29 November 2015
Taman Tasik Permaisuri
Kuala Lumpur
7:00 am
12km | 4km
1. Hujan sebelum perlepasan menjadikan cuaca amat baik dan kondusif untuk berlari. Sebelum itu, diadakan sesi pemanasan badan aerobik. Bilangan peserta yang melebihi 3 ribu menjadikan suasana pagi itu meriah di Taman Tasik Permaisuri.
2. Permulaan/Penamat adalah di tengah jalan raya di hadapan Sek. Menengah Sains Selangor (sekolah lama saya). Jalan ditutup sepenuhnya semasa pelepasan sekitar 7:30 pagi. Laluan 12km adalah mengelilingi taman tasik permaisuri menghala ke bandar tun razak, melintasi depan HUKM, seterusnya jalan yaakob latif, hingga ke cheras dan masuk semula melalui Bandar Sri Permaisuri.
3. Water station bagi acara ini sangat baik, di mana, jelas signage menunjukkan WS di hadapan, air dan isotonik disediakan. Banyak. Begitu juga, penunjuk jarak bagi setiap KM juga jelas, terang dan besar. Kawalan trafik bagi persimpangan-persimpangan utama amatlah baik.
4. Tamat diberikan medal, isotonik, milo, orange, roti, air mineral. Selain itu, pelari boleh membeli makanan-makanan lain yang dijual digerai-gerai yang mengambil bahagian. Urusan di ruangan penamat juga berjalan baik. Pelari dihiburkan dengan persembahan nyanyian, demonstrasi oleh PDRM, taklimat oleh AKPK dan sebagainya. Lucky draw juga disediakan. Gerai-gerai pameran juga ada, di mana, pelari boleh mendapatkan maklumat mengenai AKPK, PIDM, ujian kesihatan, serta ruangan belon untuk kanak-kanak bergembira.
5. Saya tamat 12km dalam 1:16 dengan berhenti di sana sini, ambil gambar serta beramah mesra dengan pelari. Keseluruhannya, penganjuran acara ini amatlah baik dan menjangkau ekspektasi saya untuk larian pertama kali yg dianjurkan melalui kawasan yang agak sibuk di cheras. Medal dan baju yang cantik juga melengkapkan motivasi tambahan, selain berpeluang berkenalan lebih ramai pelari.
6. Penyertaan saya dalam acara ini adalam di bawah #TeamUltron #MicroDry. Terima kasih kepada Ultron kerana memberi peluang untuk saya memeriahkan acara ini. Butik Ultron telah dibuka di Nu Sentral, di mana di situ orang ramai boleh mendapatkan pakaian sukan jenama Ultron dengan harga yang berpatutan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...
No comments:
Post a Comment