1 Dec 2013
Mula/Tamat: Orchard Road/Padang
Masa: 5.00 pagi
1. Datang ke Singapore kali ini untuk menutup cabaran 13 Marathons in 2013 yang aku sasarkan sebelum ini. Sehari sebelum marathon, aku pergi ambil bib di Singapore Expo. Ada lah juga beberapa booth yang menarik dalam expo itu. Tapi tak beli apa-apa pun, sebab agak pricey.
2. Hari marathon. Ambil MRT sekitar jam 3 pagi terus ke Orchard Road. Sampai dah ramai runners. Panaskan badan, bergambar sekejap dan terus masuk ke starting pen. Dilepaskan pada jam 5.00 pagi. Cuaca baik.
3. Dengan lebih 10K runners untuk FM, agak sesak sepanjang laluan. Laluan dari Orchard Road, membawa ke Downtown Core, masuk ke Esplanade, terus ke F1 Building, terus ke Nicoll Highway dan terus ke ECP dan buat u-turn di km21.5 dalam ECP dan patah balik hingga ke belakang golf field berdekatan marina barrage. Kemudian masuk ke dalam garden by the bay - kawasan ini cantik kerana nampak mercu utama Singapore seperti Singapore Flyers dan bangunan kasino yang berangkai 3 tu. Seterusnya masuk ke area esplanade dan terus ke penamat di Padang.
4. Prestasi larian aku? Dengan berhenti di semua water station, dan beberapa kali walk break, aku melepasi 21km pertama dalam hampir 3 jam. Seterusnya di dalam ECP tu, memang lari kejap, kemudian jalan. Rasa macam tiada mood untuk menamatkan cabaran. Walau bagaimanapun, menuju ke penamat, berjaya juga aku habiskan dengan 6:26. Memang timing tidak cantik. Apa-apapun janji tamat.
5. Lepas tamat, dapatkan medal, finisher tee, bergambar-gambar, kemudian rehat di runners tents. Seterusnya, segera kembali ke hostel untuk pulang ke KL.
6. Keseluruhannya, SCMS ini ok, dan aku suka part energy gel yang banyak giler, hehe. Cuma, agak sesak di beberapa bahagian, dan course secara relatifnya adalah rata.
Maka lengkaplah sudah cabaran 13 marathon untuk tahun 2013
Run Gme Run.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...
No comments:
Post a Comment