Monday, 30 December 2013

What a wonderful year

2013

Setahun penuh berlari.

42 larian

39 medal

13 Full Marathon
• Dubai
• Hong Kong
• Paris
• Bonn
• Langkawi (Island Ocean Marathon)
• Hatyai
• Sundown Singapore
• Borneo
• Hulu Langat ( River Jungle Marathon)
• Kuala Lumpur
• Putrajaya Night Marathon
• Penang Bridge
• Singapore


8 Half Marathon

• Brooks HM, Bukit Jalil
• Bidor
• Penang Run Series 1
• Penang Run Series 2
• Penang Run Series 3
• Muar Cross Country
• Larian Bendang, Alor Setar
• Ipoh KRI


Priceless moments and wonderful running community.

Moga 2014 yang lebih bermakna.



Sunday, 29 December 2013

Newton Challenge 2013

29 Disember 2013
Bandar Kinrara
6.30 pagi (15km) / 5:30 pagi (25km)

Pertama kali masuk Newton Challenge ini. 15km.

Laluan berbukit di Bandar Kinrara ini sangat best. 

Menamatkan larian dengan 1:48. Oklah kan, maklumlah last event yang disertai adalah pada 8 Dec lalu.

Lepas race, seperti biasa bergambar2 dengan kawan2, bergosip, cerita cerita dan sebagainya. Maklumlah ini larian terakhir 2013.


Overall, penganjuran race ini ok. Cuma lepas race, tiada makanan dan masa aku tamatkan larian, tembikai pun dah abis.

Huhu.
Maka, minumlah 100+ sepuas-puasnya.

Jumpa lagi di larian akan datang.










Wednesday, 11 December 2013

Perak Mount Bujang Melaka Challenge 2013

8 December
Mula: Dataran Majlis Daerah Kampar, Perak
Jarak: 18km

Masa: 8.00 pagi

1. Pertama kali sampai di Kampar pada 7 Disember 2013, Sabtu. Lepas ambil bib di Pejabat Majlis Daerah Kampar, segera ke pekan untuk cari hotel. Pada sebelah malamnya, kembali semula ke MPK untuk makan malam yang disediakan penganjur dan untuk mendengar taklimat pertandingan.


2. Ahad, lepas sarapan pagi dan mendaftar, peserta dilepaskan sekitar jam 8.00 pagi. Sebelum itu ada acara senamrobik. Adalah dalam 500++ orang pelari untuk semua kategori. Dilepaskan secara serentak untuk semua kategori, agak sesak sikit bila laluan memasuki trail.

3. Laluan meliputi 2 km pertama jalan raya, kemudian masuk trail kebun orang kampung, dan seterusnya mendaki hingga ke puncak gunung bujang melaka (1,200m++), dengan jarak dari tempat permulaan adalah dalam 9km. Maka, untuk jarak pergi dan balik adalah 18 km.

4. Memandangkan ini kali pertama aku masuk acara climbathon, strategi adalah untuk sampai ke puncak dalam cut off time. Selain itu, mencari pengalaman serta menghayati kenindahan alam sekitar (macam skema je kan). Haha. Laluan agak menarik, di tepi kawasan air terjun. Seterusnya, bahagian mendaki agak sukar, kerana trails licin, ramai pelari di sesuatu masa, dan terpaksa berhati-hati.

5. Aku sampai di puncak dengan masa 5 minit lagi sebelum cut off time. Pergh, agak penat melampau. Beberapa kali terjatuh dalam lumpur. Best. Seronok juga semasa mendaki, dapat tengok pelari-pelari yang pantas dah mula turun dan berlari merentasi halangan dengan baiknya.

6.  Lepas rehat kejap di puncak, aku segera turun. Perjalanan turun lagi mencabar kerana laluan jadi makin licin, kesan laluan dari semua runners terdahulu. Ada beberapa bahagian, memang agak scary, kalau tersilap atau terlajak, mahunya jatuh ke dalam gaung. Aku berhenti di setiap checkpoint semasa turun untuk menambah air dan hilangkan penat.

7. Menyedari aku antara yang paling lambat dalam pertandingan ini, maka, sasaran utama adalah untuk tamat tanpa sebarang kecederaan serius. Akhirnya dalam masa 7 jam 5 minit, aku berjaya melintasi garisan penamat. Masa sampai itu, semua runners lain dah di khemah, menyaksikan majlis penyampaian hadiah sudah. Hehe.

8. Dapatkan medal penamat, segera minum air dan refresh kan diri. Bergambar-gambar seketika dan seterusnya bersiap untuk segera ke hotel kerana hendak mengejar bas balik ke KL pada petang itu juga.

9. Keseluruhannya, cabaran ini sangat baik. Pengalaman baru diperoleh. Mungkin ini suatu permulaan untuk aku dalam cabaran climbathon akan datang.

Run Gme Run




Standard Chartered Marathon Singapore 2013

1 Dec 2013
Mula/Tamat: Orchard Road/Padang


Masa: 5.00 pagi

1. Datang ke Singapore kali ini untuk menutup cabaran 13 Marathons in 2013 yang aku sasarkan sebelum ini. Sehari sebelum marathon, aku pergi ambil bib di Singapore Expo. Ada lah juga beberapa booth yang menarik dalam expo itu. Tapi tak beli apa-apa pun, sebab agak pricey.

2. Hari marathon. Ambil MRT sekitar jam 3 pagi terus ke Orchard Road. Sampai dah ramai runners. Panaskan badan, bergambar sekejap dan terus masuk ke starting pen. Dilepaskan pada jam 5.00 pagi. Cuaca baik. 

3. Dengan lebih 10K runners untuk FM, agak sesak sepanjang laluan. Laluan dari Orchard Road, membawa ke Downtown Core, masuk ke Esplanade, terus ke F1 Building, terus ke Nicoll Highway dan terus ke ECP dan buat u-turn di km21.5 dalam ECP dan patah balik hingga ke belakang golf field berdekatan marina barrage. Kemudian masuk ke dalam garden by the bay - kawasan ini cantik kerana nampak mercu utama Singapore seperti Singapore Flyers dan bangunan kasino  yang berangkai 3 tu. Seterusnya masuk ke area esplanade dan terus ke penamat di Padang.

4. Prestasi larian aku? Dengan berhenti di semua water station, dan beberapa kali walk break, aku melepasi 21km pertama dalam hampir 3 jam. Seterusnya di dalam ECP tu, memang lari kejap, kemudian jalan. Rasa macam tiada mood untuk menamatkan cabaran. Walau bagaimanapun, menuju ke penamat, berjaya juga aku habiskan dengan 6:26. Memang timing tidak cantik. Apa-apapun janji tamat.

5. Lepas tamat, dapatkan medal, finisher tee, bergambar-gambar, kemudian rehat di runners tents. Seterusnya, segera kembali ke hostel untuk pulang ke KL.

6. Keseluruhannya, SCMS ini ok, dan aku suka part energy gel yang banyak giler, hehe. Cuma, agak sesak di beberapa bahagian, dan course secara relatifnya adalah rata.

Maka lengkaplah sudah cabaran 13 marathon untuk tahun 2013

Run Gme Run.




Sunday, 24 November 2013

Desa Park City Run 2013

Tarikh: 24 November 2013
Tempat: International School, Desa Park City
Masa: 6:40 pagi Jarak: 10km

1. Pertama kali ke Desa Park City (DPC), yang terletak dekat dengan Bandar Menjalara Kepong . Sebelum ini, selalu perasan signboard DPC di puncak bukit, tepi highway Plus. Awal pagi ahad, tiba di DPC dalam jam 6.00 pagi. Ada sesi panaskan badan oleh Fitness First. Runners dah ramai sampai. 5km runners will be flagged off on 6:30 am, and 10km runners on 6;40 am. Acara kids dash dimulakan selepas 8:40 pagi.

2. Kawasan DPC ini, merupakan kawasan upscale di pinggir KL. Maka dalam ini ala-ala kondo mewah, rumah teres dan bangle-banglo premier gitu. Kawasan dia lengkap dengan international school, central park, Waterfront dan sebagainya. Ala kawasan tersendiri dan banyak pokok dan landskap yang menarik.

3. Cuaca pagi ini sangat baik dan nyaman, amat kondusif untuk berlari. Kategori 10km agak ramai juga, dan 6;40 am dilepaskan. Aku mengambil masa dalam 3 minit untuk lintasi timing mat. Laluan membawa ke kawasan dalam DPC, terus membelok ke luar pinggir DPC, jalan Bandar menjalara, sebelum masuk balik ke DPC di pintu menghala ke bulatan nak ke pj/kuala Selangor segala. Masuk dalam DPC semula, laluan agak berbukit, dan hinggalah ke km5++, laluan mendaki. Pergh pace aku amat perlahan semasa mendaki bukit ini. Hinggakan terpaksa beberapa tempat aku berjalan sahaja.

4. Sampai di puncak bukit, u-turn dan masa pace turun bukit, semua laju. Best. Layan sahaja. Laluan terus membawa sekitar waterfront dan tepi kawasan tasik. Sini, laluan flat sahaja. Maka, aku berlari dengan pace bawah 7:00 sahaja untuk segera tamat. Menyedari sub 1hrs sudah jauh dari jangkauan. Dari km8 hingga ke penamat, baru beriya aku berlari. Menamatkan larian dengan 1:08, dan 1:13 (catatan di timing besar kt garisan penamat).

5. Agak gembira dengan prestasi 10km run aku pagi ini. Maklumlah sudah lama tidak berlari 10km beramai-ramai. Lepas tamat, dapat kan medal, segera Q for milo dan cereal. Lepas cooling down, sesi bergambar dengan kawan-kawan. Dan kemudian, lepak menyaksikan kids dash yang meriah. 6. Keseluruhannya, race di DPC ini amat bagus, laluan menarik dan eksklusif. Water station mencukupi, trafik terkawal dan medal serta vest yang cantik tahun ini (bak kata few friends yang dh lari DPC ini tahun lepas.) Tinggal beberapa hari lagi untuk Marathon ke-13 tahun ini. Oh saya gementar. Run Gme Run.



Monday, 18 November 2013

Standard Chartered Marathon Singapore 2013

I am looking forward to conclude My 2013 Marathon Challenge in Singapore on December 1, 2013.

Standard Chartered Marathon Singapore will be my 13 marathon for 2013.  After completing my maiden marathon almost a year ago, I never imagined that I come this far.

I hope to perform well in Singapore, and complete SCMS on high note.

Run Gme Run.

Penang Bridge International Marathon 2013 - My Anniversary Marathon

Penang Bridge International Marathon (PBIM) 2013
17 November 2013
2 pagi

1. Bertolak dari KL sekitar 6 petang. Tiba di Sg Nibong dalam 11 malam. Bersiap dan berehat sekejap sebelum dalam 12.30 pagi bergegas berjalan kaki ke Queensbay. Hujan pada masa ini. Sejuk.

2. Memandangkan dari awal aku sedar bahawa kehadiran ke Penang kali ini amatlah tidak bersedia dan kurang latihan, maka, sasaran yang realisitik ditetapkan iaitu menamatkan marathon dalam cut off time, tanpa kecederaan. Tiba di Queensbay Mall dalam jam 1 pagi, hujan masih turun. Letak bag, kemudian panaskan badan, serta bergambar2, dan ucapan selamat dengan kawan-kawan runner yang ditemui sebelum memulakan marathon.

3. Dalam 1;30 am, CM Penang sampai dan mulakan acara Milo Flames, sebelum melepaskan FM runners pada jam 2.00 am. Semasa ucapan sebelum pelepasan, dimaklumkan bahawa tahun ini ada 4,700 lebih untuk kategori FM, wow, sangat ramai. Dan lebih 47,000 untuk semua kategori.  The biggest marathon in Malaysia, as they claimed. Ini kali terakhir dibuat di jambatan sedia ada. Pada tahun 2014, akan dibuat di Jambatan Kedua.

4. 2 pagi, FM dilepaskan. Nah, beribu-ribu runners, memenuhi jalan nan sempit hingga ke susur menuju  ke U-turn pertama di Seagate. Aku bermula sangatlah perlahan, hinggakan 1km pertama dalam 8:40, dan maintain 8:00 hingga ke km4, u-turn. Pergh, takde kon memisahkan runners yang dah u-turn dan belum u-turn. Sangatlah sesak. Lepas u-turn, hingga ke km8, baru rasa selesa berlari.

5. Melintasi km10, aku buat 1:10, masih ok nampaknya. Bila memasuki jambatan, laluan menjadi makin mental, mengetahui bahawa u-turn berikutnya adalah di km-18, berdekatan depan tol. Maka, berlari lah dengan pace yang cukup-cukup makan untuk sub 6:00. Maintain berlari belakang belon 5:30 hingga ke u-turn. Lepas rehat kejap di km 19, diberi roti, aku tak makan pun. Takde selera. Hanya hirup gel, dan minum air. Sekitar km 20, belon 5;30  mula jauh meninggalkan aku. Hmmm, aku mula agak down dan mental blocked. Mengetahui bahawa perjalanan masih jauh, dan aku mungkin tak dapat nak kejar semula belon itu. Melintasi km21 dengan 2:39. Agak baik.

6. Ketika di km24, aku mula rasa malas dan tak ada mood untuk berlari. Walaupun kaki takde rasa kesakitan melampau, tapi mungkin sebab mengantuk dan penat tak cukup rehat before race, aku jadi malas dan moody. Berhenti makan gel, minum air, tuamkan ais di lutut, serta bergambar-gambar atas jambatan itu. Sebelum meneruskan larian. Cuaca masih sejuk. Maklumlah lepas hujan. Sebenarnya ini amat sesuai untuk berlari. Tapi entahlah, mood aku hilang.

7. Keluar dari jambatan memasuki Jelutong Highway, nah ini lagi satu strectch yang membosankan untuk ke u-turn di km33. Pada masa ini, kelihatan belon 6:00 makin menghampiri. Aku berlari, dan berlari sambil di selang seli dengan berjalan. Hingga ke km 33. Ada surau sementara di situ, rehat dan solat. Makan kismis yang aku bawa, memandangkan terasa amat lapar kt sini. Tak lama lepas itu, belon 6:00 melintasi uturn itu. Dan sesaat itu, aku membuat agakan yang aku akan tamat lebih dari 6:00.

8. Alang-alang lama berehat di km33, aku segarkan balik badan, refuelling dan kembali bersemangat untuk habiskan PBIM ini. Melintasi km34, ada bomba buat pancuran air. Apa lagi, ala2 mandi gitu, maklumlah dah terasa macam zombie sudah. Aku meneruskan lari/jog/walk untuk menghabiskan baki 9km lagi. Pada masa ini, aku membuat agakan yang aku boleh tamatnya dengan 6:15, kalau aku maintain pace sendu-sendu ini. Mengetahui bahawa selepas susur dari jambatan akan sesak dengan 10km runners dan fun run, maka, sedaya upaya aku mempercepatkan diri untuk sampai ke garisan penamat.

9. Hampir 2.5 km ke garisan penamat, aku rasa kasut aku macam lain macam. Lari sikit terus rasa x selesa kat kaki. Bila aku cabut kasut, baru perasan yang ruang belakang tapak tu dah rosak. Apa lagi, larian harus di tamatkan. Dengan beraninya, aku buat apa yang tak pernah aku buat sebelum ini. Berlari berkaki ayam, barefooted with socks. Mengejar untuk tamat dengan 6;15. Memasuki simpang Queensbay, aku berlari-lari hingga ke garisan penamat. Sambil melambai-lambai dan mengucapkan thanks kepada runners/kawan2 yang dah tamat lebih awal yang memberi sokongan di sekitar garisan penamat.

10. Akhirnya, tamat dengan 6;15. Yeay. Walaupun lebih teruk dari tahun lepas. Ia tetap bermakna kerana ini merupakan anniversary pertama bergelar marathoner. Dan semestinya, marathon medal number 13 safely hang around my neck. Lepas tamat, segera beratur ambil baju penamat, medal, dan breakfast. Oh ya, tahun ni ada hashbrown dan sup tomato. Apa lagi dengan hujannya masa tu, aku pulun minum sup tu, lepas tu, minum milo seadanya. Rehat kejap, dan cooling down.

11. Seterusnya adalah sesi bergambar2 dengan kawan-kawan yang masih belum beredar dari Queensbay. Signal phones sucks masa ni. Nak call semua orang pun susah. Puas bergambar, dan bertukar-tukar ucapan tahniah, segera berjalan ke shuttle bus untuk ke komtar.

12. Maka, tamatlah sudah edisi PBIM kali ini. Moga dapat kembali  tahun hadapan di jambatan yang baru. Keseluruhannya, PBIM masih baik dan beberapa perkara perlu dititik beratkan seperti air botol, rasa membazir bila diberikan air botol bukannya dalam cup, kerana, atas jambatan tu aku tengok banyak botol air x luak sangat diletakkan atas barrier. Lepas tu kawalan pemisah untuk 4 km pertama, amatlah sesak. Tak ada kon. Isotonik juga kurang, pisang tak cukup untuk late runners. Medal tahun ini agak cantik dari tahun lepas, walaupun design masih so-so, begitu juga dengan finisher tee. 

13. Jumpa lagi di PBIM akan datang.





Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...