Sunday, 1 September 2013

River Jungle Marathon 2013

1 September 2013
5.00 pagi
Pekan Batu 18, Hulu Langat

Seminggu lepas BIM, kembali berlari marathon. River Jungle Marathon (RJM) memang ditunggu-tunggu, kerana untuk melengkapkan The Marathon Series (siri pertama di Island Ocean Marathon di Langkawi pada April).

Pre-race

Tiba di Batu 18, Hulu Langat sekitar jam 4.00 pagi. Suasana sudah meriah dengan hampir 1,200 runners. Kelihatan ramai muka familiar, termasuklah dari BIM minggu lepas.

4.30 am - safety briefing daripada penganjur. Memandangkan keadaan larian nanti banyak tempat gelap, runners sudah bersedia dengan headlamps, dan pembalik cahaya masing2.

4.45 am - bergambar2 dengan rakan2. Berkongsi motivasi masing2. Dan seterusnya bersedia di starting pen.

5.00 am - larian bermula. Dengan diringi bunga api.

Race:

Laluan kali ini berbeza dari tahun lepas, kerana ada tanah runtuh di empangan semenyih.
Laluan berbukit, dari batu 18, menghala ke sungai lui, seterusnya ke persimpangan ke kuala kelawang, masuk situ dan buat u-turn di atas bukit, seterusnya masuk ke jalan empangan semenyih, dan u-turn lagi sebelum masuk ke jalan ke batu 18 hulu langat.
Berbukit dan disajikan permandangan berkabus pagi yang menarik.
Yang bestnya laluan u-turn adalah, runners boleh nampak fast runners on the other side of the road, dan boleh memberikan motivasi.

Prestasi:

Aku berlari dengan pace biasa2, makan angin. Hingga ke km8, berhenti solat subuh. Seterusnya berlari hingga u-turn pertama. Part daki bukit je, aku jalan. Pastu sambung berlari. Melintasi km21, dalam 2:50. Target kali ini tamat je, dan seperti biasa timing is secondary.

Setiap water station aku berhenti. Pastu mana2 tempat menarik along the course, akan bergambar. 

KM 23 adalah highlights pertama. Di sini ada fruits station. Ada durian, longan, manggis,pulasan segala. Pergh, marathon with durian.
Haha. Memang menarik. Aku banyak makan manggis kt sini.

Seterusnya larian diteruskan ke km26, u-turn berikutnya. Sepanjang jalan ini, permandangan sangat cantik, dan runners take the road. Best giler.

Highlights berikutnya di km28. Coconut station. Yeay. Hilang dahaga dan penat bila minum air kelapa yang sejuk. Lepak2 kat sini, sambil chir chat bersama runners. 

Kemudian diteruskan hingga km32, dan masuk semula ke jalan sungai lui ke batu 18. Cuaca masa ini agak panas sudah. Tapi tetap berlari/berjalan dalam keadaan fun. Ada gels GU diberikan. Sugar high. Terus berlari, berjalan dan berlari berjalan. Hingga km 41. Baru maintain semula berlari ke garisan penamat.

Menamatkan larian 6:18. Not bad. Fun all the way. Ambil medal, baju penamat, nasi lemak, gatorade, bihun segala.
Kemudian cooling down, dan semestinya chit chat, bergambar2 bersama runners yang ada.

Secara keseluruhannya RJM adalah marathon not to be missed. Semua lengkap, race course yang menarik, volunteer yang sporting, hospitaliti yang bagus, buah-buahan, pisang, gels, medik yg sentiasa pastikan runners dpt rawatan, kemudahan toilet di beberapa stesen, kawalan trafik yang baik, post race yang meriah dengan makanan.  tak dilupa kepada photographer yang sentiasa sporting, ambil gambar runners, serta pasukan sorak dari semasa ke semasa memberi sokongan. Dengan status boutique marathon, RJM sangat unik dan lebih memberikan pengalaman bermakna kerana ia dibuat dari runners kepada runners.

Hingga bertemu di larian akan datang.

Run Gme Run.

Kenangan bergambar di RJM seperti berikut:















No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...