Friday 7 September 2018

Bukit Berapit Old Tunnel Run 2.0




Bukit Berapit Old Rail Track 2.0
2 September 2018
7:00 am
Mula: SK Changkat Larut, Air Kuning
Tamat: Padang Rengas
Jarak :18km

1. Lanjutan daripada misi minggu lepas (Pengalaman seperti di:https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10156085663173822&type=3&fb_dtsg_ag=AdxvOzv7aP9m5wsHhaNWO2Bm6NjxoMfRCMBMobRJEgOU7w%3AAdwN4KePD7R3eNdlDC4wFnFeB3iOcI2cGlwoZ4t-9X8Obg ) , episode 2.0 untuk laluan ini diadakan pada hari ini. Jumlah peserta adalah 18 orang, meriah.
Sesi kali ini turut diserikan dengan kehadiran Pak Non (Gurkha Malaya - GM).

2. Memandangan line-up pasukan kali ini kebanyakannya belum pernah merasai pengalaman berlari/berjalan melintasi keempat-empat terowong keretapi di laluan ini, maka, sesi adalah lebih berkisar kepada santai, riang ria, dan bergambar-gambar.

3. Umumnya, laluan adalah sama seperti minggu lepas, kecuali 3km terakhir, di mana bermula dari kawasan tanah merah YTL, laluan diteruskan menjejak rintis landasan yang agak jarang di lalui orang. Pada minggu lepas, kami terus ke jalan raya selepas tanah merah, tetapi tidak pada minggu ini.

4. Laluan selepas tanah merah agak lebih bersemak samun, lebih mencabar kerana seolah-olah tidak pernah dilalui untuk tempoh masa yang lama. Kedudukan landasan yang tersorok dalam hutan, dan atas rabun bukit juga memberikan cabaran kepada pasukan. Selepas 2km menjejak landasan, kumpulan membuat susur keluar terus ke kampung garpis.

5. Misi utama adalah menjejak kesan tinggalan stesen Bukit Gantang, di mana kami tidak menemuinya pada minggu lalu. Hari ini, misi berjaya menjumpai tapak, dan terima kasih kepada GM yang telah membersihkan dan memberikan penunjuk kepada stesen. Terima kasih juga atas WS di jambatan 245.

6. Di samping itu juga, misi hari ini berjaya menemui lubang asap dalam Terowong 2, berserta dengan ruang kecemasan tepi terowong.

7. Pasukan banyak juga meluangkan masa di Jambatan 245, 257 dan hentian Bukit Berapit. Keadaan terowong-terowong juga masih sama seperti minggu lepas. Aktiviti pembalakan di tepi laluan juga makin jelas kelihatan.  .

8. Keseluruhannya, misi selamat dihabiskan. Tahniah dan terima kasih kepada semua anggota pasukan. Semoga bersua di lain masa.

Kerana larian harus dinikmati.

Gme
Padang Rengas
2 September 2018


Gambar di : https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10156106421718822&type=3&fb_dtsg_ag=AdyZl_W1sdgbsvXVggeHjpTdnuzj43-ZAzlmnTo3isLDhw%3AAdw1PCIu_zlApAFwp9sAR3Wyhqwyg0mJ13L7mrl3ZmEaMA .

Berlari Di Bekas Landasan Keretapi Teluk Anson - Tapah Road





Gme dan Destinasi Lari 
31 Ogos 2018
Teluk Intan
Tema: Jejak Warisan

1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Tapah Road yang berusia lebih 100 tahun sebagai lokasi lari/jalan riang minggu ini. Lanjutan dari tema landasan keretapi bukit berapit pada minggu lepas. Pasukan hari ini terdiri daripada Gme, Ares, Poksu Adie, Khalid, dan Syawal. Kelima-lima kami semuanya belum pernah menjejaki laluan ini.

Pegenalan

2. landasan ini telah dirasmikan pada 18 Mei 1883. Landasan keretapi Teluk Intan bermula dari Tapah Road dan melalui beberapa lokasi seperti Degong, Chikus, Sungai Tukang Sidin, Permatang, Sungai Kerawai, Sungai Manik, Teluk Anson Town dan Wharf Teluk Intan.

Namun demikian, seiiring dengan perkembangan masa perkhidmatan keretapi di Teluk Intan telah ditamatkan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada tahun 1989.

3. Panjang keseluruhan landasan ini adalah 29.1km.

Misi

4. Kami bermula dari Stesen Keretapi Teluk Anson (Skrg sudah menjadi Sekolah Memandu) iaitu KM26.6 untuk ke Tapah Road KM0. Kami menjadikan bekas-bekas hentian/stesen sebagai titik rujuk/CP.

5. Selepas berlari dalam bandar baru Teluk Intan, siap tersasar dari rancangan asal, kena kejar anjing, kami berjaya tiba di tarikan Jambatan Keretapi Sungai Bidor. Jambatan ini sekarang boleh dilalui oleh motorsikal, basikal dan pejalan kaki. Jelas kelihatan jambatan ini masih kukuh. Cantik permandangan atas sungai ini. Boleh bergambar di ruangan pejalan kaki kayu (yang kebanyakan mula mereput) selari dengan jambatan besi.

6. Dari situ kami masuk ke jalan kampung, sebelum masuk semula ke ladang kelapa sawit, mencari tapak gajah melanggar keretapi (atau keretapi melanggar gajah) pada tahun 1894. Sekitar 124 tahun dahulu, kisah gajah ini menjadi tular (eh masa itu dah ada perkataan ini?). Pelbagai versi cerita mengenai gajah ini (boleh google), dan rangka kepala gajah ini ada di Muzium Negara (dan ceritanya ada juga di muzium Taiping).

7. Melalui denai dalam ladang kelapa sawit, tinggalan landasan seperti sleeper dan besi rel masih ada di beberapa tempat. Beberapa kawasan agak semak, menyebabkan kami masuk ke laluan tarmac semula. Singgah di WS di gerai tepi sungai kerawai. Berborak dengan orang kampung, seronok mereka bercerita pasal kegemilangan laluan keretapi ini. Sempat dijamu cempedak goreng dan kek. Yummy.

8. Sambung tepi sawah padi, hujan seketika, kemudian jumpa tapak Stesen Sungai Kerawai, Hentian Permatang, Chikus, Sungai Tukang Sidin. Berlari, berjalan, bergambar, seterusnya meredah denai dalam kelapa sawit, sambil menikmati panorama sawah pagi bersebelahan. Bagi mengesan landasan, mudah sahaja, di mana dalam ladang, landasan ini kelihatan tinggi daripada batas biasa, dan tinggalan sleeper kayu masih banyak tertanam.

9. Menariknya, beberapa jambatan lama yang masih utuh ditemui. Seperti biasa, saya gayat melintasi jambatan yang merentasi sungai. Terima kasih ahli pasukan banyak bantu dan berikan motivasi.

10. Kami berhenti lama di Stesen Degong untuk bersolat Jumaat. Menariknya, masjid di sini betul-betul berhadapan dengan bekas stesen keretapi. Lama berborak dengan kariah masih yang bercerita mengenai betapa sibuknya stesen di sini pada masa dahulu. Ada kariah yang pernah bekerja sebagai ticket master, dsbnya pada masa itu. Tinggalan platform stesen ini jelas kelihatan di luar masjid.

11. Dari Degong, kali detour sedikit dari laluan asal keretapi sebab mencari kedai menjual air. Panas. Kedai banyak tutup di hari Jumaat. Berjaya jumpa kedai, apa lagi makan tengah hari dan top up minuman. Sejurus selesai, kembali masuk semula ke ladang kelapa sawit mencari tinggalan landasan. Selepas beberapa kilometer dalam ladang tu, hampir sesat, bertemu semula dengan landasan. Terus menjejak landasan. Bertemu beberapa jambatan rendah, dan jelas kelihatan batu bata nya masih kukuh. Laluan dalam ladang kelapa sawit ini adalah lurus, rata.

12. Mencari tapak Changkat Petai, bertanyakan kepada orang kampung. Menjumpai tapak itu. Tapi tinggal tapak jelah, tiada struktur yang tinggal.

13. Berjalan, dan berlari terus dalam ladang kelapa sawit dan menghampiri sekitar 3km dari Stesen Tapah Road, banyak kelihatan sleeper kayu ditolak untuk memberi peluang kepada penanaman kelapa sawit.

14. Tiba di titik pertembungan double track dan kesan trek lama, ingatkan boleh masuk melalui jalan bawah trek. Tiada jalan. Masuk ke kawasan kebun, melangkah dalam denai di situ, mencari jalan raya.

15. Tiba di jalan raya, dan 1km terakhir sekitar pekan lama tapah road dan seterusnya garisan penamat kami, Stesen Tapah Road. Bergambar kenangan dan berehat. 10 jam lebih yang penuh bermakna, berhenti sana sini, berbual bicara bersama dengan orang kampung yang ditemui. Menikmati laluan yang ditinggalkan ini, penuh bersejarah.

Penutup

16. Keseluruhan laluan adalah rata, runnable, menarik di beberapa tempat, dan semestinya ladang kelapa sawit. Sawah padi yang berselari dengan laluan keretapi juga menarik. Binaan jambatan lama keretapi yang ada kebanyakannya masih kukuh, kemas dan teliti.

17. Tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang turut sama ups, downs, sepanjang laluan, berpanas, berhujan dan sama-sama menahan lapar dan dahaga (hehehe) sementara mencari kedai.

18. Kerana larian harus dinikmati.

Selamat hari kebangsaan !

Gme
Teluk Intan
Ogos 31.

PS: Sebahagian foto dalam album ini kredit kepada Poksu Adie, Ares, Khalid.

Bacaan lanjut:

1. http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=2362

2. https://www.malaysiakini.com/news/375703

3. https://naktaux.wordpress.com/2012/03/29/sejarah-stesen-keretapi-di-teluk-intan/


Lebih gambar : https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10156100043443822&type=3&fb_dtsg_ag=AdyZl_W1sdgbsvXVggeHjpTdnuzj43-ZAzlmnTo3isLDhw%3AAdw1PCIu_zlApAFwp9sAR3Wyhqwyg0mJ13L7mrl3ZmEaMA

Berlari Meneroka Terowong - Terowong Keretapi Bukit Berapit





Gme dan Destinasi Lari

•Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit•

25 Ogos 2018
Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning
Tamat: Masjid Padang Rengas

Idea

1. Impian berlari di tinggalan ladasan keretapi lama ini muncul pada tahun 2016 apabila ternampak iklan larian di sini (acara berkenaan dibatalkan). Seterusnya, nampak acara MTB pernah dibuat dengan ada laluan merentasi terowong ini.

2. Datang 2018, impian berkenaan kembali hadir. Berbekalkan bekalan air dan keperluan lain, selepas selidik laluan potentsi, MA, Cikgu Badrul dan Ares Tahir sama-sama merealisasikan hasrat meneroka terowong-terowong ini.

Kenapa Terowong ?

3. Laluan keretapi ini sungguh menggamit memori kepada yg pernah menaiki keretapi. Terowong-terowong ini dibina selepas 1890 dan dibuka 1905.

4. Sebelum landasan keretapi berkembar siap diguna, terdapat 4 terowong (dipanggil Lubang Gelap) di laluan keretapi dari Taiping ke Kuala Kangsar.

5. Terowong 1 terletak di Air Kuning, kira kira 15 minit dari stesen Taiping.

6. Terowong 2 terletak selepas Stesen Bukit Berapit, begitu juga Terowong 3 dan 4.

7. Apa menarik ialah dari selepas terowong 1 hingga ke stesen Bukit Berapit dah Stesen Padang Rengas, tren akan melalui tepi tepi sungai serta lereng lereng bukit.

8. Stesen Bukit Berapit diguna untuk tren berhenti sebentar untuk menunggu Loko dari Kuala Kangsar (jika menuju ke utara) untuk membantu tren mendaki kawasan berbukit dari Stesen Bukit Berapit hingga ke Stesen Taiping. Keadaan Stesen Bukit Berapit sekarang terbiar dan tidak terjaga.

9. Sejak lepas Perang Dunia Ke 2 hingga ke tahun 90an, semua 4 terowong ini adalah 'sasaran penting'.

10. Terdapat satu detachment tentera ditugaskan menjaga terowong terowong tersebut. Mereka ditempatkan di Stesen Bukit Berapit serta di antara Terowong 3 dan 4. Terowong 1 adalah tanggungjawap kepada pasukan tentera di Taiping.

Laluan

11. Selepas bermula dari SK Changkat Larut, 1.8km selepas itu, kami mula memasuki trek lama. Binaan masih kukuh.

12. Berlari dari situ hingga berjumpa terowong 1. Terowong ini boleh berlari di dalamnya. Keluar dari terowong 1, laluan adalah denai batu kesan tinggalan landasan. Kelihatan kebun dan hutan kiri dan kanan.

13. Jarak terowong 1 ke Stesen Bukit Berapit adalah beberapa kilometer. Terdapat tinggalan tangga hentian Bukit Gantang. Permandangan lereng Bukit, laluan yg mendamaikan. Ada satu jambatan Tinggi merentasi air terjun. Saya pilih turun ke air terjun memandangkan terasa gayat atas jambatan.

14. Selepas jambatan, laluan adalah trek bekas landasan yg bersebelahan dengan hutan. Tiba-tiba ada napuh (mcm kancil) melintas. Berlari dan berjalan hingga ke Stesen Bukit Berapit. Sedih tengok stesen yg dibiarkan sepi.

15. Dari situ, laluan boleh berlari ke Terowong 2, ini lebih panjang dari terowong 1. Muka hadapan agak berlumpur, seterusnya tinggalan rel masih ada. Ini merupakan terowong yg paling panjang. Muka keluar hujung terowong pula bertakung air jernih.

16. Dari Terowong 2 ke terowong 3, Ada kawasan berair, dan tinggalan landasan masih kelihatan, Kami ikuti landasan lama ini yg selari dengan Highway, hingga bertemu Terowong 3.

17. Terowong 3 agak pendek dengan sebahagian nya telah dimasukki Lumpur kesan tanah runtuh berdekatan. Untuk keluar dari Terowong 3, kena lalu bahagian berlumpur setinggi lutut.

18. Dari Terowong 3, laluan agak bersemak, namun tinggalan rel jelas kelihatan. Bertemu dengan jambatan ke-2 yang lebih panjang dan tinggi di kampung Garpis. Gayat, Saya pilih ikut denai di bawah jambatan sebelum naik semula.

19. Sampai ke Terowong 4, yg agak pendek, dan terowong 4 paling kemas dan bersih. Dari terowong 4, kami berlarian/berjalan keluar dari landasan lama menuju ke jalan keluar, dengan permandangan Gunung Pondok dan Kilang Simen.

20. Memasuki jalan raya di KM15- Kami teruskan penggembaraan di bawah cahaya mentari untuk tamat di KM17 di Masjid Padang Rengas.

Penutup

21. Kami berasa sangat gembira menamatkan cabaran denai landasan keretapi yang pernah menjadi nadi hubungan, dan laluan bersejarah ini. Ketiga-tiga kami baru pertama kali berlari di sini. Tahniah dan Terima kasih semua.

22. MA berpandangan bahawa laluan ini berpotensi untuk acara larian, Kalau tidak sepenuhnya; mungkin sebahagian laluan.

23. Terowong-terowong ini mempunyai nilai sejarahnya tersendiri dan haruslah dipelihara. Semoga pihak-pihak terlibat dapat mengambil inisiatif untuk mengekalkan Warisan ini.

Kerana larian harus dinikmati,

Gme
Padang Rengas.

Pautan berkaitan:
1. https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/08/17/old-tunnels-have-tourism-potential-group-of-ngos-pushing-for-preservation-of-bukit-berapit-undergrou/
2. http://m-niaga.com.my/2018/03/05/stesen-keretapi-lama-bukit-berapit-berpotensi-sebagai-tempat-pelancongan-warisan-negara/


Lebih gambar : https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10156085663173822&type=3&fb_dtsg_ag=AdyZl_W1sdgbsvXVggeHjpTdnuzj43-ZAzlmnTo3isLDhw%3AAdw1PCIu_zlApAFwp9sAR3Wyhqwyg0mJ13L7mrl3ZmEaMA

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...