1. Lepas check-out hotel di Frankfurt pada pagi yang sejuk itu, aku bergegas ke Hbf, nak mengejar train ke Cologne. Dengan menaiki train DieBahn (DB) dari Frankfurt am Main selama 2 jam setengah, maka, selamat tiba di Cologne Hbf. Sepanjang perjalanan sungguh menarik kerana keretapi melalui kawasan countryside yang menarik. Permandangan sungai, serta pekan-pekan lama dan kasel-kasel yang menarik.
2. Sampai di Hbf, terus melangkah keluar berjalan kaki lebih kurang 250 meter, untuk ke hotel. Sebenarnya hotel bajet ni aku tak book awal pun, main redah je. Mujur dapat dalam harga 42Euro. Lepas lepaskan rehat sekejap di hotel terus ke landmark utama di Cologne iaitu Dom dia. Memang Cathederal dia ni sebesar-besar nya, keluar je Hbf, memang dah nampak Dom ni. Kalau sesat sekali pun di sekitar Cologne ni, maka, Dom tu boleh dijadikan petunjuk lokasi.
3. Aku tak ambil daypass untuk public transport di sini. Ini adalah kerana city center Cologne ini adalah tidak sebesar mana dan boleh berjalan kaki sahaja. Berjalan-jalan di sekita shopping complex yang ada. Cuaca sejuk ini menjadikan terasa amat malas nak berjalan-jalan, dan segera menghabiskan masa di dalam shopping kompleks. Alasan untuk membeli-belah kan.
4. Mengenai makanan halal, aku perasan luar Hbf dan kawasan sekitar, tak nampak lak kedai-kedai kebab ke dan seangkatan dengannya. Mungkin lokasi jauh sikit kot. Aku malas nak mencari, tambahan pula perut takde lah lapar sangat. Cukuplah alas perut dengan buah epal, pisang dan straberi.
5. Puas bergambar di landmark utama sekitar Cologne, aku mencari train untuk ke Bonn. Masa ini, boleh pulak aku tersilap naik train, dan terpaksa rugi masa 3 jam untuk perjalan yang hanya memakan masa 20 minit kerana terpaksa tukar train ditempat yang jauh.
Berikutnya adalah di Bonn.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...
No comments:
Post a Comment