Wednesday, 14 March 2012

Hamburg, Germany

1. Tiba di Hamburg awal pagi, selepas menaiki train tengah malam dari Dusseldorf. Perjalanan lebih kurang 5 jam setengah. Lepas persiapkan diri, simpan barang dalam locker dan sebagainya, terus bersiap untuk meneroka kota Hamburg. Aku ambil one-day pass untuk public transport, unlimited, 8.90Euro. Cuaca pada masa ini memang amat sejuk. Guess what. It's a snowfall, heavy snowfall indeed.

2. Alang-alang dah sampai, maka redah sahaja cuaca itu kan. Tarikan pertama di Hamburg ini adalah kawasan harbourside dia. Maka, aku pun berjalan-jalan, bergambar2 sekitar kawasan harbour dia yg sungai Enbe yang membeku di situ. Cantik juga kawasan harbor dia ni. Oh ya, pelabuhan Hamburg adalah antara tersibuk, dan yang kedua tersibuk di EU, selepas Rotterdam. 

3. Oh ya, Hard Rock Cafe Hamburg terletak di tepi harborside ini. Lepas penat berjalan-jalan sekitar kawasan harbor ini, aku terus ke Hafen City - sebuah kawasan baru macam mini-city yang menarik, berlatarbelakangkan kawasan harborside. Hamburg ini, banyak jambatan dan terusan. Landskap bangunan-bangunan gudang dia yang lama-lama itu juga menarik.

4. Aku rasa barang-barang di Hamburg ini agak mahal, mungkin kerana orang kat sini kaya-raya kot, saudagar pelaut kot. Di city center dia ada Palace, besar juga bangunannya. Lepas tu aku berjalan-jalan ke Jungfungsteig. Kat situ, tasik dia dah beku. Sejuk. Lepas bergambar kenangan di situ, aku terus ambil metro ke Reeperbanh - kawasan Red Lights District, yang tak ubah seperti di Amsterdam tu. Semua yang berkaitan dengan seks ada di sini. Hahaha.(Gelak jahat).

5. Petangnya, aku meneruskan pusing-pusing Hamburg ini, dan lokasi tertumpu di city center je, malas nak berjalan, sejuk yang amat, naik kejun kaki ku. Sempat menjengah masuk beberapa buah shopping complex yang ada. Tak beli apa-apa pun, mahal. Dan mode berjimat diaktifkan. Malam nya, bersiap sedia menaiki train untuk ke destinasi terakhir, iaitu Capital of Germany - Berlin.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...