Lepas bertolak dari Central London dengan menaiki EasyBus (kalau booking awal, harganya amat murah jika dibandingkan dengan harga bas biasa ataupun train), kami tiba di London Gatwick Airport sekitar jam 1.00 pagi, 3 Julai 2012. Tambang bas EasyBus tu dalam 6£.
Sampai sahaja di Gatwick, terus mencari port yang sesuai untuk melepak/tidur. Salah satu perkara yang aku suka bila melepak/tidur di Airport adalah, suasananya yang meriah dengan travelers lain yang bermafam-macam ragam.
Setelah mendapatkan tempat sesuai, kami terus melelapkan mata. Tapi aku hanya tidur-tidur ayam je, hahaha. Sibuk memerhatikan gelagat orang ramai. Pastu sibuk cari port untuk charging handphone dan kamera.
Sekitar jam 5.30, airport terus cerah dan makin meriah, kebanyakan kaunter-kaunter check-in telah dibuka..
Selepas menyiapkan diri, kami terus ke kaunter British Airways (BA).
Kami pilih BA ke Nice kerana harga fia jauh lebih murah dari Easyjet. Lagipun, ia penerbangan premium, maka, tifak timbul masalah dengan luggage.
Pagi itu, kami berlepas ke Nice, Perancis jam 7.40 pagi. Penerbangan ke sana mengambil masa 2 jam.
Suasana awal pagi di Gatwick |
Terbang dengan British Airways, tidak mengecewakan, walaupun Cabin Crew tua2 (haha) |
Katanya ada restoran baru Jamie Oliver, baru buka di Gatwick Airport |
Meriah kan, ni sekitar jam 2.30 pagi |
pnah tido kat epot Orly..
ReplyDeletemenggigil~~ sejuk tahap dewa~
Haritu kitaorang kejap je kt Orly, coz dh tengah malam. Rushing nk ke hotel.
ReplyDelete