Melawati 10km (8.2km GPS)
Tarikh : 3.2.2013
Tempat: Taman Melawati
Masa: 7.30 am
Dari awal lagi aku daftar larian ini sebagai recovery run selepas Dubai Marathon. Yup, sedari Dubai, aku tak berlari langsung, waima, latihan sekalipun. Rasa sakit lutut ku masih ada. Alasan sangat kan (walhal malas...hahahah)
Larian Melawati ini tiada apa yang menarik selain daripada race course nya yang nyaman dan mendamaikan. Untuk RM53, dan tiada timing chip, serta under distanced, ia agak mahal bagi kos untuk masuk larian ini.
Tapi sebagai pelari, sokongan aku terhadap larian ini tetap ada. Begitu juga dengan pelari-pelari lain. Ramai gak runners yang masuk larian ini, sebagai larian terakhir sebelum cuti tahun baru cina. Dan seperti biasa, jumpa muka-muka pelari yang familiar.
Race bermula jam 7.30 pagi, sebelum bermula, penganjur umumkan yang jarak larian akan berkurangan kerana masalah teknikal race course. Maka, jarak akhir lebih kurang 8.2km. Larian dilepaskan on-time, dan berlari di taman melawati , menghala ke Klang Gates Dam, dan laluan belakang bukit tu, sangat best dan mendamaikan.
Water station pertama, aku rasa ok, bekalan air cukup dan water station kedua, rasanya x cukup air untuk late runners. Dan WS ke dua tu tak berapa jauh dari garisan penamat. Dakara.
Apa-apa pun, aku berlari dengan pace biasa, hingga ke km3, aku mula buat walk break kerana kaki rasa semacam. Maka, lepas tu, aku lari-jalan-lari, lagi pun takde tekanan dan takde timing chip, maka, berlari secara fun gitu. Haha.
Overall, this Melawati Run just a so-so run for me. The organizer must improve the run (in all areas, water stations with enough water, timing chip, ribbon etc etc) in future. Katanya Sime Darby selaku penaja utama. Haha.
Hingga berjumpa di larian akan datang.
#Run Gme Run
cantik banjaran quartza kt depan tu |
sebelum larian dimulakan |
tamat, pelari beratur ambil medal dan sijil |
bekalan air dan makanan lepas lari , rasanya mencukupi |
tepi jalan nk ke Klang Gates dam rasanya |
No comments:
Post a Comment