati. Lain orang, lain motivasi.
Photo credit: Mysports360

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...