2. Di Bonn, aku tak berjalan sangat, kerana penat dan cuaca sejuk. Mujur city center dia kecil sahaja dan boleh berjalan kaki. Pastu jam 4.30 petang cuaca dah mula gelap. Maka, aku tertumpu di sekitar Alstad sahaja (old city). Lagipun, tempat-tempat wajib ada di situ.
3. Terdapat beberapa kedai hala di sekitar Markt di situ. Aku beli kebab untuk alas perut. Lepas makan, apa lagi, habiskan masa dengan merayau-rayau di sekitar shopping complex yang ada.
4. Malamnya, terus aku bergegas ambil train untuk pulang semula ke Cologne. Esok awal pagi bersiap sedia untuk ke Rhuhl, yang jaraknya sekitar 15 minit menaiki train dari Cologne Hbf. Tujuan utama untuk ke Rhuhl adalah nak tengok UNESCO Heritage Site di situ iaitu Ausgustusberg Palace.
Jumpa di sana.
No comments:
Post a Comment