25.1.2013
Ini merupakan marathon pertama aku di luar negara. Memang agak cuak. Dah lah tak berlari apa2 persediaan bila dah sampai di Dubai. Sampai sana pada 24.1, ambil race pack, rehat dan nah, 25.1, berlari marathon.
Bermula jam 7.00 pagi di tepi boulevard berdekatan Burj Khalifa. Permulaan berkabus. Full marathoners rasa ada dalam 2,000 lebih kot. Takde lah sesak sangat.
Bermula sahaja, aku berlari dengan pace sendiri, dengan harapan cuba menamatkan marathon bawah 5jam. Cuaca agak sejuk, dan aku kurang biasa serta rasa macam lambat panas. Berlari dengan bersahaja, tidak pantas, tidak terlalu perlahan hingga ke km21. Sepanjang itu, cuaca berkabus, sesekali cerah dan sejuk. Aku slow jog di setiap water station. First 21km dlm 2:22. Not bad.
Memulakan second half dalam keadaan matahari mulai panas. Yup. Terasa kering. Menghampiri km28, kaki mula rasa lain. Beberapa kali aku terpaksa spray salonpas. Lepas km33, aku mula ubaj sasaran kepada 5:15 kerana terpaksa berjalan beberapa kali, dan terasa kaki sakit (tapi tak seperti mana di Penang - marathon pertama haritu). Bagi mengelakkan aku bosan dan hit the wall, aku berhati2 berlari/slowjog/berjalan. Sambil-sambil tu, capailah juga pisang, cokelat yang dihulurkan oleh supporter di sepanjang race course.
Masuk ke km37, cuaca betul-betul panas. Masa ni dah masuk semula ke area downtown dubai, dan burj khalifa dah terasa makin dekat. Dan makin jauh bila makin berlari. Hehe. Saikologi.
Menuju ke garisan penamat, kaki seperti tiada apa2, bersemamgat untuk menamatkan marathom. Aku berjaya juha menamatkan marathon dalam masa 5:13 (nett).
Berjaya juga misi kali ini.
Secara keseluruhan, Dubai Marathon ini best. World class event. Pelari-pelari elit pun ramai. Dan rasanya semua berlari laju, almaklumlah IAAF Gold Label Road Race.
Urusan REP collection, berjalan lancar dan simple sahaja di Hotel JW Marriot Marquis. Adalah beberapa gerai dibuka kt luar tu. tiada expo segala.
Tp marathon village, lepas lari menarik. Banyak booth dan juga persembahan iringan segala. Tapi aku lepak sini lejap je lepas lari, kerana penat dan cuaca amatlah panas.
Keputusan rasmi, aku dpt 1,228 kategori men, 1,580 keseluruhan. Not bad di percubaan pertama.
Oh ya, sepanjang lari di jalan pantai menuju ke Burj Al Arab tu, tak ternampaklak aku coz ia diliputi kabus. Huhu.
Race course di dubai, amatlah rata, dan cabaran adalah pada kepanasan dan tentunya diri sendiri.
Itulah serba sedikit coretanku mengenai dubai marathon 2013.
Run Gme Run
Sekitar Marathon Village |
bersedia untuk berlepas - berkabus cuaca, sejuk dalm 4 darjah masa ni |
finishing line |
No comments:
Post a Comment