Monday, 16 July 2012

Larian #3: Seremban Half Marathon 2012

15 Julai 2012, Padang Majlis Perbandaran Seremban, 6:30 pagi.

Selepas Ipoh, kali ini aku berlari di Seremban pula. Masih lagi dalam kategori 10km. Tiada sebarang harapan besar, cuma sasaran kali ini adalah untuk menamatkan larian di bawah 60minit.

Sebelum larian, hujan renyai2. Keadaan ini menjadikan larian dalam keadaan nyaman sekali. Laluan larian ada yang berbukit, agak penat sedikit.

Seperti biasa aku berlari dengan pace dan rentak sendiri, di km6 hingga km7 aku mula rasa penat dan sesekali berjalan kaki untuk hilangkan penat dan nak elakkan daripada cramp.

Akhirnya dapat menamatkan larian dengan catatan 56 minit. Seperti biasa dapat finisher medal dan sijil. Satu kepuasan lepas berlari.

Kena perbanyakkan latihan dan tingkatkan milages setiap minggu sebelum aku bersedia untuk menyertai kategori 21.1km a.k.a Half Marathon di masa akan datang.

Jumpa lagi di larian akan datang.
Kepuasan: finisher medal dan certificate
Selepas hujan, sebelum memulakan larian di Dataran Seremban
Penamat
Medal by Royal Selangor
Jam 6.00 pagi

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...