BSN PNM 2015 – No Race Day
5 PM – 1OPM
24 October 2015
Dataran Putrajaya, Putrajaya
1. Seawal 5 petang atmosfera di hadapan POJ meriah. Pelari mulai ramai. Alunan muzik bertenaga memberikan mood kepada acara yang dibatalkan ini. Urusan pengambilan item penamat mudah, cepat dan teratur.
2. Sesi kuiz diadakan. Di samping diserikan dengan persembahan yang memberikan mood ceria. Kad-kad disediakan untuk pelari merakamkan momen di sekitar tapak permulaan /penamat.
3. Gerai-gerai disediakan untuk Milo, Nestle, Brooks, Ais krim, 100 plus, air mineral dan sebagainya.
4. 8 malam, laluan 5km dan 10km dibuka untuk pelari berlari secara riang tanpa kompetitif. Cut off laluan adalah hingga 10 malam. Terdapat WS disediakan di sepanjang laluan. Pisang juga disediakan. Ramai juga pelari tidak melepaskan peluang berlari. Mana-mana yang tidak berlari, menikmati persembahan yang disajikan di pentas utama, di samping sesi borak2/gambar2.
5. Seperti biasa, aktiviti photothon berlangsung dengan jayanya. Kemeriahan terasa pabila bersua dan beramah mesra dengan rakan-rakan pelari.
6. Saya dan rakan-rakan menamatkan 10km riang ria dalam hampir 1jam30min. Merasa santai rina, nyanyi2 sambil lari2.
7. Keseluruhannya, sesi yang meriah hari ini, terubat kesuraman acara yang dibatalkan. Terima kasih kepada penganjur, sukarelawan, anggota medik, pasukan keselamatan dan semua pihak yang menjayakan sesi hari ini. Tetap merupakan momen yang indah untuk dikenang.
XOXO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...
No comments:
Post a Comment