Tarikh: 9 Disember 2012
Masa: 7:30 pagi
Tempat: UiTM Shah Alam
Jarak: 5km (4.89km GPS)
Larian ini adalah satu larian amal anjuran pelajar-pelajar UiTM dan Mercy. Bertujuan untuk mengumpul dana amal bagi bantuan kepada rakyat Rohingnya dan Rakhine di Myanmar.
Sebelum larian, adalah persembahan lakonan mengenai penderitaan rakyat Rohingnya, serta penampilan Beto Khusairy, pelakon tu. Kemudian, ada senamrobik. Bilangan peserta larian adalah dalam lebih 300 orang kot, dengan kebanyakannya pelajar UiTM.
Lepas senamrobik dan sesi pemanasan badan, larian di lepaskan di hadapan Menara 1, Bangunan ST UiTM tu. Nah, berlepas je terus mendaki bukit. Laluan seterusnya, menuruni dan mendaki bukit-bukit di UiTM ini, dan melengkapkan 1 pusingan UiTM kot.
(Rasanya bukit2 di UiTM ni lagi mencabar dari UM)
Tamat larian, disediakan roti, milo, vico, dan air mineral. Pengurusan larian secara umum nya memuaskan, maklumlah diadakan dalam kampus, maka, tiada masalah trafik...Kecuali masalah diriku yg kepenatan berlari bukit...Hahaha...
Keseluruhannya, larian ini kira oklah juga sebagai aktiviti riadah di pagi Ahad.
:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...
No comments:
Post a Comment