Thursday, 17 April 2014

Autism Run UKM

Autism Run
Light Up Autism
Anjuran 
UKM
6 April 2014
Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

1. Larian anjuran UKM ini adalah bagi menyokong Autism. Bertemakan “Your World Is Our World Together We Stand”. Kategori adalah 10km, 5km dan fun run 3km.


2. Dianggarkan lebih dari 2,000 peserta. Awal-awal pagi yang meriah di Taman Tasik Titiwangsa. Sebelum dilepaskan, peserta diserikan dengan sesi senamrobik. Melewati 7 pagi, kategori 10km dilepaskan.


3. Laluan adalah dari taman tasik titiwangsa, menghala ke Pulapol, masuk semula ke taman, seterusnya ke kawasan perumahan dan keluar di simpang Istana Budaya. Memasuki Jalan Tun Razak, kemudian masuk semula ke Taman dan seterusnya ke garisan penamat.


4. Keseluruhannya, laluan disediakan dengan WS yang mencukupi, kawalan trafik yang ok. Cuma, di beberapa bahagian, kena berhati-hati memandangkan lorong bersusun dengan kereta.


5. Post-run disediakan vitagen, pisang, roti, 100plus, milo, nasi lemak juga. Untuk memastikan larian yang penuh bermakna terutamanya kepada yang hari ini merupakan larian pertama mereka (I met few of them), medal yang cantik melengkapkan kenangan.


6. Walaupun bermula agak lewat, sekitar selepas 10 pagi, persembahan penutup oleh NASOM, pelajar-pelajar autism tetap memukau (oh, lagu Mungkin yang dinyanyikan itu sungguh best). Seterusnya, cabutan bertuah utk kepada yang bertuah. Tiket-tiket ke Jakarta dan Melbourne tu. 


7. Majlis berakhir dengan sidang media oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada YAB PM.


8. Keseluruhannya, penganjuran larian amal ini adalah baik, volunteers dan petugas yang friendly dan melaksanakan tugas mereka sehabis baik.


9. Konsep larian dan carnival ini amat sesuai untuk seisi keluarga.


10. Seperti biasa, untuk saya, kegembiraan menyertai larian adalah saat kebersamaan bersama dengan rakan-rakan lama, strangers/non-starangers, schoolmates, sidangmate, batchmates, mahupun FB friends yang selama ini berbual dif b sahaja. Komuniti larian sentiasa berkembang dan menyeronokkan.


11. Semestinya, acara wajib di setiap larian adalah bergambar-gambar kenangan, serta bertukar-tukar cerita dan pengalaman. 


12. Oh ya, sebelum lupa, hari ini merupakan pertama kali saya berlari memakai baju melayu bersamping dan bersongkok. Oh seumpama hari raya, atau pun kenduri kahwin. Oh I had a great time with my first baju melayu run.


Till we meet again.


XOXO


Lebih gambar di:


https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152109472618822.1073741862.530093821&type=3





Bersama Ruud, Shuib Omar. Photo credit: QQ's Snap

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...