Wednesday, 18 April 2012

CDG Airport

Aku sampai di CDG Airport pada tengah malam dengan menaiki Metro dari city center.

CDG merupakan satu airport yang moden, namun tidak segah Amsterdam Schiphol (akan diceritakan dalam entri terkemudian).

Aku segera ke Terminal 3 CDG yg menempatkan check in kaunter EasyJet. Datang awal pada malam hari kerana check in mula dibuka pada 3.30 pagi. Penerbangan aku ke Lisbon pada jam 6.45 pagi.

Bagi mengisi masa lapang dan tidur-tidur ayam, sempat lah merayau sekitar bangunan terminal. Kelihatan juga ramai traveler lain yang sama-sama tidur, lepak, layan games atau pun membaca buku.

Sempat juga aku tidur untuk 2 jam sebelum dikejutkan oleh pengawal keselamatan yg minta tengok passport dan itinerari. Umumnya, mereka tidak kisah dengan penumpang yang tidur di lapangan terbang.

Esoknya awal-awal pagi menyiapkan diri, dan buat perkara-perkara yang wajib, maka, terus aku check in dan bersedia untuk ke Lisbon, Portugal.

Sambung di Portugal pula di entri berikutnya.

Monday, 16 April 2012

An Evening in Paris

Dari La Valle Village, aku naik RER train tu ke city centre.

Hari sudah petang. Maka, aku menghabiskan masa dengan bersiar-siar di taman di kaki Menara Eiffel dan seterusnya ke Lourve Museum dan windows shopping sekitar Champ Elysees. Aku pun sebenarnya tak tahu dah nak pusing kat mana lagi di Paris ni, maklumlah ini bukan kunjungan pertama aku di sini (hehe, i love Paris).

Malamnya, aku naik train ke Charles De Gaulle Airport untuk berlepas ke Lisbon awal pagi esoknya, 25 Mac 2012.

Pengalaman bermalam di CDG airport diceritakan dalam entri berikutnya.

Monday, 9 April 2012

Cuci Mata Di La Vallee Village - Chic Outlet Shopping

Dari Disneyland, aku singgah Valle Village ini. Ini adalah premium outlet yang menjual barang-barang berjenama pada harga yang sekitar 30 - 70% lebih murah daripada retail prices. Kiranya, kalau dekat Malaysia kita ada JPO. Di Paris ini, Vallee Vilage ini adalah tumpuannya.

Berbagai jenama seperti Armani, AX, Lacoste, Burberry, Timberland, Nike Factory, Adidas, Long Champ, Puma, Polo dan sebagainya. Semua ada, pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, aksesori dan sebagainya. 

Reka bentuk Village ini juga menarik, open-air outlet, dan tersusun kemas. Harga? Ada yang murah dan ada yang masih mahal dan tidak mampu milik, walaupun selepas diskaun 70%.

Aku tak beli apa-apa pun kat sini. Sekadar people-watching dan cuci mata je. Mungkin lain kali kalau datang sini, aku akan membeli-belah.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di: http://www.lavalleevillage.com/

**Btw, x banyak aku dpt letakkan gambar kerana iphone ku telah hilang. banyak gambar dalam iphone tu. hu hu. :(

Di Le Vallee Village

Signage La Vallee Village



 

Paris

24 Mac : Setelah sampai di Paris Gelieni (terminal bas Eurolines) di Paris dari London. Aku segera menyiapkan diri. Lepas itu, segera mendapatkan one-day pass untuk train, RER dan Metro, dengan harga 17 EUR (termasuk RER ke CDG Airport).

Untuk Paris kali ini, tujuan aku adalah untuk ke Paris Disneyland. Setelah beberapa kali gagal ke sana, kali ini aku berjaya sampai ke Disneyland Paris. Dari Paris Galieni, naik Metro tukar di stesen Nation, kemudian naik train ke Disneyland. Kiranya lebih kurang sejam juga tukar-tukar Metro untuk sampai ke Disneyland ni.

Semasa sampai, tu dia, ramai sungguh orang nak masuk ke Disneyland Park tu. Tiket masuk adalah 60 Euro untuk 2 taman (di Paris ni ada 2 Disneyland Park dan Walt Disney Studio).  Beli tiket secara on-line, dapat penjimatan 15%.

Lepas lebih setengah jam beratur, akhirnya dapat masuk Disneyland Park. Besar! Tu perkataan pertama muncul dari mulut aku, kerana Disneyland Paris ini teramat besar jika dibandingkan dengan Disneyland Hong Kong (aku hanya pernah sampai Disneyland HK je sebelum ni).

Langkah pertama aku adalah ride It's A Small World. Yeay. Ni memang kegemaran aku. Sebenarnya banyak Rides yg best dan menarik dalam Disneyland Park ni, tapi aku hanya lalu dan bergambar-gambar sahaja, kerana malas nak beratur panjang untuk setiap rides. Lagi pun masa adalah terhad.

Puas pusing Disneland Park, aku segera ke Walt Disney Studios untuk saksikan perarakan watak-watak Disney yang banyak tu seperti Snow White, Mickey n Minney, Toy Stories dan sebagainya. Meriah. Dalam Walt Disney Studios ni pun banyak Studios nya, Toon Studio, Hollywood Hotel dan sebagainya.

Puas pusing di situ, terus bergambar dan bersiap untuk keluar dari Disneyland tu kira-kira jam 4;30 petang, kiranya cepat sungguh masa berlalu, masuk jam 11;00 pagi, sedar-sedar dah jam 4;30 petang.

Dari Disneyland Paris, aku ke Vallee Village - yang selang satu stesen train je dari Disneyland. Tujuan ke Valle Village ini adalah untuk melihat/menjamu mata di Premium Outlets yang menarik tu.

Sambung di Vallee Village.

Diam Kejap

Minta maaf kepada blog ku sendiri. Agak busy sekarang ni lepas bercuti mega trip ke EU baru-baru ini. Kiranya baru seminggu pulang dari sana.

Cerita-cerita dari sana, tidak sempat nak sambung lagi. Akan berusaha sambung cerita-cerita tu secepat mungkin.

Bersabar ye.

:-)

Tuesday, 3 April 2012

Baru Balik!

Aku baru balik dari kembara ke Eropah hari ini. Aku di sana selama 12 hari. Pelan pergerakan adalah seperti berikut;

London > Paris > Lisbon > London+Manchester > Malaga > Granada > Cordoba > Sevilla > Madrid > Rotterdam > Amsterdam

11 kota. Dengan Portugal dan Sepanyol merupakan destinasi baru buat aku kali ini.

Nanti bila dah berkelapangan dan hilang segala penat, aku akan sambung dengan cerita dan pengalamanku sepanjang 12 hari berkelana tersebut.

Till then, bye bye!

Ke Paris Menaiki Bas dan Feri

Selain menaiki keretapi Eurostar yang agak pricey, kapal terbang yang kadang-kadang affordable, cara lain untuk ke Paris melalui London adalah dengan menaiki bas Eurolines yang bersekali dengan feri P&O.

Dengan tambang 37£ (booking awal), aku menaiki bas Eurolines dari London Victoria Coach Station menuju ke Dover Port di selatan England. Triva: Dover Port adalah pelabuhan paling sibuk untuk cross border di Selat Inggeris ini. Selepas 1 1/2 jam dalam feri, bas akan meneruskan perjalanan ke Paris dari Calais. Oh ya, tidak perlu tukar bas kerana sebesar2 bas itu akan masuk sekali ke dalam feri yang besar ini.

Perjalanan feri pada awal pagi, sekitar jan 3.20 pagi tidak membosankan. Selain daripada tidur, kita boleh makan, minum kopi, ataupun main permainan slot, video atas feri ini. Meriah. Seronok dapat tengok macam2 gelagat manusia atas feri ini.

Seperti biasa, aku mengisi masa dengan menjenguk Duty Free Shop yang ada atas feri ini. Alamak terbeli pula EDT. Hahah. Ini kira macam cover balik, kerana pada tahun 2009 dulu alu tak sempat capai satu EDT kegemaran. Harga memang berbaloi. Hehe.

Ok. Lepas ni, sambung cerita di Paris pula.

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...