Rancak media sosial pagi ini apabila beberapa run/race dibuka untuk pendaftaran. Yang dibuka secara rasmi hari ini/semalam:
1. BSN Putrajaya Night Marathon - 24 Oktober 2015
2. Putrajaya 100 miles - 28-29 November 2015
3. Fujisan Marathon - 29 November 2015
Seronok hilangkan Monday Blues dengan belek-belek kenangan lalu.
Pengalaman saya di 3 acara di atas adalah seperti berikut:
1. BSN 2013
- Memandangkan saya tak masuk BSN2014, maka, macam nak daftar untuk edisi 2015.
2. Putrajaya 100Miles
- tahun lepas masuk 78km, tahun ini? mungkin 52km atau 100km
3. Fujisan 2014
- tahun 2015 , tak masuk, maka simpan balik tahun 2016.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara-acara di atas, boleh lah layari laman sesawang masing-masing.
- http://www.bsnpnm.com/
-http://p100.teampacat.com/
http://fujisan-marathon.com/GLOBAL
Sunday, 21 June 2015
Wednesday, 17 June 2015
Tuesday, 16 June 2015
3 Tahun :Berlari
3 TAHUN :
17 Jun 2012 - 17 Jun 2015
Pantas masa berlalu. Tak sangka bermula dari #1 di TM FR 2012 hinggalah #121 Fit Malaysia Perlis Sabtu lalu saya aktif menyertai acara-acara larian. Bermula dari suka-suka hinggalah menjadi suatu yang rutin.
36 bulan dengan segala ups, downs, keriangan, persahabatan dan sebagainya.
Dari 121 cerita dlm 121 acara, berjarak 5km hinggalah 78km pecahan perjalanan dunia larian saya yang masih hijau seperti berikut:
30 Full Marathon;
23 Half Marathon;
3 50km dan 78km;
3 30km; dan
Selebihnya lain-lain jarak.
Walau apa juga bilangannya, berjuta memori dan kenangan menjadikan suatu pengalaman yang bermakna.
Paling manis adalah memberikan inspirasi (dan mendapat inspirasi) kepada (daripada) lebih ramai rakan memeriahkan larian (dan aktiviti sihat seumpamanya.
Moga terus diberikan nikmat kesihatan dan kelapangan untuk memeriahkan dunia larian.
Selamat maju jaya semua.
Salam Ramadan 1436H
Ikhlas,
Gme
Gambar pertama di larian pertama |
Monday, 15 June 2015
Half Year Review
Selesai separuh tahun pertama acara larian saya.
Tercapai impian berlari di Perlis, menjadikan Kelantan satu-satunya negeri yang belum saya sertai acara larian rasmi. Bertemakan selektif 2015, berjaya menamatkan cabaran separuh tahun 2015, dengan 'ups' & 'downs'. Seronok bertemu lebih ramai rakan pada 6 bulan awal tahun ini. 18 acara penuh keseronokan 6 bulan ini:
Full Marathon
1. Condura
2. Tokyo
3. 3R
4. Borneo
Half Marathon
5. Penang Run Series 3
6. RHB
7. Perlis Half Marathon
50km
8. Gunung Nuang Ultra
9. Route 68 Challenge
5km
10. Tokyo Friendship
11. 9to5
7km/9km/10km/12km/11km/26km
12. GE Live Great Run
13. Larian Bendang
14. King of Bukit Larut
15. Milo Breakfast Day
16. 100Plus Outrunner
17. Terengganu Turtle Beach Run
18. Fit Malaysia Perlis - Run
17. Terengganu Turtle Beach Run
18. Fit Malaysia Perlis - Run
1 DNS
TM Fan Run
Rumusan
Selain menyertai acara-acara kegemaran seperti tahun-tahun sudah, tahun 2015 ini beberapa acara baharu yang saya sertai seperti Gunung Nuang Ultra. Cabaran seperti Route 68 yg mula diperkenalkan pada tahun ini juga menyeronokkan.
Acara baharu yg lain seperti Perlis Half Marathon juga berpotensi sebagai signature event untuk negeri Perlis.
Terengganu Turtle Beach Run juga menarik di mana berlari sepenuhnya di atas pasir pantai.
Terengganu Turtle Beach Run juga menarik di mana berlari sepenuhnya di atas pasir pantai.
Acara yang agak "mengecewakan" adalah Live Great Run, yang seolah-olah tiada "wow" pada tahun ini. Mungkin sebab Colour My Heart Run yang lebih berwarna warni.
Keseluruhannya, saya masih sukakan jarak kegemaran saya iaitu Full Marathon.
Jumpa anda semua semula di arena pada bulan Ogos nanti. Separuh tahun kedua 2015 yang lebih selektif bakal menanti.
Selamat Menyambut Bulan Ramadan semua.
Selamat Menyambut Bulan Ramadan semua.
XOXO
Fit Malaysia Perlis
UiTM Cawangan Perlis , Arau
13 Jun 2015
7:30 pagi
1. Aktiviti-aktivit Fit Malaysia terdiri daripada 30km/10km Ride, 10km/5km run, aktiviti cross training, self defense, zumba dan macam-macam.
2. Pagi ini pelepasan dimulakan dengan acara berbasikal. YB KJ berbasikal hari ini. Kemudian diikuti dengan larian 10km dan 5km. Rasanya tak sampai 200 kot utk kategori 10km berbanding beribu utk 5km.
3. Laluan larian bermula dari Pintu A UiTM Arau, menghala ke laluan kampung Guar Gajah- kelihatan sawah padi di sini. Seterusnya memasuki Bandar Arau dan u-turn di km5, kembali ke jalan masuk ke UiTM pintu B, lari dalam UiTM dan tamat di jalan depan kompleks sukan.
4. Cuaca adalah baik sebelum pelepasan. Dingin memandangkan hujan pada malam tadi. Berlari hingga km5, kemudian hujan tanpa henti hinggalah ke garisan penamat. Peserta 10km bertemu dengan 5km di km7, dan terpaksa ber zig zag, kerana peserta 5km sangat ramai.
5. Saya menamatkan 10.02km dalam 59.40. Gembira. Acara 10km pertama saya selepas GE JB10km bulan December 2014 lalu.
6. Tamat larian diberikan medal, sijil. Snack pack, Gatorade, mineral water boleh diperoleh juga. Aktiviti-aktiviti di booth juga meriah dengan kehadiran pelari-pelari dan orang ramai.
7. Terdapat juga lucky draw, sesi zumba, body combat lepas larian. Gerai makanan-makanan sihat dan cenderamata FitMalaysia juga ada.
Terengganu Turtle Beach Run 2015
Terengganu Turtle Beach Run 2015
6 Jun 2015
Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu
7;30 am
1. Tiba di Terengganu jam 4;00 am. Bersiap, dan selepas subuh segera muncul di Pantai Batu Burok. Ambil bib, panaskan badan, beramah mesra dengan penganjur, volunteers, pasukan keselamatan dan semestinya pelari-pelari. Menjadi sesuatu yang istimewa untuk saya kembali berlari di Terengganu. Negeriku. Lupa pakai baju kostum penyu hari ni (senyum).
2. Pelari dalam sekitar lebih 100 - 200 orang yang muncul di garisan permulaan hari ini. Sesudah panaskan badan mengikut citarasa masing-masing, menanti pelepasan oleh Datuk Bandar KT.
Dilepaskan hampir jam 8, maka, cuaca panas dan cerah pagi Sabtu amat sesuai untuk berlarian pantai. Ramai pelari memanfaatkan sunblock yang dibekalkan dalam race kit.
3. Laluan adalah sepenuhnya di atas pasir pantai. Maka, saya memilih untuk berkaki ayam sepenuhnya sepanjang larian. Separuh pertama dihabiskan dengan lari-jalan-santai-ambil gambar-cheering-dan-repeat. WS station disediakan di km2.7 (dan km5.4), kiranya 2 WS. Dengan laluan lurus u-turn, memberi peluang kepada pelari-pelari saling menyokong antara satu sama lain, terutamanya selepas u-turn. Berlari di gigi pantai sungguh menyeronokkan.
4. Tamat dengan 1:09, 7.3km, larian keriangan saya pagi ini. Seperti biasa, bergambar di garisan penamat. Saling tukar ucapan tahniah, serta memberi sokongan kepada pelari-pelari lain. Selepas dikalungkan medal oleh volunteers, air disediakan. Sekitar 9:45 pagi, majlis penutup di mini astaka dimulakan dengan pertandingan plank. Pergh, hebat adik2 ber plank, kalah orang dewasa. Tahniah. Seterusnya sesi penyampaian hadiah, dan lucky draw. Tahniah kepada semua pemenang.
5. Keseluruhannya, acara yang baik untuk pertama kali dianjurkan. Medal cantik, baju sesuai, logo cute, air mencukupi dan pastinya tidak sesak. Pantai Batu Burok minggu ini ada Karnival Sukan Pantai, meriah juga. Kegembiraan di acara larian seperti biasa bertemu rakan2 baharu, lama dan yg sudah lama tidak bersua. Tahniah sekali lagi buat semua. Tahun depan boleh lah disedikan keropok lekor untuk santapan selepas larian. Hahaha. Terima kasih kepada penganjur, volunteers, pasukan keselamatan, pelari-pelari dan semua yang memeriah dan menjayakan acara kali ini. Selamat datang ke Terengganu buat rakan-rakan luar Terengganu. Nikmatilah cuti anda seadanya.
Tuesday, 2 June 2015
Perlis (Half) Marathon 2015
31 Mei 2015
Perkarangan Kompleks Sukan Perlis
7 pagi
1. Dianggarkan lebih 4,000 pelari menyertai Perlis Marathon 2015. Jarak 21km dan 10km serta 5km. Ini merupakan acara half marathon pertama di Perlis.
2. Hapuskan segala skeptical untuk penganjuran yang pertama kali. Cuaca sangat baik hari ini, kurang panas berbanding di Alor Setar semalam (Larian Bendang). Pagi dimulakan dengan sesi senamrobik, wah ada lagu-lagu thai bagai.
3. Kategori 21km dilepaskan pada 7 pagi oleh Raja Muda Perlis. Laluan adalah menghala ke jalan besar melalui Jalan Kampung Pondok, Jalan Kaki Bukit, Jalan Kampung Padang Melangit, Jalan Abi Tok Hashim, Jalan Kampung Pondok dan seterusnya kembali ke perkarangan kompleks sukan Perlis. Laluan seperti segiempat besar, yang dipenuhi dengan sawah padi. Kenyamanan pagi memberikan pengalaman menarik untuk berlari di sini. Laluan adalah rata.
4. Keseronokan berlari bermula sebaik sahaja menyaksikan barricade digunakan (berbanding kon) di jalan utama. Dengan 9 water station untuk kategori 21km, serta pisang diberikan dibeberapa station, ia memastikan pelari sentiasa hydrate dan cukup nutrisi. Kemudahan tandas dengan bekalan tong air disediakan di WS. Kawalan trafik juga bagus. Begitu juga dengan kategori 10km (11km GPS), disediakan 3 WS dan pisang.
5. Prestasi saya: Menamatkan half marathon dengan 2:35 (cutoff baharu adalah 3.5hrs). Seronok berlari 15km berkasut dan baki 6km dengan tanpa kasut, jarak terjauh saya berlari tanpa kasut. Jalan-jalan di Kangar adalah rata, dan sesuai untuk berkaki ayam sambil berlari. Seronok juga berlari sambil diberi sokongan oleh penduduk setempat yang memberi sokongan di hadapan rumah masing, pablia pelari melintasi laluan.
6. Setelah semua postif, ianya anti-klimaks di mana, tiada air disediakan di garisan penamat. Pelari perlu membeli digerai-gerai yang ada. Oh, penamat yang kurang sempurna. Maka, bagi mendapatkan air percuma, menapak ke last WS dalam 800meter dari garisan penamat. Namun, kudos to organiser, mereka beberapa kali angkut air 100plus dari WS terakhir ke FL untuk diagihkan kepada pelari-pelari. Persembahan nyanyian dan karnival selepas race membangkitkan mood kemeriahan kepada pelari.
7. Tamat larian, seperti biasa, bergambar dan saling ucap tahniah antara rakan-rakan. Tunggu hinga tamat majlis, termasuklah main lucky draw yg disampaikan oleh Raja Perlis. Dalam ucapan aluan MB Perlis menyatakan bahawa segala penambahbaikan akan dilakukan untuk menjadikan perlis Marathon sebagai acara tahunan dan pada tahun 2016, acara akan mempunyai jarak Full Marathon, serta nilai hadiah menjadi dalam USD. Harapnya tahun depan ada kategori National, bagi tarikan pelari tempatan.
8. Keseluruhannya, acara tahun ini pada hemat saya adalah sangat baik untuk penganjuran pertama kali. Kalau boleh bagi bintang, saya bagi 3.5/5. Hehe. Seronok sebenarnya berlari di perlis ini. Penambahbaikan yang boleh/perlu dilakukan adalah post race hospitaliti terutamanya air, penunjuk jarak - di mana semalam hingga ke km14, baru terdapat tanda menyatakan bahawa lagi 7km ke garisan penamat. Mungkin tahun depan waktu pelepasan perlu diteliti semula, memandangkan tahun hadapan kategori FM dipertandingkan. Perlis Marathon adalah berpotensi menjadi acara utama larian di Perlis.
9. Terima kasih dah tahniah kepada semua, pelari, penganjur, volunteers, pasukan keselamatan, semua pihak yang terlibat langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Perlis Marathon 2015.
Larian Bendang 2015
Sabtu
30 Mei 2015
Stadium Darul Aman, Alor Star
Kedah
6:30 pagi – pendaftaran
8:00 pagi – pelepasan
1. Ini merupakan penyertaan kedua saya dalam Larian Bendang, selepas tahun 2013. Seperti biasa datang stadium awal pagi, daftar bayar MYR15, dan bersedia untuk larian yg dilepaskan pada jam 8:00 pagi. Tahun ini jarak adalah 11km (11.4km GPS).
2. Penyertaan tahun ini lebih ramai. Emcee umumkan lebih 6,000 pelari untuk semua kategori. Seperti tahun-tahun sudah, Larian Bendang merupakan salah satu aktiviti dalam Karnival Amal Penyayang anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah. Maka, terdapat pelbagai gerai di luar stadium, dari gerai makan hinggalah pameran-pameran, buah-buahan, pameran burung dan sebagainya.
3. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik bersama dengan VVIP MB Kedah dan Ahli Jamaah Pangkuan Diraja Kedah. Selepas itu, diikuti dengan pelepasan kayuhan klasik. Sekitar 8:00 pagi kategori 11km dilepaskan.
4. Laluan bermula dari stadium darulaman, menghala ke jalan raya seterusnya ke km5, mula masuk jalan tepi sawah bendang sehingga ke km8. Kemudian kembali jalan besar utama menghala ke stadium.
5. Atmosfera menghampiri ke penamat dalam stadium mengujakan. Sorakan daripada penonton dan pelari-pelari yang telah tamat memberikan pengalaman menarik untuk tamatkan larian dalam stadium.
6. Cuaca panas tidak menghalang kemeriahan acara. Tamat dengan 1:30 (cutoff 2:00) , mengambil kira fun run berhenti sana-sini bergambar dsbnya. Tamat diberikan sijil. Medal untuk 30 pertama sahaja. Disediakan milo dan 100 plus juga. Puas bergambar dengan rakan-rakan. Meninjau gerai-gerai pameran dan jualan. Cabutan bertuah juga disediakan. Tapi beredar awal, untuk bersiap ke Kangar.
7. Keseluruhannya, Larian Bendang tahun ini tetap meriah dengan 1 WS, kawalan trafik yang baik, laluan tepi bendang menarik, bertemu rakan-rakan larian utara, dan semestinya alas an untuk ke ASetar. Harus di lain masa, larian ini masukkan bahagian redah bendang. Harus keriangan sepanjang jalan.
Tahniah semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...