Tarikh: 23 Mac 2014
Tempat: Taman Botani, dan Bukit Bendera, Pulau Pinang
Masa: 7:30 pagi
Jarak: 5.3 km
1 loop taman botani dan terus mendaki ke puncak Bukit Bendera.
Laluan jalan bertar. 5.3km sehala (race) + 5.3km (unofficial turun). Dapatlah 10km++ hari ni. Oh ya, anda boleh ke puncak Bukit Bendera dengan trails juga.
Seperti biasa, datang ke Penang untuk cabaran baru. Kali ini mendaki Bukit Bendera. Sebagai persediaan untuk #KOBL kot. hehe.
Dilepaskan 7:30 am, beratus pelari memulakan larian/jalanan/dakian masing-masing dengan 1 pusingan taman botani dan seterusnya mendaki melalui jalan bertar.
Nah, dihidangkan bukit mencanak terus ke puncak, dengan hanya beberapa sahaja kawasan mendatar sepanjang pendakian. kebanyak curam lebih 30 darjah. Semput.
Sepanjang laluan ke atas, dihiasi flora dan fauna bukit bendera.
Laluan mendaki amat sesuai untuk yang berminat dengan hills training.
Lepas lebih sejam, berjaya menghabiskan cabaran. Cuaca cerah di puncak bukit bendera.
Seperti biasa, lepak bergambar-gambar dengan rakan-rakan sepelarian. Berkongsi pengalaman dan cerita. Itulah keseronokan larian.
Sebaik tamat, diberikan medal, sijil, dan roti. No milo, no isotonik. Tapi takper,kerana di astaka bukit bendera tu, meriah, beli abc, ais kacang, segala. Tambahan cuti sekolah.
Lepak sampai lucky draw, walaupun x menang.
Penuruan dari puncak menggunakan laluan yang sama. Alang-alang dah ke bukit bendera kan. Naik dan turun, guna kaki.
Keseluruhannya, satu acara dan weekend getaway yg menarik.
Jumpa lagi di larian akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
No comments:
Post a Comment