Aku ke Germany hari tu menaiki penerbangan MAS, mengambil masa lebih kurang 12 jam setengah. Mendarat di Frankfurt. Sekarang adalah musim sejuk di sana.
Sampai di Frankfurt Airport yang besar dan canggih, urusan passport control cepat, mudah dan tidak perlu mengisi borang pendaratan dan hanya perlu hulurkan passport dan nah, dpt cop dalam passport. Mudah kan. (Trivia: Frankfurt Airport ini adalah yg tersibuk di Germany).
Dari Terminal2, naik skytrain ke terminal 1, dan seterusnya ambil train ke Frankfurt Haupbanhof (Hbf) yang terletak di tengah kota Frankfurt ini. Hbf Frankfurt ini adalah yang paling sibuk di Germany, di mana dari sini boleh naik keretapi ke seluruh Germany dan boleh ke beberapa buah negara lain yang berjiran. Ia juga merupakan hab utama pengangkutan di sini.
Seterusnya, aku berjalan kaki dalam 7 minit, untuk jarak 70 minit ke hotel bajet yang berdekatan dengan Hbf ni. Cuaca sejuk sekitar -5 darjah pada masa itu, memang menggugat kesabaran dan kepenatan. Hotel bajet ini adalah 40Euro semalam, agak murah dan affordable, memandangkan musim sejuk kan. Tambahan pula, tidak ramai orang pada masa itu melainkan pelancong-pelancong tegar. Kedudukan hotel amat strategik dan berdekatan dengan kedai makanan halal.
Aku perhatikan bahawa Frankfurt ini ramai imigran, termasuklah dari Turki, Mesir, China, Thailand, Korea dan sebagainya.
Frankfurt adalah pusat kewangan utama Germany. Di sini juga terdapatnya ibu pejabat European Central Bank milik EU tu.
Aku berkesempatan melawat kawasan Old Town Frankfurt, yg dikira sebagai kawasan bersejarah di sini. Salah satunya adalah Romerberg - kawasan bangunan lama yang dibina pada abad ke-15, dan sebahagian kawasan ini telah musnah semasa WWII. Frankfurt city center ini, disusuri oleh sungai Main, dan Frankfurt juga dikenali dengan sebagai Mainhattan (ala-ala Manhattan kat NYC).
Dari Romerburg, berjalan kaki pula ke Dom - sebuah cathederal lama, seterusnya menapak pula ke Eiserner Steg - jambatan lama yang sangat terkenal kepada pejalan kaki, dibina pada abad ke-18.
Oh ya, kawasan Frankfurt city center ini tidak lah sebesar mana pun, boleh berjalan kaki je.
Lepas puas bergambar sikit-sikit untuk kenangan, aku terus ke kawasan Haupwatche - satu kawasan awam yang boleh dikira sebagai downtown Frankfurt. Kat sini, kiri dan kanan penuh dengan pusat-pusat komersial dan pusat membeli belah. Seterusnya, berjalan kaki ke Financial District di Frankfurt ni, banyaklah bangunan moden di kawasan ini.
Lepas tu aku berjalan kaki ke Messe - iaitu kawasan trade fair yang terbesar di dunia (katanya), di sini lah tempat berlangsungnya Fair yang popular seperti BookFair dan AutoShow tu.
Cuaca sejuk, walaupun panas. Seterusnya, pusing-pusing menghabiskan masa di Frankfurt dengan mengunjungi kedai-kedai cenderamata yang ada. Harga? Boleh tahan lah mahalnya.
Secara keseluruhannya, Frankfurt ini, pada pandangan aku lah kan, boleh dikunjungi untuk jangka masa yang singkat, di mana kebanyakan tarikan utama di tengah-tengah kota dan berdekatan antara satu sama lain.
Dari Frankfurt, akan bergerak Cologne pada keesokan hari nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...
No comments:
Post a Comment