Rasa macam skema lak entri ni.
Tarikh : 1 Julai 2012
Tempat: KLIA
Masa: 9 Malam
First to Fly MH A380! Rasa teruja juga. Bakal menjadi antara yang pertama menaiki penerbangan Malaysia Airlines A380 ke London. Aku dan 2 orang teman sebenarnya dah beli tiket untuk penerbangan ini seawal bulan Mac lagi. Harga masa tu berpatutan, jika dibandingkan dengan harga biasa tiket MAS.
Itinerari untuk trip kali ini pun dirancamg seminggu sebelum penerbangan. Memang agak tak bersedia. Hehe.
Tapi keterujaan untuk merasai penerbangan A380 yg pertama MH2 ke London ini memang mengatasi segalanya. Malam itu, kami datang awal ke gate, kerana ada grand send off, siap ada TPM lagi ucapkan tahniah dan bersalaman dengan penumpang.
Malam itu, sebelum penerbangan, kami dijamu dengan makanan yg lazat serta dapat goodies drp Malaysia Airlines dan penaja. Dapat bergambar2 dengan krew dan etc.
Lepas opening speech daripada CeO MAS, pastu ucapan Menteri Pengangkutan dan Perasmian oleh TPM, semua penumpang dijemput masuk ke kabin pesawat.
Wow. Bau segar. Maklumlah kapal baru. Kami dapat seat di main deck. Kira oklah juga kan. Seat di bahagian belakang dekat dengan tangga untuk ke upper deck. Maka, perjalanan 12 jam ke London tidaklah bosan, kerana dapat explore kapal ni kan. Mengenai kabin baru A380 ni, seat untuk kelas ekonomi tidak mengecewakan, more legrooms, skrin IFE yg lagi besar, meal presentation yg menarik. Oh ya, kabin crew MAS yg lelaki mula pakai uniform baru melalui penerbangan ini. Sut kelabu, dan kemeja biru. Oklah jika dibandingkan dengan baju hijau yg lama itu.
Secara keseluruhannya, penerbangan pertama ini meriah, dan tidak mengecewakan.
# lebih gambar di fb saya.
Signage di ruang perlepasan KLIA |
kabin ekonomi, main deck |
Panel Kelas Ekonomi |
Ni masa A380 berkenaan dilimpahi cahaya semasa ketibaan VVIP |
LCD skrin yang lebih besar dalam A380 |
Goodies daripada MAS |
View daripada Tail-Camera, gate di London Hethrow |
Semasa sampai di Gate27, KLIA |
No comments:
Post a Comment