Thursday, 17 April 2014

Autism Run UKM

Autism Run
Light Up Autism
Anjuran 
UKM
6 April 2014
Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

1. Larian anjuran UKM ini adalah bagi menyokong Autism. Bertemakan “Your World Is Our World Together We Stand”. Kategori adalah 10km, 5km dan fun run 3km.


2. Dianggarkan lebih dari 2,000 peserta. Awal-awal pagi yang meriah di Taman Tasik Titiwangsa. Sebelum dilepaskan, peserta diserikan dengan sesi senamrobik. Melewati 7 pagi, kategori 10km dilepaskan.


3. Laluan adalah dari taman tasik titiwangsa, menghala ke Pulapol, masuk semula ke taman, seterusnya ke kawasan perumahan dan keluar di simpang Istana Budaya. Memasuki Jalan Tun Razak, kemudian masuk semula ke Taman dan seterusnya ke garisan penamat.


4. Keseluruhannya, laluan disediakan dengan WS yang mencukupi, kawalan trafik yang ok. Cuma, di beberapa bahagian, kena berhati-hati memandangkan lorong bersusun dengan kereta.


5. Post-run disediakan vitagen, pisang, roti, 100plus, milo, nasi lemak juga. Untuk memastikan larian yang penuh bermakna terutamanya kepada yang hari ini merupakan larian pertama mereka (I met few of them), medal yang cantik melengkapkan kenangan.


6. Walaupun bermula agak lewat, sekitar selepas 10 pagi, persembahan penutup oleh NASOM, pelajar-pelajar autism tetap memukau (oh, lagu Mungkin yang dinyanyikan itu sungguh best). Seterusnya, cabutan bertuah utk kepada yang bertuah. Tiket-tiket ke Jakarta dan Melbourne tu. 


7. Majlis berakhir dengan sidang media oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada YAB PM.


8. Keseluruhannya, penganjuran larian amal ini adalah baik, volunteers dan petugas yang friendly dan melaksanakan tugas mereka sehabis baik.


9. Konsep larian dan carnival ini amat sesuai untuk seisi keluarga.


10. Seperti biasa, untuk saya, kegembiraan menyertai larian adalah saat kebersamaan bersama dengan rakan-rakan lama, strangers/non-starangers, schoolmates, sidangmate, batchmates, mahupun FB friends yang selama ini berbual dif b sahaja. Komuniti larian sentiasa berkembang dan menyeronokkan.


11. Semestinya, acara wajib di setiap larian adalah bergambar-gambar kenangan, serta bertukar-tukar cerita dan pengalaman. 


12. Oh ya, sebelum lupa, hari ini merupakan pertama kali saya berlari memakai baju melayu bersamping dan bersongkok. Oh seumpama hari raya, atau pun kenduri kahwin. Oh I had a great time with my first baju melayu run.


Till we meet again.


XOXO


Lebih gambar di:


https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152109472618822.1073741862.530093821&type=3





Bersama Ruud, Shuib Omar. Photo credit: QQ's Snap

Saturday, 29 March 2014

Bila April

Minggu Depan April sudah...

Menu April seperti berikut.

Moga berjaya.


Source: fb Marathon Rotterdam

Source: fb Team Pacat

Climb For Green, Bukit Bendera

Tarikh: 23 Mac 2014
Tempat: Taman Botani, dan Bukit Bendera, Pulau Pinang
Masa: 7:30 pagi
Jarak: 5.3 km

1 loop taman botani dan terus mendaki ke puncak Bukit Bendera.
Laluan jalan bertar. 5.3km sehala (race) + 5.3km (unofficial turun). Dapatlah 10km++ hari ni. Oh ya, anda boleh ke puncak Bukit Bendera dengan trails juga.

Seperti biasa, datang ke Penang untuk cabaran baru. Kali ini mendaki Bukit Bendera. Sebagai persediaan untuk #KOBL kot. hehe.

Dilepaskan 7:30 am, beratus pelari memulakan larian/jalanan/dakian masing-masing dengan 1 pusingan taman botani dan seterusnya mendaki melalui jalan bertar.

Nah, dihidangkan bukit mencanak terus ke puncak, dengan hanya beberapa sahaja kawasan mendatar sepanjang pendakian. kebanyak curam lebih 30 darjah. Semput.

Sepanjang laluan ke atas, dihiasi flora dan fauna bukit bendera. 
Laluan mendaki amat sesuai untuk yang berminat dengan hills training.

Lepas lebih sejam, berjaya menghabiskan cabaran. Cuaca cerah di puncak bukit bendera.

Seperti biasa, lepak bergambar-gambar dengan rakan-rakan sepelarian. Berkongsi pengalaman dan cerita. Itulah keseronokan larian.

Sebaik tamat, diberikan medal, sijil, dan roti. No milo, no isotonik. Tapi takper,kerana di astaka bukit bendera tu, meriah, beli abc, ais kacang, segala. Tambahan cuti sekolah.

Lepak sampai lucky draw, walaupun x menang. 

Penuruan dari puncak menggunakan laluan yang sama. Alang-alang dah ke bukit bendera kan. Naik dan turun, guna kaki.

Keseluruhannya, satu acara dan weekend getaway yg menarik.

Jumpa lagi di larian akan datang.







Brooks Half Marathon 2014

Tarikh: 9 Mac 2014
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Masa: 5:30 pagi
Jarak: 21km

1. Kerisauan bertamu apabila pada hari larian, jerebu masih ada. Walau bagaimanapun, penganjur mengambil keputusan untuk larian diteruskan setelah mengambil kira langkah-langkah keselamatan.

2. Seperti tahun lalu, bilangan perserta tahun ini adalah memenuhi kapasiti. Awal pagi, sebelum memulakan larian, bergambar-gambar dengan rakan-rakan dan seterusnya memulakan larian.

3. Tahun ini, laluan diubah sedikit dengan memasuki bahagian lebuh raya kl - seremban terlebih dahulu, dan maka, kurang sikit sesak. Dari situ laluan memasuki bawah MEX, dan buat u-turn di kawasan berbukit dalam taman puncak jalil (kot), dan seterusnya, laluan sama dengan tahun lepas.

4. 1km menghampiri penamat, masuk depan sekolah sukan bukit jalil, dan seterusnya  pusing tepi stadium dalam 500 meter. Keputusannya, aku menamatkan larian dengan 2:42, baik sikit dari tahun lepas 2:56.

5. Ambil medal dengan kawasan sempit dan Q panjang. Huhu. Oklah sikit tahun ini dapat medal, berbanding trofi kecil tahun lepas. Baju finisher  pun warna kuning tahun ini.

6. Post race hospitality best, ada milo, watermelon, cendol/ais kacang, taufu fa.

7. Stay hingga lucky draw. Bergambar-gambar dengan rakan-rakan serta saling ucap tahniah.

Jumpa lagi di larian akan datang.








2XU Compression Run

Tarikh: 2 Mac 2014
Tempat: Nicoll Highway, Singapore
Masa: 4:00 pagi
Jarak: 42.195km

Ini merupakan marathon ke-15, dan yang pertama untuk tahun 2014.
Datang dengan persediaan kurang memberangsangkan, maka sasaran adalah untuk menamatkan cabaran sahaja.

Seperti biasa, datang sehari sebelum larian. Bertemu dengan kawan-kawan.
Awal pagi larian, bergambar-gambar bersama rakan-rakan dan seterusnya menikmati cabaran 42.195km.
Prestasi kali ini seperti biasa, so-so. Aku menamatkan larian dengan 6:22.
Lepas tamat, cuaca sudah panas, maka, ambil gambar mandatori dan segera ke hostel.
Secara keseluruhannya:

-Well organized race
- water stations dan pocari sweat yang sentiasa ada, gels dan pisang yang berlambak
- volunteers yang friendly
- nice route, walaupun loop ECP sangat mental
- teringat part lari atas papan, tak tak tak bunyi hentakan kaki di atas laluan itu, harus kejiranan berdekatan meriah di awal-awal pagi
- suka towel sejuk lepas tamat, terus menyegarkan lepas kepanasan dibakar mentari

dan yang paling penting

happiness is finishing a run and meeting friends.

jumpa lagi di larian akan datang.


You all are awesome. Congrats.


Maklumat mengenai 2XU Compression Run boleh di peroleh di:
www.2xucompressionrun.com.sg/

Bersama kawan-kawan utara

sebelum menempuh cabaran masing-masing (21km dan  42km)

kepanasan

Photo Credit : Running Shots

Bersama the regulars

Di REPC,  Changi Mall

Monday, 17 February 2014

NM Galaxy Road Run 2014 - Series 1

16 Februari 2014
Taman Tasik Titiwangsa
6:45 am
12km (11.5 km GPS)

1. Siri 1 dari empat siri. Penganjur NM run ini adalah baharu. Seawal pengambilan bib pada hari jumaat sudah kelam kabut. Huhu.

2. Fast forward to race day, sesi dimulakan dengan senamrobik dalam gelap. Alasan penganjur lampu limpah mengalami masalah teknikal.

3. Berikutnya, tanpa pengumuman jelas, peserta dilepaskan dalam jam 6:50 am. Maka, kelam kabut kerana ramai yang tidak bersedia dan ada yang kategori lain berlepas dalam masa yang sama.

4. Laluan larian membawa 2km pusing taman tasik titiwangsa, seterusnya keluar ke jalan tun razak dan buat u-turn selitar selepas menara celcom. Part ini yang aku suka, kawalan trafik yang bagus, laluan ditutup sepenuhnya. Nah, 3 lorong milik runners. Berlatar belakangkan klcc dan menara kl, aku berhenti bergambar kejap atas jalan ni. Hehe. Seterusnya, lepas u-turn, laluan ke bulatan jalan pahang, teringat strecth scklm bila lalu depan ijn, pustakaan negara, ib, flat pekeliling. Dari pekeliling laluan diferuskan ke u turn di jalan mahameru. Sempat aku naik atas divider, hi-5 kan fast runners. Ni yang best bila laluan ada uturn. Boleh tgk fast runners dan boleh beri sokongan juga kepada runners di belakang kita.

5. Water station di uturn mahameru menyediakan gatorade yang banyak (clap2) best. Dari uturn terus berlari ke simpang masuk di tepi IB dan berlari beberapa ratus meter ke garisan penamat 1:14 dan gps 11.5km, itulah catatan di polar watch aku. Huhu. Not bad, as I stopped many times during race for photos and chit chat with fellow runners. Hehe.

6. Medal collected and q for water and bread soon after crossed finish line. Rested for a while and I went to support a friend for her first 12km run. Managed to pacing her last 1.5km. Yeay.

7. Seterusnya, sesi bergambar dengan rakan2 yang ada. Berkongsi ucapan tahniah dan cerita2. Oh inilah part yang aku suka bila lepas lari.

8. Keseluruhannya, penganjur kena tingkatkat mutu penganjuran di siri berikutnya. Tarikan utama mungkin medal yang bercantum2, serta jarak pelbagai dari siri ke siri, NM run sesuai untuk newbie dan semua runners sama ada untuk bersedia ke jarak HM mahupun bersosial.

9. Pro: gatorade, medal, traffic management, sesuai untuk bersosial. Cons: permulaan kelam kabut, no mic, toilet sikit, post race q panjang, no milo, prize giving lepas lucky draw - kesian tgk winners coz runners dah kosong kerana cuaca panas.

Jumpa lagi di siri akan datang.















Yam Tuan Antah Mount Datuk Challenge 2014

26 Januari 2014
Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan
8.00 pagi

1. Ini merupakan cabaran gunung yang kedua buat aku selepas gunung bujang melaka pada disember. Tiba di hutan lipur gunung datuk pada Sabtu.

2. Petang Sabtu, ambil bib, dengar taklimat, dan seterusnya bermalam di kaki gunung bersama rakan-rakan. Dinner disediakan penganjur.

3. Pagi ahad, lepas sarapan, bersiap-siap untuk cabaran. Dimaklumkan bahawa penyertaan kali ini lebih daripada 600 orang. Meriah.

4. Sekitar 8 pagi, selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku, peserta dilepaskan. 2 km pertama adalah dari ruang parking menghala ke ladang kelapa sawit, masuk jalan kampung dan seterusnya masuk ke trail mendaki gunung datuk.

5. Awal-awal pendakian aku dah mula merasa penat. Laluan mendaki berbatu, terus sampai ke puncak gunung datuk. Dalam laluan, terdapat beberapa kawasak landai untuk melepaskan lelah. Lalaun berbatu, dan beberapa tempat licin memerlukan berhati-hati.

6. Water station pertama di puncak gunung datuk. Aku tiba di puncak sekitar 2jam. Seterusnya dari puncak, larian disambung ke gunung rembau. Checkpoint terakhir dan seterusnya patah balik.

7. Selepas 4j02m, aku berjaya menamatkan cabaran. Penat dan puas.

8. Lepas tamat, dikalungkan medal, seterusnya menikmati makan tengah haro, bergambar2 dan tengok penyampaian hadiah dan lucky draw.

9. Keseluruhannya, penganjuran sirlit gunung negara- Yam Tuan Antah Mount Datuk Challenge 2014 ini adalah baik.





Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...