Jarak : 21km (21.68km kot gps)
Masa: 5.30 pagi
Lama tidak ber half marathon, sedari BSN Putrajaya Night Marathon 2012 yang lalu. Ini larian Brooks yang pertama aku join, dan merupakan larian half marathon pertama ku untuk tahun 2013 dan seminggu selepas SC Hong Kong Marathon 2013. Maka, aku hadir ke larian ini dengan harapan untuk menamatkan larian sahaja, tanpa mengharapkan sebaran PB. Nah, aku dapat PW lak di larian ini, hehhe...
Keputusan yang dah keluar di www.championchip.com.my
1364 A11749 MOHD AZMI ISA 2:54:18 2:50:35 1:14:30 2:21:21
Net time: 2:50:35
Kira ok lah kan. Hehehe (ayat sedapkan hati). Apa-apapun, race course kali ini agak mencabar. Dah lah, di beberapa km, laluan gelap dan tanpa lampu. Laluan bermula dari luar stadium bukit jalil, menuju ke taman perumahan di bukit jalil tu. Hingga ke km7 kot, bila laluan masuk ke lebuh raya baru rasa selesa sikit berlari.
Kali ini memang banyak aku berjalan, lutut rasa semacam kesan daripada Hong Kong minggu lepas. Tak cukup rehat kot.
Bila dah 7.30 pagi, baru rasa best berlari kerana cuaca dah cerah dan nampak persekitaran. Di 5km sebelum tamat, dah rasa kembali sesak, kerana 21km runners bergabung dengan 10km runners, maka, memang ramai walkers. Yang berlari rasanya semua 21km runners yang gigih untuk segera tamatkan larian di race course yg hazab ni. Aku mula berlari sepenuh hati mulai 3km untuk tamat hinggalah tamat. Di mana, di garisan penamat aku terlupa untuk senyum di mana-mana kamera yang ada. Lantaran terlalu penat. Hehe.
Apa-apa pun, post-race bagi larian ini agak menarik, semua lengkap, air, milo, tembikai, roti, 100+ dan sebagainya. Cuma kena beratur panjang.
Kali ini dapat mini trophy yg cute dan finisher tee untuk penamat.
Menarik. Jumpa lagi di larian akan datang.
permulaan. agak lama juga untuk melepasi timing mat. kawasan sempit. runners ramai. |
cuaca mulai cerah, baru best berlari |
lagi 5km, semakin ramai walkers |
post race area. |
kenangan dengan trofi mini |
taufu fa selepas lari. best. |
milo |
tembikai |
kenangan depan signboard |
No comments:
Post a Comment