Monday, 9 April 2012

Cuci Mata Di La Vallee Village - Chic Outlet Shopping

Dari Disneyland, aku singgah Valle Village ini. Ini adalah premium outlet yang menjual barang-barang berjenama pada harga yang sekitar 30 - 70% lebih murah daripada retail prices. Kiranya, kalau dekat Malaysia kita ada JPO. Di Paris ini, Vallee Vilage ini adalah tumpuannya.

Berbagai jenama seperti Armani, AX, Lacoste, Burberry, Timberland, Nike Factory, Adidas, Long Champ, Puma, Polo dan sebagainya. Semua ada, pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, aksesori dan sebagainya. 

Reka bentuk Village ini juga menarik, open-air outlet, dan tersusun kemas. Harga? Ada yang murah dan ada yang masih mahal dan tidak mampu milik, walaupun selepas diskaun 70%.

Aku tak beli apa-apa pun kat sini. Sekadar people-watching dan cuci mata je. Mungkin lain kali kalau datang sini, aku akan membeli-belah.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di: http://www.lavalleevillage.com/

**Btw, x banyak aku dpt letakkan gambar kerana iphone ku telah hilang. banyak gambar dalam iphone tu. hu hu. :(

Di Le Vallee Village

Signage La Vallee Village



 

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...