Tuesday 28 April 2015

King of Bukit Larut (KOBL 2015)

26 April 2015
Bukit Larut, Taiping
7:30 am
10km | 20km | 26km
1. Edisi ke-2 KOBL kali ini menyaksikan lebih ramai pelari berbanding tahun lepas. Meriah dengan lebih 400 orang untuk menawan Bukit Larut.
2. Cuaca pagi Ahad adalah cerah dan baik. Kategori 26km dilepaskan pada 7:30 am, selepas taklimat acara dan nyanyian lagu Negaraku.
3. Seperti biasa, kelihatan ramai muka-muka dikenali. Bergambar. Di samping itu, berkenalan dengan rakan-rakan baharu.
4. Laluan adalah dari kaki bukit larut melalui jalan bertar mendaki lebih 1,300m ke Pencawang TM, hampir 13km sehala. Permandangan indah suasana pagi bandar Taiping dapat dilihat di puncak bukit larut. Segmen laluan dari kawasan peranginan bukit larut ke pencawang TM agak kurang dilalui (kawasan ini tidak dibuka pada hari biasa), kelihatan lumut-lumut hijau menghiasi dinding-dinding tebing.
5. Beberapa laluan agak licin di sepanjang jalan. Pelari perlu berhati-hati. Prestasi saya adalah:
2:21 naik
1:35 turun, dengan 3:56 untuk keseluruhan (c/o 4:30). Penat mendaki, namun kepuasan terpancar menyaksikan permandangan indah. Seronok dapat sekali lagi menamatkan KOBL. Kali ini, berjaya luangkan masa untuk naik jambatan gantung dan menikmati panorama indah di atas Bukit Larut.
6. Seperti biasa, aktiviti selepas run adalah bergambar dengan rakan-rakan pelari, berehat menikmati makanan, sambil memberikan sokongan kepada rakan-rakan yg baru sampai ke garisan penamat. Wah, tahun ni ada hadiah khas untuk kategori Best Dress.
7. Secara keseluruhannya, edisi kali ini juga dianjurkan dengan baik. WS mencukupi air, post race disediakan nasi lemak, cendol (bagi yg lewat sampai, cendol habis),  100plus dan air. Tahniah kepada semua, pelari, penganjur Team Pacat, sukarelawan, pasukan keselamatan dan semua yg terlibat, langsung mahupun tidak langsung. Jumpa lagi di KOBL 2016.
8. Selesai edisi runcation & makanthon bersama rakan-rakan di Taiping. Seronok beramah mesra dengan pelari-pelari. Kembali kepada rutin biasa minggu ini, bersedia untuk Big Race, Borneo Marathon  selepas KOBL2015.
xoxo

Monday 20 April 2015

Road To #30 : BIM2015





**Photo asal : kredit kepada Mohd Khairul, 3R International Marathon & Carnival 2015 

Pantas masa berlalu, dalam masa kurang dalam 2 minggu saya akan meraikan marathon ke 30 di Sabah.

Edisi cabaran 29 selesai dengan bertemakan kitar semula.

Namun, sebelum itu saya akan ber larian riang di Bukit Larut hujung minggu ini.

XOXO

Marathon #29: 3R International Marathon & Carnival

19 April 2015
Dataran POJ Putrajaya
4:30 am

1. Kategori FM Dilepaskan selepas 4:30 pagi. Seperti biasa saya memulakan larian dari barisan belakang.

2. Laluan adalah seperti BSN PNM2013. Ada ups & downs, sepanjang highway di Putrajaya.

3. Cuaca panas menambahkan lagi keunikan ber FM di Putrajaya.

4. Dengan ber outfit kan beg race kit kitar semula yg dijadikan poncho, ia memberikan cabaran tambahan kepada saya. Kaki mulai malas selepas km27, di mana selepas itu hampir berjalan kaki sepenuhnya ke garisan penamat.

5. Terima kasih kepada team smile & team ayang ati - Badh atas support station . Begitu juga bro Fuad / doc Rafidah atas WS di km39-40 dan turut berlari iringi kami ke FL.

6. Menamatkan FM ke-29 dengan 6:51, 51 minit beyond cutoff 6:00. Terima kasih kepada rakan-rakan yg memberi sokongan di FL mahupun sepanjang jalan. Thanks bro Hisyam yg sama-sama mengharungi kepanasan sepanjang jalan.

7. Keseluruhannya, 3R dianjurkan dengan baik dalam beberapa segi, walaupun mulanya saya agak skeptikal atas penganjuran ini. Penambahbaikan adalah perlu seperti medik, post race hospitaliti kerana no Milo, no foods dan hanya pisang dan mineral water sahaja lepas lari. Volunteers yg peramah dan sporting di WS, surau tent, air sejuk, antara beberapa perkara positif yg ada.

8. Tahniah kepada semua, rakan2 FMV, FM-ers, rakan-rakan yg masuk pelbagai kategori lain, supporters dan semua yg terlibat langsung & tidak langsung. Seronok dapat jumpa rakan2 sebelum-semasa-selepas marathon.

9. Selesai Gme Marathon Challenge Edisi ke-29. Masa untuk berehat, recovery, back to basics dan seterusnya kembali muncul di #30 kurang 2 minggu dari sekarang.

p/s ; selain larian, ada karnival mempromosikan 3R dan konsert di tapak larian.

Sunday 12 April 2015

Milo Malaysia Breakfast Day 2015 - Ipoh

12 April 2015
Padang Polo, Ipoh 

1. Saya mendaftarkan diri Malaysia Breakfast Day (MBD) 7km Ipoh sebagai mendapatkan semula mood menyertai acara selepas 1 bulan lebih tidak sertai apa-apa acara.

2. Urusan REPC di Padang Polo sehari sebelum berjalan lancar. Bib dan tshirt berkualiti.

3. MBD Run dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti sesi warm up. Mengikut laporan, seramai 2,000 pelari pelbagai kategori menyertai larian pagi ini. Bagi yg tidak menyertai larian, aktiviti-aktiviti lain seperti hula hoop, bola serta sarapan (kupon 3MYR) dan free flow Milo.

4. Dilepaskan jam 7:30 am utk kategori 7km, 7:45 am untuk kategori 3km. Atmosfera mengujakan pabila bertemu rakan-rakan pelari dari Ipoh, Penang, mahupun dari Lembah Klang. Seronok saling tukar sapaan. Seperti biasa, saya bermula dari kelompok belakang saat dilepaskan. Terpaksa bersesak sebaik lintasi permulaan, pabila ramai mulai berjalan seawal2nya.

5. Dengan cuaca baik, laluan yg tidak sibuk, saya cuba kekalkan pace larian dengan 6:00/km. Terdapat 2 water station disediakan. Memasuki km6, saya berhenti betulkan kain dan legakan rentak. Semput, semua org agak pantas. Hehe. Disapa dan senyum pada yg menegur sepanjang larian.

6. Menghampiri garisan penamat 7km, berlari dengan keriangan dan keyakinan, menyedari berjaya perbaiki catatan MBD2013 saya . Dengan 44mins untuk 7.3km, saya gembira kerana kembali melintasi garisan penamat buat kesekian kalinya.

7. Urusan di ruang penamat adalah teratur, diberikan pisang, medal, air, goody bag dan semestinya Milo dari van menanti. Seterusnya, dapatkan sarapan menggunakan voucher yg disediakan.

8. Selesai cooling down, sesi photothon bersama rakan-rakan sambil berzumba di Padang yg becak. Meriah. Sambil bersarapan juga, hadirin di Padang Polo dihiburkan dengan beberapa pertunjukan. 

9. Keseluruhannya, dengan yuran berpatutan, penganjuran MBD pertama kali di Ipoh adalah baik. MBD 2015 sekali lagi berjaya mempromosikan gaya hidup sihat Dan kepentingan sarapan pagi. Suatu pagi Ahad yg berkualiti terutamanya yg bawa famili, rakan-rakan dan lain2. Kerana larian/akviti sihat lebib bermakna dinikmati bersama.

Jumpa lagi Ipoh.

xoxo

Thursday 9 April 2015

Bila April

Selepas berehat dari menyertai sebarang acara semenjak sebulan lebih yang lalu selepas GNU, hujung minggu ini akan kembali menyertai acara.
Ipoh akan menjadi "comeback" saya minggu ini sebagai persediaan untuk acara jarak kegemaran, marathon minggu depan.
Seperti biasa, tiada sasaran besar untuk 7km larian riang Ipoh ahad ini melainkan menikmati atmosfera larian dan back in mood . Gitu.
Selamat berhujung minggu semua dengan pelbagai acara hujung minggu ini.
Xoxo

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...