Tarikh: 17 Mac 2013
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Padang Kota, Penang
Ni larian pertama aku di penang selepas APBIM 2012, November 2012.
Datang ke Penang hari ini dengan harapan untuk tamatkan larian dan dapat medal penamat yg agak menarik tu.
Larian dimulakan jam 7 pagi. Bermula dengan baik, dalam 1,000 lebih kot runners untuk 17km ni.
Race course dari padang kota menghala ke Tesco, masuk dalam kawasan perumahan elit di situ, kemudian ke Gurney Drive (panas sangat masa aku sampai sini di km12), seterusnya masuk semula ke Padang Kota.
Berlari dengan pace perlahan, dan banyak berjalan lepas km12, aku menamatkan larian dengan catatan berikut:
Rank: 727/943
Chip time: 2:12:05
Gun time : 2:13:04
Memang agak teruk catatan masa aku, mentelaah lagi aku banyak jalan lepas km12. Hancur harapan nak buat bawah 2:00.
Terpaksa gigihkan latihan. Kali ini, nak buat alasan apa ek? Lutut sakit (memang pun) dan motivasi nak pantas kurang kot. Haha.
Apa-apa pun, keseluruhan race adalah ok. Kawalan trafik -ok, walaupun beberapa tempat memang bunyi hon saja. Air mencukupi, walaupun terasa macam jauhnya nak sampai ke water station, panas kot.
Ada juga volunteer bagi mashmallow, manisan etc di km lepas Tesco dalam kawasan perumahan elit tu.
Lepas tamat larian urusan mudah, macam di KL haritu juga, beratur, medal, goodies bag, tembikai, nasi lemak dan sebagainya diambil secara berturutan.
Tiada hiburan lepas larian, cuma cabutan bertuah dan kuiz lepas tu penyampaian hadiah.
Semua sekali, berpuas hati dengan larian ini.
Dan akan kembali berlari di penang lagi. Sementara itu, aku kena terus berlatih dan berlari dan lari lagi.
Lupa lagi di larian akan datang.
Maklumat lanjut pasal larian malakoff ni boleh diperoleh di web: malakoffrun.com.my
#run Gme run.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...
No comments:
Post a Comment