Tarikh : 14 April 2013
Masa : 10.30 am
Tempat : Bonn City Centre, Germany
Yup, marathon ini bermula jam 10:30 pagi, dan semestinya dijangka habis hampir 4 petang.
Bonn agak panas dalam 13 darjah, berbeza dengan Paris minggu lepas 3 darjah.
Aku tidak mengharapkan apa2 daripada marathon ini, sekadar menamatkan larian sahaja dan berjaya melaksanakan misi back to back marathon.
Yup, sebenarnya jauh di sudut hati, memang berharap agar dapat buat sub-5hrs, atau sekurang-kurangnya lebih baik daripada Paris.
Bonn Marathon tidaklah sebesar Paris, dalam 15,000 runners sahaja rasanya untuk semua kategori, 10km, 21km, 42 km. FM ada dalam 1,200++ orang je kot.
Tepi kemeriahan tetap sama dan terasa. German style.
Ruang pelepasan mula dipenuhi dengan runners seawal jam 8.00 pagi. 8.30 pagi dimulakan dengan ketegori skate.
FM dilepaskan tepat jam 10;30 am. Race course membawa pelari berlari 2 loops pusing kota Bonn, melintasi jambatan menyeberangi sungai Rheine, masuk semula ke kota, menuju ke HQ United Nation, Germany (Bonn is Germany's UN City), menara DHL, masuk ke pusat bandar ruang utama musterplatz (area sini best, penuh dengan penyokong dan tourist yg turut memberi sokongan).
Aku berlari seperti biasa, slow, ikut pace sendiri, hingga ke km 21, aku ikut sasaran buat bawah 2;30. Namun lepas km 24, kaki mula terasa amat sakit (otot tak sempat recover kot).
Oh ya, bekalan air, cola, teh dan pisang disediakan seawal km3. Memang takkan rasa lapar. Sentiasa ada bekalan. Beberapa tempat ada persembahan hiburan, dan di checkpoint km 3, mc akan umumkun setiap runners yg melintasi. Bangga jap bila dia sebut "ISA from Malaysia" hehe.
KM25 ke 33km, aku banyak berlari dan berjalan . Untuk elakkan cramp, beberapa ors juga aku minum. KM33 - 42.195 km just run/walk/fast walk/run again. 2km terakhir memang semangat berlari hingga tamat.
Aku menamatkan Bonn Marathon dalam masa 5:27. Yeay, 1 minit lebih baik dari catatan Paris (5:28). Ini cukup membuatkan aku rasa gembira. Dan melupakan segala kesakitan kaki/lutut.
Walaupun aku kira sebagai pelari yg amat perlahan, kerana rasanya aku antara 30 org marathoner yang akhir sampai garisan penamat. Cutoff time 6:30, dan rasanya lass runner cross finish line at 5:41. Memang rasa saiko berlari dan nampak sweeper car kt belakang secara perlahan ikut pelari terakhir. Dan masa tu memang jalan dah kosong sekosongnya. Tinggal few runners masih berlari dan marathon relay yg baru nak abis.
Aku suka atmosfera di garisan penamat tu. Karpet kuning Duetsche Post tu pun menarik (DP penaja utama marathon ni). Kawasan lari di celah-celah bangunan untuk ke garisan penamat tu pun best. Rasa dekat sangat.
Tamat lari dan dikalungkan medal penamat memberikan suatu perasaan puas.
Keseluruhannya, aku enjoy race ini. Walaupun cuaca agak panas dingin mentari kan.
Maklumat lanjut mengenai Bonn Marathon, seperti data, race course, dsbnya boleh diperoleh di http://www.deutschepost-marathonbonn.de/
#run gme run
Pro:
- berlari tepi sungai Rheine amat best dan menarik
- race course yang tidak membosankan, banyak benda boleh ditengok
- sokongan dari semua pihak sepanjang race course memang superb, German style
- urusan post race yg simple
- bekalan air, cola, teh, pisang semua mencukupi siap berlebihan. Siap dapat kot sebotol lagi masa nk tamat. jenuh aku teguk coke. hehe
Cons:
- kawasan perlepasan agak sempit sebenarnya. Mujur dia lepaskan ikut target time masing-masing
- tandas agak sedikit, rasanya ramai je elakkan Q panjang pergi pee celah2 pokok dalam taman. hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...
No comments:
Post a Comment