Sunday 7 September 2014

SCKLM 2014 : Pre-Race dan Media Tour

Saturday, 6 September 2014

1. Seperti yang kita semua telah sedia maklum bahawa penganjur SCKLM telah mengumumkan laluan baharu untuk SCKLM 2014 yang akan bermula/tamat di Dataran Merdeka dan akan melalui Duta-Ulu Klang Highway (DUKE) dan Ampang Elevated Highway (AKLEH). Justeru, hari ini menganjur telah menjemput media untuk merasai laluan 42.195km, dan di samping itu “trial run” juga diadakan. Seramai 8 orang pelari berjaya menamatkan jarak marathon tesebut pada hari ini. Tahniah pada mereka.

2. Sesi pagi ini dimulakan dengan pre-race, dan seterusnya sarapan pagi bersama media, penganjur, dan pelari-pelari. Seterusnya sesi temuramah pengalaman pelari-pelari yang menamatkan larian.

3. Media tour bermula di Dataran Merdeka, menaiki bas KL-hop-on-hop-off (saya pertama kali naik bas ini, hehe) dan diringi oleh pasukan PDRM.

4. Laluan 9km pertama adalah di pusat Bandar, meliputi Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Bukit Bintang sehingga ke Jalan Jelatek. Sepanjang laluan ini, pelari akan melintasi mercu-mercu utama kotaraya KL seperti KLCC.

5. Seterusnya, dari susur tepi Balai Bomba Jelatek, pelari akan sedikit mendaki untuk mula masuk ke AKLEH. Sepanjang km 10 hingga km13, dan u-turn menempuh km 14 hingga ke 16, permandangan adalah amat menarik, di mana KL Skyline dapat dilihat. Amat sesuai untuk berhenti seketika bagi mengambil gambar mahupun selfie (mungkin agak gelap suasana pada masa itu).Laluan menuju ke km19, masuk ke MRR2, dan hingga ke km21, mulai memasuki DUKE. Seperti di awal AKLEH tadi, laluan susur masuk ke DUKE ini juga agak mendaki sedikit.

6. KM21 hingga ke 31 atas DUKE, agak mendatar dan beberapa tempat beralun. Dari km 31 ke 33, Jalan Kuching, ini adalah laluan bagi edisi terdahulu SCKLM. KM33 ke km38 meliputi langgak tunku, jalan tun ismail, bank Negara, padang merbok, dan masuk ke jalan parlimen merupakan laluan kebiasaan bagi lain-lain acara larian di sekitar KL. Laluan berbukit ini, pastinya member cabaran kepada pelari, mentaalah lagi kaki mungkin mulai penat selepas km33.

7. KM39 di jalan damansara menghala ke KL sentral mendatar. Dari situ melintasi muzium Negara ke km41, melalui bangunan KTM dan seterusnya membayangkan sorakan padu serta sokongan semua ke Daya Bumi/ Pejabat Pos Besar, dan menuju ke garisan penamat di Dataran Merdeka.

8. Tinggal 35 hari lagi, festival larian premier di Kuala Lumpur akan berlangsung. Lebih 35,000 pelari akan membanjiri KL bagi kategori masing-masing. Dan untuk kategori FM dianggarkan lebih 5,000 pelari. Wow, meriah. Bagi memastikan kelancaran, serta keselamatan penganjuran SCKLM, penganjur telah
- membuat engagaement 400 polis trafik dan penguatkuasa DBKL dalam mengawal lalulintas dsbnya
- 350 toilets, kemudahan surau, 28 water station
- 450 medik
- 350 pegawai perlumbaan
- Dan kemudahan awam seawal 3 pagi.

9. Untuk gambaran spot di beberapa km terpilih, ianya seperti di –caption dalam album ini. Untuk rajah penuh bagi kategori2, serta maklumat mengenai SCKLM anda boleh melayari lama fb SCKLM mahupun laman sesawang mereka.

10. Terima kasih penganjur, rakan-rakan pelari dan semua, dalam memberi peluang untuk saya menikmati 42.195km media tour hari ini. Dalam tempoh berbaki sekitar 35hari, sama-sama lah semua untuk berlatih dengan smart, dan seterusnya dapat menikmati SCKLM seadanya.
Kerana larian harus dinikmati bersama.

XOXO.

Gambar2 di:

1 comment:

  1. Bsn marathon night p tak???urgent nak tau psl public transport ke putrajaya then go back to kl..��

    ReplyDelete

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...