8 December
Mula: Dataran Majlis Daerah Kampar, Perak
Jarak: 18km
Masa: 8.00 pagi
1. Pertama kali sampai di Kampar pada 7 Disember 2013, Sabtu. Lepas ambil bib di Pejabat Majlis Daerah Kampar, segera ke pekan untuk cari hotel. Pada sebelah malamnya, kembali semula ke MPK untuk makan malam yang disediakan penganjur dan untuk mendengar taklimat pertandingan.
2. Ahad, lepas sarapan pagi dan mendaftar, peserta dilepaskan sekitar jam 8.00 pagi. Sebelum itu ada acara senamrobik. Adalah dalam 500++ orang pelari untuk semua kategori. Dilepaskan secara serentak untuk semua kategori, agak sesak sikit bila laluan memasuki trail.
3. Laluan meliputi 2 km pertama jalan raya, kemudian masuk trail kebun orang kampung, dan seterusnya mendaki hingga ke puncak gunung bujang melaka (1,200m++), dengan jarak dari tempat permulaan adalah dalam 9km. Maka, untuk jarak pergi dan balik adalah 18 km.
4. Memandangkan ini kali pertama aku masuk acara climbathon, strategi adalah untuk sampai ke puncak dalam cut off time. Selain itu, mencari pengalaman serta menghayati kenindahan alam sekitar (macam skema je kan). Haha. Laluan agak menarik, di tepi kawasan air terjun. Seterusnya, bahagian mendaki agak sukar, kerana trails licin, ramai pelari di sesuatu masa, dan terpaksa berhati-hati.
5. Aku sampai di puncak dengan masa 5 minit lagi sebelum cut off time. Pergh, agak penat melampau. Beberapa kali terjatuh dalam lumpur. Best. Seronok juga semasa mendaki, dapat tengok pelari-pelari yang pantas dah mula turun dan berlari merentasi halangan dengan baiknya.
6. Lepas rehat kejap di puncak, aku segera turun. Perjalanan turun lagi mencabar kerana laluan jadi makin licin, kesan laluan dari semua runners terdahulu. Ada beberapa bahagian, memang agak scary, kalau tersilap atau terlajak, mahunya jatuh ke dalam gaung. Aku berhenti di setiap checkpoint semasa turun untuk menambah air dan hilangkan penat.
7. Menyedari aku antara yang paling lambat dalam pertandingan ini, maka, sasaran utama adalah untuk tamat tanpa sebarang kecederaan serius. Akhirnya dalam masa 7 jam 5 minit, aku berjaya melintasi garisan penamat. Masa sampai itu, semua runners lain dah di khemah, menyaksikan majlis penyampaian hadiah sudah. Hehe.
8. Dapatkan medal penamat, segera minum air dan refresh kan diri. Bergambar-gambar seketika dan seterusnya bersiap untuk segera ke hotel kerana hendak mengejar bas balik ke KL pada petang itu juga.
9. Keseluruhannya, cabaran ini sangat baik. Pengalaman baru diperoleh. Mungkin ini suatu permulaan untuk aku dalam cabaran climbathon akan datang.
Run Gme Run
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...
No comments:
Post a Comment