13.4.2014
1030 hrs
Coolsingel, Rotterdam
1. Bermula pada 10:30 pagi. Cuaca agak dingin. Seawal 9:00 ribuan pelari mula berkumpul di Coolsingel, di tengah Kota Rotterdam ini.
2. Memasuki corral masing2, saya di corral G, iaitu di belakang sekali utk masa 5:30. Dilepaskan tepat masanya, ribuan pelari mula bergerak meneruskan cabaran. Keadaan terkawal di mana kedua2 belah jalan digunakan. Pembahagi antara kedua-dua jalan ini adalah laluan tram.
3. Atmosfera di sepanjang laluan hingga ke km3, sungguh mengujakan. Kiri dan kanan penuh dengan crowds. Rotterdam berpesta pagi ini. Laluan dari Coolsingel membawa pelari ke Erasmus Bridge, jambatan ikonik di Kota ini. Atas jambatan ini, mula terasa dingin dan berangin.
4. Seterusnya, laluan mula keluar dari pusat Bandar dan melalui beberapa kejiranan, dan terdapat beberapa u-turn. Sokongan moral di kejiranan-kejiranan ini amat menggalakkan. Hingga ke km10, saya berlari dengan pace yg ok, walaupun hilang rentak akibat sejuk. Cabaran juga adalah kerana harini saya berbaju melayu.
5. Laluan membawa ke taman, dan suburb, dan menuju ke km25, iaitu masuk semula ke pusat Bandar. Angin agak kuat ketika melintasi Erasmus buat kali ke2. Memasuki pusat Bandar, laluan bertembung dengan laluan ke garisan penamat. Meriah. Sokongan penuh padu dari semua crowds. Memasuki terowong, agak terperanjat kerana dalam gelap terdapat band. Menuju laluan saiko berikutnya ke km30, memasuki taman yg agak sunyi (macam kt Paris, Ada part taman), sepanjang ke km30, kelihatan di lorong sebelah, runners yg dh buat u-turn. Loop di taman agak mental sehingga keluar di laluan utama semula km38.
6. Drama. Di km38, saya di sapa oleh security, yg memaklumkan bahawa saya adalah yg kedua terakhir. Wow. Agak terkejut. Kerana tidak perasan (dan agak lalai menjaga masa). Kelihatan kira-kira 300 meter di belakang adalah last runner. Oh tidak, saya kena pastikan misi sub 5:30 tercapai.
7. Ketika kusyuk lari-lari longlai, wartawan dan jurukamera (bermotor), menyapa dan menyatakan "You're live on television and big screen at main stage". Pergh terkejut. Sambil berlari, sambil senyum, sambil mengah, sambil tengok kamera, ditanya apa nama outfit yg dipakai: Baju melayu, why? - saya jawab to promote malaysia , what do you think todays race - saya jawab - cold and windy, flat course. Seterusnya, wartawan itu ucap good luck, and mentioned that i can do it, and will not be last person cross finish line.
8. Bagai tersapa dari lamunan, saya terus berlari dan berlari, walaupun kaki agak penat. Hingga 3km terakhir, crowds adalah sangat amazing, kiri kanan memberi sokongan. Bergigih bersama runners yg masih ada di lapangan. KM41, saya berhenti betulkan samping, keluarkan Jalur Gemilang. Dan menvisualisasi kan detik penamat ini.
9. 500meter yang sangat jauh dirasakan, dengan sorakan padu kiri kanan, saya mula memberikan senyuman paling manis, kerana bakal berjaya menamatkan marathon ke-16. Dengan menjulang megah Jalur Gemilang, saya melintasi garisan penamat dengan 5:25 nett time dan 5:38 gun time (Unofficial). Terasa sebak, dan bergenang air mata, I did it my way...Completing 42.195km with baju melayu.
10. Seterusnya, dapatkan medal. Bertemu semula sahabat saudara Shamroslee yg telah tamat lebih awal. Bergambar-gambar kenangan dan seterusnya berjalan pulang ke hostel.
11. Keseluruhannya, Rotterdam Marathon menepati status IAAF Gold Label nya, air dan isotonik yang sentiasa mencukupi, volunteers yang sporting, muzik di beberapa spot, dan semestinya seluruh kota "lumpuh trafik" kerana memberi laluan kepada Marathon. Cuaca adalah cerah, dingin, berangin hari ini, memberikan cabaran kepada runners sepertiku.
12. Terima kasih semua kepada keluarga, sahabat fb/non fb, runner/non-runner yg memberikan sokongan langsung dan tidak langsung (eh, mcm ucapan oscar lak).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
No comments:
Post a Comment