Sunday, 12 May 2013

Penang Run 2013/2014 - Series 1

Tarikh: 12 Mei 2013
Mula/Akhir: Esplanade Padang Kota Lama/SMK Teluk Kumbar
Jarak: 21km
Masa: 5:30 am
Ambil bib: Penang Town Hall (11 Mei 2013)

Ini adalah siri pertama, Penang Run 2013/2014 yang terdiri daripada 4 Siri. Maklumat lanjut mengenai larian ini (race course, entry fee, dan sebagainya boleh diperoleh di sini www.penangrun.com

Untuk larian pagi ini aku tidak mengharapkan apa-apa, memandangkan rasanya sepanjang minggu lepas kurang latihan (alasan: hujan lah, malas lah, ke hulu ke hilir lah dan macam2).

Bermula di Padang Kota, hampir 1,000 pelari (rasanya dalam 940 orang kot), berkumpul dan bersedia untuk dilepaskan pada jam 5;30 pagi. Selepas dilepaskan, pelari berlari memasuki Georgetown (wow, best berlari di kelilingi bangunan2 lama, dan jalan kosong), seterusnya masuk Jelutong Highway (bahagian ini sangatlah lurus, dan mengingatkan kepada Penang Bridge Marathon tahun lepas), seterusnya ke batu uban, lalu depan USM (lepas ni rasa ada macam berbukit sikit), terus lagi ke bayan lepas, lalu jalan sungai nibong, kawasan perindustrian tu, lepas tu lintas depan airport, kemudian memasuki pekan bayan lepas (betul ke?), lalu jalan berbukit menuju ke SMK Teluk Kumbar.

Seperti biasa aku bermula dari kelompok belakang. Berlari dengan strategi untuk berhenti solat subuh sekitar jam 6:00 pagi. Berlari hingga km3, jumpa surau tepi jalan nak ke Jelutong. Lepas solat, terasa fresh dan sambung lari. Kemudian, timbul pula masalah baru  sedang enak berlari, rasa tidak sedap perut. Huhu. Terpaksalah berlari/berjalan dengan pantasnya hingga jumpa Shell (rasanya tepi highway tu kot). 

Kemudian, berlari lagi, melintasi KM10, tgk jam dan 1:21, nampaknya aku mulai tahu yang aku berlari dengan sangat perlahan. Pandang belakang, nampak belon pacer 3jam ada. Pertama kali aku berlari hal marathon dalam keadaan agak "stress" supaya tidak kena potong dengan pacer 3jam. Terasa macam pertama kali lari HM lak. Haha.

Memasuki km11 - 15, aku letakkan target untuk tamatkan larian sebelum 3 jam. Memandangkan semua strategi tidak menjadi dan kaki agak berat untuk berlari. Hampir semua water station aku berhenti agak lama, minum air dan sambung nafas. He he.

Jalan lurus menghala ke Airport Penang tu kadang-kadang membosankan, kerana terlalu lurus, dan masa tu kenderaan mula banyak. Risau juga. Tapi kawalan trafik masih baik.

KM18, aku berenti bergambar depan airport. Hilangkan penat dan bosan. Seterusnya melihat catatan masa sekitar 2:23, maka, aku yakin aku boleh habiskan lagi 3km sebelum 3 jam.

Laluan dari airport menuju ke teluk kumbar tidak lurus seperti dari bandar Georgetown ke Airport, memasuki jalan pekan kecil ini, menyeronokkan. Ada kawasan berbukit, lari sikit, sambung semula dengan jalan. Kemudian, terus turun bukit berlari dan berlari menuju ke garisan penamat di dalam sekolah menengah telok kumbar. Pergh, penat, melintasi garis penamat dalam 2:51:48 (ikut jam aku). Lega dapat habiskan salah satu half marathon yang sukar buat aku (kurang latihan kot, alasan lagi kan...hahaha).

Lepas tamat, ambil medal, minum milo, tengok penyampaian hadiah, pusing-pusing kejap, bergambar dan terus tunggu bas balik semula ke Georgetown. Pertama kali aku sampai di Telok Kumbar ni. Selalu lintas je pekan ni. 

Keputusan larian pun dah keluar semalam di website penangrun.com dan championchip.com Hmmm, berjaya mengelakkan diri daripada PW, hehe....       
Memang tidak cantik masa aku, janji tamat sebelum 3 jam. Hehe.


Overall: 661 /940 Rank Mix
 

546   Rank Category : 335 A1020  MOHD AZMI BIN ISA GunTime/Official: 2:52:54  Nett Time: 2:51:27 





Keseluruhannya aku enjoy race ini, walaupun prestasi tidak membanggakan. Harus kena berlatih lagi untuk 3 siri lagi. Pengurusan larian aku kira OK, walaupun ada beberapa tempat kawalan trafik agak longgar, dan seperti biasa terdapatnya pemandu yang kurang sabar dan hon2. Huhu. 

Bersedia untuk cabaran berikutnya.

Run Gme Run.

  
Medal yang akan dicantumkan dengan 3 lagi siri


post wajib lepas lari


ni juga post wajib di depan finish line


seronok tengok runners berusaha menamatkan larian


km18, aku berenti bergambar depan simpang airport ni.


agak berbukit. ni lepas usm kot.


belon pacer 3jam untuk rujukan


bersedia di awal pagi


pelepasan di esplanade, bayu laut sebenarnya agak panas pagi itu.

2 comments:

  1. cool bro .....
    u still found time to perform solat, toilet break, take pictures here and there, lastly complete the run. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. am looking forward to run the second series with better preparation.

      Delete

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...