Sedar tak sedar sudah masuk Oktober, maka lepas ini November.
Begitu pantas masa berlalu.
Tup-tup sudah enam minggu since lepas raya.
Maka, perjalanan
road-to-my-first-marathon tinggal lagi 7 minggu. Syukur kepada Allah
SWT, semua perancangan latihan/race berjalan lancar setakat ini. Dan
diharapkan terus dipermudahkan hingga akhirnya.
Enam minggu berlalu, dengan aku berlarian
sana-sini mengutip pengalaman, meningkatkan keupayaan diri, mencabar
potensi, serta menguji ketahanan mental dan fizikal. Sepanjang tempoh
itu, banyak pengalaman diperoleh, sebelum-semasa-selepas-larian.
9 races telah aku masuk sepanjang 6 minggu.
Rasa macam tak percaya, saban minggu berlari, dan memaksa diri untuk
berlatih di kala weekdays.
5 half marathons telah aku lalui (pj, kt, taiping, seberang perai, sungai petani)
2 10K race - ukm, penang merdeka run
2 8k/6.4k - penang - matic
Memang rasa penat, namun, rasa lega dapat hadapi semua ini.
Memasuki
fasa kedua latihan aku di 7 minggu akan datang menuju ke Marathon,
latihan akan ditumpukan kepada jarak dan speed. Lepas ini kena
tingkatkan LSD (long slow distance) kepada lebih 21km (ie 30km, 35km,
dan 42.2km), dan speed yang sesuai dengan sasaran.
Oktober ini, beberapa races yang akan aku sertai bermula dengan
7/10 - KRI Road Race, 21KM, Ipoh
20/10 - Putrajaya Night Marathon, (Ambil kategori 21km)
28/10 - Pacesetter 30KM, - kuala lumpur
In between, akan aku selitkan dengan LSD ku yang dipertingkatkan.
May the forces with me. Moga segala urusan latihan dan persiapan dan
dikurniakan kesihatan yang sempurna ke arah menempuh cabaran ini.
Run Gme Run
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...
No comments:
Post a Comment