Tuesday 17 September 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM)
14 September 2019
Dataran Batu Burok
Kuala Terengganu
12 am
1️⃣ Seperti biasa, LAJSM merupakan larian terbesar di Pantai Timur yang dinantikan. Hampir 25,000 pelari untuk semua kategori (A hingga Z) melibatkan jarak 42km, 21km, 12km, 8km dan 5km. Bermacam hadiah lucky draw juga disediakan selain hadiah pemenang tempat.

2️⃣ Laluan LAJSM tahun ini adalah berbeza dari tahun sebelumnya, di mana Jambatan Angkat turut menjadi laluan. Untuk 42km, laluan boleh rujuk kepada rajah dalam album ini. Pelari akan melalui kedua-dua Jambatan Sultan Mahmud & Jambatan Angkat. Laluan adalah hampir rata sepenuhnya kecuali Bukit JPJ, jejambat sebelum Batu Enam & laluan ke Jambatan Angkat. Bahagian lurus dan rata selepas Jambatan Angkat menuju ke U-turn sangatlah mental. Ditambah dengan faktor cuaca baik, sejuk berangin, laluan hari ini sangat kondusif untuk PB.

Prestasi Saya

3️⃣ Sesaat melintasi garis permulaan, saya merasakan saya tidak mampu mengulangi catatan baik saya seperti 2017. Strategi pagi ini adalah mahu tamat dalam had masa yang ditetapkan, 7jam 30minit.

4️⃣ Saya tamat cabaran marathon hari ini dengan 6:38. Gembira dapat kembali tamat jarak marathon. Macam-macam kaedah digunakan untuk hilangkan mengantuk, seperti jerit Go Runners, IG live, FB live, bergambar, berborak, lepak tepi jalan, baring, menyanyi dan saya sempat singgah cari kopi.

5️⃣ Sangat menduga, bila kau hadir ke acara tanpa persediaan rapi. Ya, memang boleh dirasakan. Maka, penyesuaian dilakukan strategi run-walk.
Sebenarnya, selaku pelari riang ria, run-walk selalu saya amalkan. Cuma , hari ini, tak jadi nak berada betul-betul depan sweeper 7.5hr sepenuhnya. Hehe.

Aturan Acara

6️⃣ Sebagai perbandingan pengalaman saya sebelum ini, saya secara peribadi menyukai beberapa perkara di LAJSM tahun ini seperti berikut:
• laluan larian yg menarik, dengan jalan-jalan ditutup sepenuhnya untuk pelari;
• dari 2 lorong hinggalah 4 lorong, bulatan, simpang terpencil semua ditutup untuk keselesaan dan keselamatan pelari;
• barricade yang begitu banyak dan panjang, di mana barricade pembahagi dari sebelum mula hinggalah simpang depan Primula, sungguh terkawal;
•marshal berbasikal yang lebih ramai;
• medik sentiasa kelihatan;
• WS ada mineral sejuk (namun, selaku kumpulan belakang, kami, melalui beberapa WS habis mineral, hanya 100 plus).

7️⃣ Namun begitu, perkara berikut memberikan pengalaman kurang menarik buat saya:
• ruang clearance kategori 42km kehabisan makanan, air mineral semasa saya sampai. Jenuh cari mineral;
• menyaksikan & mendapat maklum balas rakan-rakan kategori 21km yang kehabisan baju penamat.

8️⃣ Saya tidak berada lama di kawasan tapak mula/tamat, dan beredar selepas menyaksikan pelepasan kategori-kategori. Maka, pemerhatian & pengalaman saya terhad di perkara 6&7 di atas. Tahniah dan terima kasih semua walau apa juga peranan & outcome anda.

9️⃣ Semoga edisi LAJSM akan datang lebih meriah dan lebih baik. Keseluruhannya, LAJSM tetap menarik dan saya memberikan rekomendasi untuk rakan-rakan pelari mencuba dan merasai pengalaman berlari di Terengganu. Tahun ini, menarik, dengan Karnival Pantai Terengganu yang turut diadakan di tapak LAJSM.

Penutup

1️⃣0️⃣ Saya gembira dapat kembali berlari di Terengganu, negeri saya. LAJSM sentiasa dekat di hati, di mana road race saya yg pertama sekitar 26 tahun lalu, di Pantai Batu Burok ini. Seronok bersua, beramah mesra dengan ramai rakan pelari baik dari Terengganu mahupun seluruh pelusuk negara. Tidak lupa, rakan-rakan socmed yang memberi motivasi serta sokongan. Maafkan juga andai ada ralat saat bersiaran secara langsung.

1️⃣1️⃣ Selesai marathon saya yang ke-70. Semoga terus dapat mewarnai dan menikmati larian seumpamanya di masa datang. Lain individu, lain motivasi, anda semua inspirasi saya.

Kerana Larian Harus Dinikmati
Gme
Batu Burok, Terengganu.





No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...